Saturday, November 13, 2010

sudah giler

gile mendownload ape ape yang boleh didownload. baru 3 jam sampai rumah. laptop tak lepas dari pandangan. dan pegangan. apela nak jadi sepanjang 30 hari duduk kat rumah ni nanti..

tapi yang penting, suke suke suke. dah ada kat rumah. dah boleh tengok tv. dah boleh online sesuka hati. dah boleh bersenang lenang berlepak lepak berpoya poya. dan boleh update belog berkoyan koyan. walaupun tader banyak aktiviti menarik pun untuk dibelogkan.

cepat betul masa berlalu. dah cuti dah rupanya kan. (cis, hipokrit sungguh. bukan kau ke yg sgt menantikan detik ni?) hurm, sebelum ni hari hari nampak muka yang sama je. bangun tidur muka yang sama. pergi kelas, jalan jalan, time study, time susah, time senang, time waras, time gila, muka yang sama juga. nak tidur pun muka yang sama juga. cuma kadang kadang je muka mereka bertukar sorang jadik angelina jolie dan sorang lagi jadik ninja hatori kun. tapi itu kes rare lah. jarang dapat nampak perubahan macam tu.

lepas ni muka lain pulak mengganti. itupun kalau ada orang nak tayang muka sebab selalunya bila aku bangun keluar bilik adik adik semua dah pergi sekolah. abah dah pergi kerja. mak pulak pergi bermesyuarat tingkap kat rumah jiran. yang ada cuma muka muka hensem yang ditayangkan di kaca televisyen. yang aku pun mengadap sampai petang.

dan lepas ni dah tak boleh nak sembunyi belakang pintu sergah sergah orang dah. mesti tahap kesihatan jantung dua orang roomate aku tu semakin baik sepanjang cuti ni nanti. dan tahap kesakitan jiwa aku makin kronik sepanjang cuti ni nanti, sebab dah takder orang aku nak "bah!" dah lepas tu gelak kuat kuat macam setan bila diorang melatah a.k.a. mencarut. siapa pulak aku nak jadikan mangsa "bah!"an aku ni nanti. takkan nak pergi sergah jiran depan rumah pulak kan? memang gilo lah.

segile sile aku pun takkan sampai nak sorok di balik pintu pagar rumah orang lepas tu sergah kuat kuat bila sasaran membuka pintu lalu ketawa guling guling bak kata orang putih ROFL. itu bukan gile, itu meroyan. walaupun aku pernah melakukan kerja lebih gile dari itu contohnya seperti bermain limbo rock (yeah, how low can you go?!) di dalam bilik menggunakan ampaian baju, aku tetap punya harga diri.

dan tiba tiba nak tanya kat korang satu benda pulak kat sini. . .


" aku dah kunci pintu bilik ke tak tadi? "


itulah tagline aku sepanjang duduk kat melati. melati, yang taknak terima aku balik sem depan. maka aku akan meneruskan niat asal aku untuk mengebom melati jika rayuan aku nanti ditolak.

gottogo. nak start prepare molotov cocktail 12 dozen.

2 comments:

farhana karim said...

ko xdpt hostel lg ke sem dpan??aku pon nak apply melati la weh..tp xtau cane..sbb before ni aku kan delima..

farah hazwani othman said...

boleh apply. ko try je g first day bukak sem tu. kat ofis dia. isi borang, pastu kalau nasib baik dia terus bagi la. lau tak dpt ko cube lagi sampai dpt. sampai org ofis tu muak tgk muka ko je. haha.