Thursday, November 25, 2010

siapa nak tengok remy ishak menari?

semalam, aku berkesempatan menyaksikan pratonton media teater natrah 2 walaupun teater ini belum dipentaskan secara rasmi lagi. terasa seperti wartawan melodi pulak dapat jemputan sebegitu rupa. ramai juga orang rupanya, sehingga penuh ke tingkat tiga walaupun ini cuma preview saja. aku nampak banyak artis. aku nampak tam suhaimi. aku nampak radhi khalid. aku nampak bront palarae. aku nampak ramai orang berpusu pusu menyerbu mereka untuk bergambar bersama. tapi aku rilek je walaupun aku ada bawak kamera. alah, nampak artis, biasalah kan. artis je yang tak biasa nampak aku sampai mereka yang menggelabah berebutt datang kat aku untuk bergambar bersama.

okay, ayat yang last tu aku tipu je.

dan cuba teka aku duduk sederet dengan siapa?

aku duduk sebaris dengan AARON AZIZ.................................punya isteri. his cute lil son memang comel lah. dah besar mesti handsome. boleh lah cop jadik bakal menantu aku. haha.

okay, bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya. dah tengok teater, mestilah kena buat review sikit. jalan cerita tetap sama, cuma lebih ditekankan isu cinta kalau nak dibandingkan dengan natrah 1 dulu. yelah, dah banyak kontroversi timbul berkenaan soal akidah yang diutarakan dalam cerita ni kan, jadi, aku faham kalau dia sangat menekankan isu percintaan natrah dan mansor. cerita bermula dengan sangat strong. seperti biasa, sofea jane tetap memukau. dan kali ini, pengarah sangat make full of use sofea jane, as natrah yang bermonolog. menusuk segala apa yang dimonologkan oleh beliau. maya karin, as natrah sewaktu remaja, no need to tell anything lah. watak natrah ni memang untuk dia. lufya, as natrah sewaktu di belanda, dan sharifah sofea, as natrah berusia 50, walaupun cuma bermonolog sekejapan saja, tetap meninggalkan impak yang mendalam dalam menyusuri kekeliruan yang masih dialami oleh natrah walaupun telah dibawa ke belanda dan bertukar agama.

overall, cerita ini memang berkisar sepenuhnya tentang natrah. sebab itu tajuk ceritanya natrah. kalau tajuk ceritanya mamat, mungkin cuma berkisar tentang mamat sahaja. dan produksi kali ini memecah rekod sebagai produksi paling ramai pelakon popular yang berlakon. watak natrah saja dah ada 5 orang pelakon (sharifah aryana, maya karin, lufya, sharifah sofea dan sofea jane). ditambah lagi dengan remy ishak (mansor), umie aida(che aminah), liyana jasmay nabila huda (kawan natrah), aaron aziz fizz fairuz (peguam di singapura). dan nama sahaja preview kan, kali pertama dipentaskan di hadapan penonton, tentu sahaja banyak kesilapan teknikal yang perlu diperbaiki. especially mic aaron aziz. kesian dia terpaksa menjerit untk memberi pendengaran yang jelas kepada penonton. hilang feel sebab tak dengar dialog dia. tapi, tak kesahlah. tak dengar suara pun tak apa, yang penting dapat tengok dia secara live. *angau*

and i couldnt take my eyes off u...

dan siapa kata remy ishak tak pandai menari? siap menari lagu hindustan tu weh! ladki badi anjaani hai.... tapi kan remy, aku nasihatkan, fokus berlakon jelah. jangan gatal gatal nak masuk rancangan mari menari di astro ria (slang lisa surihani).

bagi sesiapa yang tidak pernah tahu fenomena natrah, mari aku kasi sinopsis sikit. natrah diangkat dari kisah benar, mengenai seorang anak belanda, huberdina maria hertogh, yang diserahkan dalam jagaan seorang melayu, che aminah, semasa zaman pendudukan jepun di indonesia. ibu melayu tersebut membawanya ke kemaman dan dijaga sehingga besar, dengan ajaran islam. namun, suatu hari, seorang pegawai belanda berjaya menjejak anak belanda itu, dan demi mempertahankan agama dan ego mereka, mereka berusaha merampas kembali huberdina, untuk dibawa ke belanda berjumpa ibu bapa kandungnya. namun huberdina telah menjadi natrah. dan che aminah bertegas untuk mempertahankan natrah, sebagai tanda maruah islam.

pernah dengar tragedi rusuhan natrah di singapura yang mengorbankan banyak nyawa? ini benar berlaku, kerana fenomena natrah memberi impak yang besar, terhadap agama islam yang diinjak injak sehingga menyebabkan ramai orang melayu melakukan protes atas keputusan mahkamah yang berjaya 'memesongkan' akidah natrah.

two thumbs up kepada eirma fatima. dan semua pelakon teater natrah.

6 comments:

diba zakaria said...

wehhhhhhhh aku sgt teringin nk tgk teater! dan sgt teringin nak tgk natrah! argh jeles!

farah hazwani othman said...

belilah tiket. serius best tgk teater sbb live show.

Anonymous said...

salam...it's me again yg post abt Jang Guen Suk tu...hehehe

thanks for your review...dr pagi dok cari review pasal teater Natrah kt internet tapi cuma jumpa satu dr Berita HArian online which is not a good one.. :-(

lega sket dengar review awak ni coz saya dah booking tiket for show on 4th Dec nanti...tak sabarnya nak tengok...hehehe

Koishie said...

umie aida tidak pernah gagal mencuri perhatian penuh...

farah hazwani othman said...

anonymous : salam kembali. n thanx for reading again. btw, its juz something i wanna share from my point of view. juz enjoy the show, its worth it.

selamat menonton.
=D

farah hazwani othman said...

koishie : ya, lakonan umie aida memg mantap, but i like it better in natrah 1. somehow, she's still fantastic.