Monday, December 20, 2010

ini serius

setuju tak kalau hukuman untuk pesalah juvana dipinda?


ya, ini serius. untuk pertama kalinya aku membincangkan isu serius dalam farrakaka. sebagai mukadimah pembuka bicara, mari mendefinisikan tajuk perdebatan dahulu. (inilah guna ilmu ilmu yang diajar en rosli semasa kelab perdebatan semester 2)

pesalah juvana didefinisikan sebagai penjenayah yang berusia kurang dari 18 tahun. penjenayah didefinisikan sebagai orang yang melakukan kesalahan melanggar undang undang. maka pesalah juvana secara harfiahnya didefinisikan sebagai remaja bawah umur 18 tahun yang melakukan kesalahan melanggar undang undang.

sekarang ni, hukuman bagi pesalah juvana cuma DIHANTAR KE PUSAT PEMULIHAN AKHLAK. untuk apa? untuk dibentuk akhlak yang sudah tiada? pffth.

merompak. hantar henry gurney. rogol anak orang. hantar henry gurney. bunuh. pun hantar henry gurney. untuk apa? nak penuhkan sekolah henry gurney? pffth.

semua tu lagi menggalakkan remaja remaja di luar sana bebas melakukan jenayah. hukuman ringan, siapa nak takut. bunuh orang, mangsa mati, mereka tetap bernyawa. rogol orang, hidup mangsa musnah, mereka tetap ada hidup. kenapa perlu nak bela orang orang yang telah melakukan jenayah ni? atas faktor umur? itu nonsense.

remaja sekarang lebih dewasa dari orang dewasa sendiri. hatta kanak kanak sekolah rendah pun lebih arif dalam hal hal orang dewasa. maka, tak perlulah nak membezabezakan hukuman bagi pesalah juvana ni. nak sangat hidup macam orang dewasa kan, hah, ambik kau hukuman pun kenalah sama taraf.

bila difikirkan balik, memang banyak kes jenayah melibatkan remaja bawah umur sekarang. bukan banyak, boleh dikatakan hampir kesemua yang ditayangkan di dada akhbar. yang tak ditayangkan tak tahulah. itu pun belum masuk lagi yang ditayangkan di buku lali kepala lutut akhbar.

entah apa yang merasuk mereka mereka ini sampai tergerak hati dan badan nak buat jahat. nak kata tak cukup akal, ada otak masing masing. takkan tak geti nak beza betul salah. mungkin tak cukup pendidikan. tapi semua pergi sekolah. mungkin diorang tak tahu apa yang diorang buat tu salah. ya, itu cuma masuk akal kalau rumah tiada tv untuk tengok berita atau tak pernah seumur hidup baca suratkhabar. apa? jiwa remaja memberontak? weh, jangan nak tipu lah. aku pun pernah remaja dulu. (dan sekarang masih lagi). kalau nak memberontak pun agak agak lah. memberontak sorang sorang cukup. jangan sampai nak heret orang lain sekali. kau nak hancur, hancur sorang sorang. jangan kacau hidup orang lain.

nak salahkan siapa lagi? semua orang pun dah disalahkan.

maka dah tiba masanya pula mereka memikul kesalahan sendiri. jangan cuma bergantung harap belas ihsan orang lain memikul kesalahan mereka. berani buat berani tanggung. kalau tak sanggup nak tanggung, jangan buat. itu common sense. takkan itu pun nak kena diajar? basic life tu weh.


dah tak sanggup nak tulis panjang panjang lagi. (sebenarnya dah takde idea.)



*no offense. aku tak berniat nak condemn siapa siapa. ini cuma apa yang aku rasa.


p/s : buang bayi pun masuk kategori bunuh dan lari. nak biar lepas juga ke?

9 comments:

ziela a.k.a fazy said...

wooo.
sangat berinformasi.
*pasal Henry Gurney.
eh.xkan dah terbunuh orang nak msuk sekolah mengandung pulak??
hahaha.

farah hazwani othman said...

ada gaya ahli politik tak? haha.

lupa lak nak sentuh sal sekolah mengandung tadi. haha.

diba zakaria said...

we got a very good issue here. teruskan usaha membuka mata pembaca.

farah hazwani othman said...

ish. taknak lah aku teruskan kegiatan politik aku ni lagi wandiba. tapi kalau ada isu panas lagi akn ku bawa ke tgh laut.

diba zakaria said...

haha. ok apa. aku rasa umur mcm kita dah mula kena membicarakan issue2 spt ini. mgkin kita tak bleh buat ape2 utk merubahnya, tp sharing thoughts mcm ni buat org buka mata. btw, bgus lah permulaan kau. jd kau di barisan pembangkang lah ni? haha!

farah hazwani othman said...

benda selalu jadi dpn mata, tak leh nak elak dr tak terpikir. lagipun aku ni dah kena mengundi. *tiba tiba pulak.

aku sebenarnya speaker je. haha

diba zakaria said...

haha. sudahkah anda mendaftar sbg pengundi?

farah hazwani othman said...

of coz. dan sudah bersedia utk mengundi juga.

diba zakaria said...

bagus lah awak ni. saya harap pilihan raya dpt tggu. bufday saya bln lima.