Tuesday, December 28, 2010

aneroxia? atau bulimia?

anda mengalami masalah berat badan? jangan khuatir. minumlah jusmate! terbukti berkesan lagi memuaskan.

ah ha. mulakan entry dengan iklan. dr R (bukan nama sebenar), sila bayar komisen untuk promosi ni. tak banyak pun aku mintak. dalam 0.5% dari keuntungan filem dua alam pun dah memadai. boleh? hahahaha~

hurm. aku ada masalah sekarang ni yang aku rasa patut share kat belog bagitau satu dunia. masalah berat badan. ya, siapa kata orang kurus (kurus ke?) takder masalah berat badan? ada tau. dan masalah aku sangat serius. . .

. . .aku takde hati sangat dah nak pandang nasi. apatah lagi sentuh mahupun menelannya.

okay. pembetulan. ini masalah pemakanan lah. bukan masalah berat badan.

serius. sekarang ni aku makan sehari sekali pun dah cukup (makan as in makan nasi ataupun benda benda berat yang lain. makan jajan snek ringan mahupun kerepek kerepek itu dikategorikan sebagai kudap kudapan, bukan makan makanan faham). walau sehebat mana pun skill memasak mak aku (ya, biasalah, di rumah bonda, bondalah yang perlu memasak walaupun ada anak dara pingitan trang tang tang), tetap juga sehari sekali tidak bertambah tambah lagi. (tapi mulut tetap tak berhenti mengunyah kudap kudapan seharian)

kenapa ye aku jadi sampai camni? ada siapa siapa boleh tolong jawabkan?

oh. tak mengapalah. disebabkan aku suka berkomunikasi secara sehala, sebagaimana aku suka bertepuk sebelah tangan, maka aku akan jawab sendiri. dan aku memang suka sangat create problem sendiri dan solve sendiri sendiri. dan aku dah ada jawapannya, tanpa perlu menggunakan talian hayat mahupun pelampung.

sebetulnya, masalah ini berpunca dari lima huruf. mari kita main roda impian.

_ A _ _ S

siapa dapat teka? tekan buzzer sekarang.

tetttttt..........

ya, farrakaka, apakah jawapannya. . .? (lagi sekali, main roda impian pun sendiri sendiri.)
latar belakang lagu lonely~ i'm mr lonely~~

jap jap. saya putar dulu halim! *putar putar*

dan jawapannya. . . *drum roll* . . .MALAS!

ya betul. hakikatnya aku dah makin malas nak berbuat apa apa. hatta untuk makan sekalipun. nampak tak betapa teruknya hidup aku sekarang? kalau masih boleh dipanggil hidup lagilah. kes berat macam ni, rasanya dah terkeluar dari kategori hidup dah. ada cara tak untuk hilangkan kemalasan melampau petala ke lapan ni?

yang ni aku sendiri tak mampu nak menjawabnya. . .

p/s : natijahnya kini, seluar dah longgar. dan berat turun 5 kilo. terima kasih jusmate!

nampaknya dah tak boleh derma darah lagi lah lepas ni. nak tipu berat pun tak mampu dah.

* apa kes nak gaduh gaduh lagi ni? kalah kalah lah. menang menang lah. kata serumpun? kenapa nak diada-adakan cerita yang tiada? kenapa nak dilaga-lagakan taji yang kurang berbisa? dan kenapa perlu nak dibesar-besarkan apa yang tak sepatutnya?

2 comments:

fifianggun said...

awak,,kite pon de poblem cm awak,,,,kite kurus sgt,,,,isk2

farah hazwani othman said...

fifi, kite tak kurus pun. pernah je gemuk kejap. hehe. tapi skrg mkn kurus lah.

makan byk2 ye. jgn putus asa. haha.