Friday, December 3, 2010

marie oh marie

pagi tadi (kalau masih boleh diconsider pagi lagi lah), aku bangun dan mendapati mak aku beli sepeket biskut marie. musykil. apakah keadaan kewangan kami sekeluarga sangat kritikal sehinggakan terpaksa makan biskut marie sahaja untuk lunch? (hah, dah terkantoi sendiri bangun tengahari di situ.)

maka, untuk mengelakkan sesat jalan, aku pun tidak malu bertanya...


mak, ni biskut marie ni kenapa? ada yang mengidam makanan hostel ke?

mak :
apa kemaruk nak makan makanan taraf hostel pulak? takde la. saja je beli. nak buat puding marie.


owh. puding marie... (dengan muka berlagak konon konon sangat pernah nampak muka puding marie tu)



haih, pelik mak aku nih. puding roti pernah la aku dengar. puding marie? resipi baru kot...

aku kalau bab bab buat dessert ni suka nyibuk. tapi bab bab masak aku cukup tak gemar. pakai oven aku pro. tapi pakai dapur aku fail. maka, aku pun pura pura sibuk nak tahu camane nak buat puding marie ni.


ni macam mane nak buat puding marie tu mak?


tu ha. milo koko marjerin marie. kau godek godek biar sebati pastu tepek dalam loyang mampat mampat dan pufffth! jadilah koko crunch...


oh, pandai sungguh aku terapkan kesan kesan dramatik dalam penceritaan berbentuk dialog ni.

tapi, tu kan cara cara nak buat. . .


ooo mak. apa pulak puding marie ni mak? tu kek batik namanya tu. mana ada orang pernah eksploitasi marie jadi puding lagi mak. jadi kek batik jawa adalah.


(dengan perasaan tension kena condemn)
dah resepi aku. suka hatilah aku nak pakai nama apa. kau apa tau? kau pernah buat ke?


aku telan liur. mak ni saja je nak malukan aku depan adik aku ni. nasib baik adik aku. kalau adik ipar aku. mau aku lari rumah kawin kat siam nanti.

maka aku pun dengan penuh gaya membalas.


tak pernah buat pun. tapi memang camtulah nak buat kek batik. orang lain semua panggil kek batik. mak sorang je panggil puding marie.


mak :

setahu aku kalau yang namanya kek kek ni kena bakar je. dah menatang ni tak payah bakar dalam oven, jadah apa nak panggil kek. pulak tu, takde pun aku nampak ingredient pakai kain batik. apa motif letak nama batik tu?


taknak dicop anak derhaka, aku terus diam mengunci kata. dan berhenti takat ini sahaja.


* tapi, betul jugak. kenapa panggil kek kalau tak payah bakar dalam oven?

3 comments:

ziela a.k.a fazy said...

hhaha.
siot je kau.
tapi cokelat chip tetap di hati.
XD

diba zakaria said...

haha. otai juga mak kau bermain kata. hahahaha. jadah ape nak pggil kek wei? ;p

farah hazwani othman said...

mak aku memg otai. tgk anak la. haha.