Wednesday, December 8, 2010

facebook

my two little brothers - ten years old aiman syakir now has a facebook with 604 friends while thirteen years old anas syafiq's friends already reached no 736.

me, on the other hand, just befriend with 460 people. what a pity. got beaten by two little kids.


comment gua?


apa kes budak budak hingusan tu dah mengatasi gua yang dah lebih 21 tahun hidup ni? pffth! deyy aiman, apasal kawan kawan gua pun lu rembat buat kawan lu? lu tak cukup kawan sekolah ke? kalau si anas tu gua tak heran lah. dia artis, standard arr ramai kawan kat facebook. artis lisa surihani tu punya friend pun dah mencecah sejuta. gua tau lu nak lawan dia kan anas? lu kena cukup cun macam lisa tu dulu baru boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi. cuba lu cermin diri lu. dah lah itam, pendek pulak tu.

gua memang tak puas hati. eh, gua pun artis jugak ape??? bukan artis biasa. artis international lagi tu. gua dah berlakon dua movie jepun tau! jangan main main...




huh. adik adik aku pun dah terjangkit sindrom gila facebook. sepertimana yang pernah aku lalui suatu ketika dahulu. ya, suatu ketika dahulu, sewaktu zaman remaja, pada satu malam yang dingin, kedengaran bunyi papan keyboard laptop diketuk, oleh seorang gadis yang menawan, yang setia mengupdate status setiap sejam, tanpa menghiraukan makan minum tidur dan bil elektrik yang bakal meningkat. gadis yang menawan itu... ya, akulah orangnya!

aku pun tak faham macam mana aku boleh teraddicted dgn facebook dulu. benda ni tak boleh dimulakan. kalau dah mula, susah nak stop. betul kan adik adik? susah, maksudnya difficult. susah bererti kamu memerlukan kekuatan yang luar biasa untuk menjadikan ianya sesuatu yang tidak mustahil akan berlaku. faham? kalau tak faham bukak kamus dewan cari sendiri.


dan untuk mendapatkan jawapan kepada segala persoalan mengenai ketagihan bermuka buku ini, aku telah mengkaji latar belakang facebook. orang kata tak kenal maka tak. . . ?

. . .tahu. aku tau ramai di antara korang jawab cinta. itulah korang, pikirkan cinta saja. hidup ini bukan hanya semata mata kerana cinta saja. tak kenal maka tak tahulah. jadah apa cinta cinta pulak.


di mana aku berhenti tadi. oh ya, pengkajian aku. jadi, untuk lebih mengenali facebook, aku mengkaji asal usulnya. dengan menonton filem ini - The Social Network.


eh, gua belum friend dgn lu lagi pun mark zuckerberg. lu org semua dah?


filem ini berkisarkan tentang facebook dan asal usulnya. aku lebih gemar kalau tajuk filem ini ditukar kepada Facebook The Movie, tapi nanti akan hilanglah kesosialannnya kalau ditukar. mana boleh hilang sosial, nanti kurang penonton dari kalangan remaja. sebab tu filem ini diratekan 18, sebab dia nak tarik penonton dari kalangan remaja dan yang sewaktu dengannya.


sinopsis : cerita mengenai mark zuckerberg, student harvard yang genius sehingga berjaya mencipta facebook yang berkembang dengan pesatnya ke seluruh dunia, dan konflik konflik perundangan yang dihadapi beliau dengan rakan baiknya eduardo saverin yang juga merupakan co-founder facebook, serta dengan kembar winklevoss yang mendakwa zuckerberg mencuri idea facebook dari mereka.


aku pun tak percaya macam mana aku boleh tertengok cerita ni. ini semua salah shuhada yang dah tengok semua cerita lain sehinggakan cerita ini dan dua alam sahaja option yang tinggal. maka kami memilih cerita ini. mana mungkin aku menonton dua alam dr rozmey walaupun ada pelakon kacak aaron aziz di dalamnya. tapi mungkin nanti aku mendownload saja cerita itu. haha.


dan setelah tamat siaran wayang, bermakna telah tamat pengkajian aku, aku telah berjaya membuat satu kesimpulan yang tepat dan jitu. memang lumrah manusia untuk bersosial. dalam erti kata yang lebih sopan, menjalinkan silaturrahim. maka, apa apa benda yang dinamakan social networking ini memang senang untuk mendatangkan ketagihan. dan susah untuk dihentikan. dan seperti yang aku telah kata di atas tadi, cuma kekuatan luar biasa sahaja dapat menghentikannya.


dan aku telah mendapatkan kekuatan luar biasa itu untuk menghentikan ketagihan facebook. tapi kini aku sedang ketagih berblogging. maka, aku terpaksa mencari kekuatan luar biasa yang lain pula untuk menghentikan ketagihan blogging.





* ada orang ajak aku buat tumblr pula. deyy, gua baru stop facebooking, dan tengah ketagih blogging, lu nak gua tambah lagi satu tanggungjawab pula. bertweeting pun gua belum rasa lagi. tapi takpe, nanti gua pertimbangkan cadangan lu tu.


eh, kalau ada sesiapa nak carik movie jepun lakonan gua tuh, silalah carik di arkib uitm. memang tiada dijual di mana mana pun. ingat senang ke nak jumpa movie lakonan artis international rare macam gua nih? ekslusiflah katakan...

6 comments:

diba zakaria said...

wehhh kau dah tgk cite tu? aku br berkira2 nak tgk. haha. jomlah buat tumblr. jomlah jomlah.

p/s : teringt kenangan kita blakon utk produksi jepun tu. best kot! hahaha.

farah hazwani othman said...

tengok lah. mula mula bosan. tapi bila kau dah faham macam menarik jugak lah. nantilah aku buat. aku ingt nak buat tweet dulu.

eh, kau saja kan nak sebar yg kau pun berlakon movie jepun jgk. nak overshadow akulah tu. haha.

diba zakaria said...

haha. ok mulakan dgn twitter. sbg artis international, gila kau xde twitter? nnt aku nak tgk lah.


p/s : haha. aku dgr ade twaran bru dr produksi yg sme. agak2 crita kali ni psl ape pula eh?

farah hazwani othman said...

tggulah bila terbukak ati aku untuk bertweet pulak. aku kena ready mental fizikal dulu untk mghadapi org ramai yg mungkin berpusu2 nak add aku pas aku join tweet.

sbg seorg yg mempunyai hubgn sgt akrab dgn penulis skrip, aku dgr kali ni cerita ala ala kuch kuch hota hai, versi jepun. kau kena belajar menari.

diba zakaria said...

haha. ko kena byk balaj mcm mne nk handle crowd dr adik lelaki kau tu. mst die byk penglaman. haha

yeke weh? nnt kau risik lah lg dgn penulis skrip. tyelah die psl watak utama. aku dah mls lah nk bwk watak biasa2 ni. aku prefer heroin je skrg. aku akn blja menari dr adik lelaki kau nnt. jgn riso.

farah hazwani othman said...

ape2 pun, ko kene audition dulu. baru leh tentukan watak utama atau watak picisan. haha.