Friday, December 24, 2010

siti nurhaliza di alam fantasi

teater siti di alam fantasi pernah dipentaskan dua belas tahun lalu dan kini, ia kembali mengganas di istana budaya, menampilkan liyana jasmay sebagai teraju utama, menggalas watak siti yang pernah dilakonkan oleh amy mastura dua belas tahun lalu.

di bawah arahan pengarah yang sama, aminah rhaphor, teater ini dipentaskan di istana budaya dari 22 disember hingga 31 disember. secara ringkasnya, siti di alam fantasi berkisar mengenai pengembaraan seorang gadis manja dan sombong dalam pencarian batu geliga hikmat milik keluarganya yang telah dicuri.

dia kemudian disedut masuk ke dalam alam yang sangat asing, dan dengan ditemani seorang pembantu dan sebatang pokok yang boleh bercakap, dia menempuhi pengembaraan menarik dalam alam penuh fantasi di mana semua makhluk bisa berbicara. dalam pengembaraan penuh mencabar ini, pelbagai dugaan ditempuhi yang banyak mengajarnya erti kasih sayang, persahabatan, pengorbanan dan nilai nilai murni.

habis sudah sinopsis secara formal, maka mari mulakan entry tak formal. serius, inilah teater pertama aku tonton dengan tiada langsung ilmu pengetahuan di dada. buta buta je aku tengok. sementalah adik aku tak berlakon dalam teater ni, maka takde babak terbocor yang boleh aku korek. cuma yang aku tahu, teater ni ala ala alice in wonderland, versi melayu.

tapi aku silap. alice in wonderland dan siti dia alam fantasi merupakan dua karya yang berbeza. hanya sama dari segi fantasinya. dan teater ini menghiburkan. kenapa anda perlu tonton teater ini?


satu. mari mengenali para pelakonnya terlebih dahulu. liyana jasmay (siti), fizo omar (putera/ketua lipas), johan RL (pokok), ebby yus (mamat), vanidah imran (ratu lelabah) dan ramai lagi. tapi tadi masa aku tengok, vanidah imran tak dapat melakonkan wataknya untuk malam ini. agak kecewa sebab tak dapat tengok lakonan pelakon wanita terbaik ni. dan pelakon pelakon lain melakonkan watak mereka dengan bagus, cuma biasalah, tak semua pelakon yang cemerlang di kaca tv juga bisa cemerlang di pentas teater. pentas teater sangat berbeza dengan lakon layar. itu kenyataan yang tak boleh dipertikaikan.

dua. teater ini sangat meriah. dengan lampu warna warni, set kostum yang unik dan effect yang berkesan. banyak kesan khas yang digunakan dalam pementasan ini, yang tidak mencacatkan langsung persembahan. lampu sorot yang pelbagai warna juga menjadikan penonton seolah olah berada di i-city shah alam. bezanya cuma kau duduk di atas kerusi yang selesa, tak penat berdiri macam kat i-city.

tiga. backgrond set yang menarik. bukan senang nak buat background set untuk setiap babak. di rumah, kolam, tempat pembuangan sampah, dalam laut, dan sebagainya. sangat kreatif dan teliti produksi belakang tabir dalam penghasilan set latar belakang ini. set latar belakang pilihan aku? tentunya set dalam laut. rasa macam nak tergantung terapung sekali dengan duyung duyung itu sambil menari tergedik di awangan. dan buih buih yang melengkapkan set, sungguh cantik.

oh ya, memang benar ada orang tergantung dalam pementasan ni. dah macam sarkas dah.

jangan lupa, tontonlah teater ini sebagai hiburan seisi keluarga. sekian terima kasih.



wawa dan aiman. apiq camera shy tanak masuk gambar.



saya di alam fantasi


saja je nak tayang sandal baru beli

p/s : tetap tak boleh lari dari keformalan. bila buat review je memang secara automatik ayat jadi sangat formal. hilang unsur unsur humor yang cuba aku terapkan. haish...


* selamat bertolak ke kelantan. kirim salam pada ayah ibu abang angkat tak jadi aku.

No comments: