Thursday, December 2, 2010

sudikah berkawan denganku?

wah. disebabkan permintaan tinggi dari para pembaca yang menantikan pengupdatean dari aku, maka khas buat pembaca setia - didib, ini yang kau tunggu tunggu. . .


. . .entry merepek dari aku.


sebenarnya, aku tak tahu nak update apa. semua yang aku tulis dalam belog ni, kalau kau orang perasan, merupakan apa sahaja yang aku tengok dengan mata sendiri, dengar dengan telinga sendiri, dan baca sehari hari. apa sahaja. maka, kau orang akan tahu apa yang aku buat tiap tiap hari.

jadi hari ini, mood aku adalah untuk berhindustan. mata aku kepingin untuk melihat hidung mancung hrithik roshan. telinga aku kepingin untuk mendengar lagu bhangra. dan badan aku sangat kepingin untuk bergelek sakan.


pilihan terbaik :








serius. aku SANGAT suka cerita ni. sangat sangat suka. tahu tak dah berapa kurun aku cari cerita ni? tahu tak berapa ramai orang dah aku tanya kot kot diorang ada simpan cerita ni? tahu tak dah 8 tahun aku mencari dan mencari? tahu tak? tahu tak?



aku tahu korang tak tahu. sebab tu aku bagitahu.



sekalung penghargaan diucapkan kepada cik dija kerana telah merealisasikan impian aku yang telah 8 tahun bermain aci kejar mencari cerita ini. kau mesti perasan kan mata aku yang bersinar sinar bak bintang kejora pabila kau kata kau ada simpan cerita ni. tq my dear bestfren.

for me, this is the most beautiful hindustan movie i've ever seen. simple, yet interesting. tak perlu nak cerita lah kabhi kushi kuch kuch tu sume. yang tu memang legend. tapi kalau ikut rank aku, movie ni bertakhta di tempat paling atas sekali. (bahasa melayu sgt failed. mana boleh letak paling sekali satu ayat?)

nak buat review ke? tak payah lah. korang mesti dah tengok kan. apa? sinopsis? pandai pandai lah google sendiri.

aku dah malas nak pikir apa lagi nak ditulis. maksud aku, ditaip. dan aku nak sambung tengok wayang pacak hindustan. maka, bye.



accha! challo bete. . .


* sumpah lepas ni didib taubat nak mintak aku update belog hari hari lagi.

4 comments:

diba zakaria said...

haha. siapa didib? berani btol die buat permintaan dr kau.

farah hazwani othman said...

didib tu peminat rahsia aku yang setia. kau kenal?

aku rasa dia tak berani lagi buat permintaan lps ni. rahsia dah terbongkar. haha.

jamilah.chantek said...

cerita ni mmg best... lagu pun byk best :)

farah hazwani othman said...

yeah!one reason i love the movie is bcoz of the songs.
=D