Thursday, November 18, 2010

saya pulak kata

merujuk kepada entry dia kata by miss wandiba.

cinta itu buta. kerana kadang kala manusia tak pernah nampak cinta yang dicari begitu jauh rupanya hanya terletak di depan mata sendiri.

cinta itu malahan bisu juga. kerana kadang kala manusia sukar nak suarakan apa yang terbuku di hati dan membiarkannya terpendam begitu saja.

cinta juga tuli. kerana kadang kala manusia tegar tidak mempedulikan bisikan bisikan halus dalam hati dan cuma bertindak mengikut perasaan saja.

kenapa perlu salahkan cinta bila manusia yang sebenarnya buta, bisu dan tuli?

kerana tiada manusia yang wujud tanpa perasaan cinta. tanpa manusia tiadalah cinta. tanpa cinta juga, tiadalah manusia.

dan oleh itu, cinta itu cacat. kerana tiada manusia yang sempurna di dunia.









* sejak bila pandai jiwang jiwang ni diba? *angkat kening double-jerk*

6 comments:

diba zakaria said...

hehe. that was taken from one drama melayu i watched online. rasanya dah pernah kuar kt astro.

tjuk dia 'keabadian cinta'. cerita khabir bahtia. trylah tgk.

farah hazwani othman said...

i've watched it! ada kuar kat astro. cite dia sgt best. aku suka tang bisu dgn buta tu.

diba zakaria said...

yeay. crite khabir bahtia agak menarik lah aku rasa. aku tgk online. crite tu dah lama ke?

farah hazwani othman said...

aku rasa dah lama. kuar ujung taun lps kot. ke sem lepas. tak ingt lah. tp honestly, aku cuma pernah tgk cite sepi dgn cite tu je.

diba zakaria said...

movie cinta dgn drama nur kasih tu kabir bhatia lah farah. kau tak tgk ke? hehe

farah hazwani othman said...

cinta aku tak pnh tgk. nur kasih tu aku layan gitu2 je. tak folow pun.