Thursday, December 23, 2010

saya suka baca belog saya

siapa suka baca belog sendiri? sila angkat tangan macam saya (tangan terliuk liuk melambai angin).

sejujurnya, aku nak buat confession muka tembok tak tahu malu kat sini. aku ada satu habit. selain dari blogwalking merata rata mencari blog menarik untuk dibaca, aku sebenarnya sangat gemar baca blog sendiri. ya, blog farrakaka ni memang menjadi kegemaran aku. in fact, daripada 2146 (jumlah terkini) orang visitors kat blog aku ni, kurang lebih seribu daripadanya adalah sumbangan aku sendiri. kalau aku ada iklan nuffnang, mungkin aku penyumbang utama pendapatan dengan mengkelik iklan sendiri.

maka, mari menemuramah pembaca setia yang bernama farah ini.

wartawan : ya, saudari farah. boleh berikan tiga sebab kenapa suka sangat baca farrakaka ni?

cik farah :
satu. sebab gaya bahasa yang menarik. sempoi. agak berbunga dan puitis tapi takdelah sampai nak memuntahkan muntah hijau. walaupun kadang kadang si penulis mengalami kecelaruan identiti (kejap guna aku-engkau kejap guna saya-awak kadang kadang gua-lu), tapi masih menarik.

dua. sebab macam macam ada. dari isu semasa, isu politik, hiburan luar dan dalam negara sehinggalah setiap gerak geri tindak tanduk yang dilakukan si penulis, semua nak dibelogkan. memang ini sebuah blog rojak. kadang kadang sampai tak tahu apa motif si penulis buat belog ni. untuk suka sukakah? atau seriuskah? atau masih mengalami kecelaruan identiti?

tiga. sebab ini belog aku lah. suka hati akulah nak baca ke tak. siapa lagi yang nak baca belog aku kalau bukan aku sendiri.

(pada ketika ini, saudari farah sudah hilang sabar sehingga berkerut kerut dahinya memandang wartawan. mujur si wartawan tidak cepat melatah dan berjaya mententeramkan saudari farah)

wartawan : maaflah saudari. calm down. calm down. err, maka, boleh tak cerita apa yang menariknya blog farrakaka ni dari blog blog lain? sebab kalau nak tengok, kosong je blog ni. putih suci takde menda pun. gambar pun tak banyak. meriah lagi pasar borong selayang dari blog farrakaka ni. apa yang uniknya?

cik farah : siapa kata tak meriah? mana ada kosong je blog ni? macam macam ada. kasih sayang. kegembiraan. kebahagiaan. kejujuran. cinta suci. semua dah si penulis letakkan dalam blog ni. apa lagi tak cukup ha? segala galanya dah dicurahkan penulis dengan sepenuh seikhlas hatinya.

wartawan : eh eh emo pulak saudari farah ni. rilek rilek. banyak lagi soalan nak ditanyakan ni. next question. apa yang saudari rasa perlu diimprovekan lagi oleh penulis farrakaka ni supaya blognya dapat menarik lebih ramai pembaca?

cik farah : jadi kau nak kata blog aku tak ramai pembacalah ye? eh. aku pun ada pembaca setialah weh. nama dia didib. kau apa tu? kau geti nak temuramah orang je kerjanya. kau pernah baca blog tak? kau pernah buat blog tak? kau ingat senang buat kerja memblogging ni? susah tahu tak. susah. sampai nak promote blog pun kena tebal muka promote blog sendiri. nak naikkan visitors pun kena tebal muka baca blog sendiri. ingat senang ke ha???

(pada ketika ini, saudari farah sudah betul betul hilang pedoman. kakinya sudah terangkat 180 darjah bersedia nak menendang wartawan. di tangan kanannya pula terdapat sebiji kerusi yang menunggu masa sahaja untuk dibaling. crew crew semua sudah lari meninggalkan wartawan terkontang kanting sendirian)

wartawan : err. nampaknya keadaan sudah tidak terkawal. agak sukar nak menemuramah seorang pembaca yang sangat beremosi ini. sabar cik farah. kita tinggal soalan terakhir sahaja lagi ni. apa harapan saudari kepada pembaca pembaca farrakaka yang lain di luar sana?

cik farah : apa soalan terakhir pulak ni? (kerusi dah melayang melepasi wartawan) tadi kata ada banyak lagi? (dan terhempas ke dinding batu) huh. whatever. aku pun dah tader masa nak menjawab soalan merepek kau ni. aku ada blog nak diupdate. untuk semua pembaca farrakaka, jangan berhenti menyokong farrakaka. kalau aku tau korang stop baca farrakaka, siap korang. (sambil mengepalkan buku 555)

wartawan : ya. akhirnya berakhir sudah sesi temuramah kita dengan pembaca setia farrakaka yang agak liar ni. terima kasih ya saudari farah. dan semoga farrakaka sukses selalu dalam bidang penulisan blog.

end of interview.

ah. aku rasa nak sorok muka aku di bawah bantal. kenapa aku buat entry mengarut ni? kenapa? tak tahu malu betul promote blog sendiri. bajet blog kau bagus sangat ke? pffth!

tapi, siapa lagi nak promote blog aku ni kalau bukan aku sendiri?

6 comments:

diba zakaria said...

hahahaha. lawak2! weh to be honest, aku pun hanya baca blog sdr sahaja. aku je yg paham ape perasaan penulis sewaktu menulis sesuatu entry tu. jarang sekali buat blogwalking dan xpenah usaha nak suh org temui blog ak. sbb aku rse ckuplah aku dan pembaca setia shaja yg baca. hahaha! entry ni mcm ko tgh bajet ko haniszalikha di temuramah cover depan metro lah ni? haha. jgn benti berblogging. blog kita mgkin satu tinggalan sejarah penting suatu hari nanti. mgkin kalau suatu hari nnt kita terkenal, berebut org nak tau kisah hidup kita masa muda2! hahahahaha.

farah hazwani othman said...

weh. ko type comment ke type entry ni? ni lah comment terpnjg dalam sejarah tahu tak.

sebenarnya aku cuma nak ckp yg aku suka baca blog aku je. interview tu sisipan last minit.

memg pun. sebab tu aku suka baca old post aku. utk recall balik apa yg aku dah buat dulu2.

tengok. lepas aku secara tak malunya mengaku suka baca blog sendiri, barulah ada org lain berani bukak mulut yg dia pun suka bca blog sendiri.

diba zakaria said...

senanye ni second time aku mengaku aku mmg pembaca entry sdr. hehehehe. aku nak cakap, saya pun suka baca belog saya!

farah hazwani othman said...

farah hazwani likes this...

SITI NURFARAHHIN RASID said...

haha lawaklh ckp ngan diri sndri...bgs2 byk idea...mcm 2 org yg berbeza...huhu

farah hazwani othman said...

farah, ni bukan berbeza. ni gila namanya.