Tuesday, November 30, 2010

terbang semula ke malaysia

huh, rasa rasanya dah lama aku tak mengikuti perkembangan terkini dunia hiburan malaysia, disebabkan terlalu khayal berada di awan korea. sampaikan aku tak sedar, anugerah berprestij juara lagu ke 25 dah hampir tiba. finalis finalisnya dah pun diumumkan, dan rupanya aku dah terlepas peringkat semi final. tak tahu pun bila siar kat tb. tau tau dah habis dah.


sangat ketinggalan aku ini...


maka, setelah diselidiki dengan penuh bergaya ala wartawan melodi, ini dia finalis finalisnya.

1. hanyut, faizal tahir
2. kebahagiaan dalan perpisahan, shahir
3. noktah cinta, hafiz
4. drama king, meet uncle hussien ft black
5. ku ada kamu, adira
6. cinta sempurna, yuna
7. pelita, a.p.i
8. berlari, tomok
9. sofea jane, black
10. mencari konklusi, hujan
11. selamat malam, faizal tahir
12. ekstravaganza, bunkface
13. jahat, stacy
14. tolong ingatkan aku, ana raffali



tak banyak beza dari tahun lepas. nampak sgt kita sudah kekurangan bakat baru yang betul betul berbakat. dan lagu baru yang betul betul menarik. tapi, yelah, sebenarnya ada je banyak yang baru, cuma yang disenaraipendekkan di atas ni adalah yang terbaik antara yang terbaik.

pilihan aku? tentu sahaja black. dan faizal tahir. dua orang artis yang paling aku respek buat masa ni. apa? senior yuna? ehmmmm, bolehlah... (kecewa sedikit sebab dgr gosip dia bercinta dgn Qi blogger boy. yo, yuna, come on lah... Qi?)


oh, lupa, tomok juga. walaupun membencikan imej baru dia yang ini.


what's with the keriting keriting tu wahai encik tomok?

serupa juga aku membencikan imej baru si top yang ini.

kau pikir kau marilyn monroe?


deyy, korang korang ni takder gaya baru yang senonoh sikit ke huh?






huhu, baiklah, sampai di sini saja. bertemu lagi di kemudian hari dalam rancangan, ME-LO-DI!

2 comments:

fifianggun said...

haha..are you siyes yuna dengan qi?ouh myy..i taktahu

farah hazwani othman said...

i dont really know. it's just a random gossip i guess.

btw, i red from this

http://www.mygosip.com/2010/11/yuna-dan-qi-sedang-hangat-bercinta.html