Monday, November 29, 2010

lain kali study awal awal

aku seorang student. dan masih lagi bergelar student walaupun sedang cuti semester. dan bila aku kata aku seorang student, aku secara automatis cenderung untuk melakukan perkara perkara biasa bagi seorang student. perkara perkara biasa bagi seorang student tak lain tak bukan adalah sentiasa menangguhkan masa study sehinggalah terwujudnya frasa 'study last minit'. silap hari bulan, study last minit terus bertukar menjadi tak-cukup-study.

dan aku mempraktikkan situasi yang sama untuk test undang undang yang bakal menentukan samada aku layak belajar memandu atau tidak. test undang undang yang memperuntukkan aku untuk mendapat sekurang kurangnya 8 salah dari 50 soalan.

well, tak student lah kalau tak study last minit kan. setelah banyak masa dihabiskan dengan mendownload dan mengadap komputer, tanpa menghiraukan test yang bakal diduduki, akhirnya, 9 jam sebelum masa peperiksaan timbullah kesedaran aku untuk belajar. pukul 9 esok pagi nak amek test, pukul 12 baru aku tersedar diri. dan dengan kesedaran itulah aku mengunci jam pukul 6.30 pagi untuk mula belajar. atau dalam erti kata lain, untuk amek tahu serba sedikit. (ini namanya masih belum sedar sepenuhnya. kalau dah sedar sepenuhnya, terus capai buku dan bukan cuma mengunci jam)

dan seperti biasa. situasi yang sama seperti minggu study week di kolej melati berlaku. jam 6.30 pagi, alarm menjerit jerit, dan aku bingkas bangun, menutupnya, pandang sekeliling, dan dah habis scan satu bilik, terus tersembam semula dan tersambung tidur. ini adalah dejavu. aku dah bosan dengan ini dejavu.

maka, pabila aku tersedar sepenuhnya, aku tahu ia sudah terlewat untuk memutar kembali masa. sangat terlewat. dan dengan langkah longlai, aku menjawab exam tanpa persediaan yang lengkap. dan aku cuma mampu bersedia untuk gagal.

tapi, jangan risau. AKU LULUS! lulus dengan markah yang sangat memberangsangkan. aku cuma salah 7 dari 50 soalan. ya! aku tahu. cuma sipi sipi lagi nak fail. dan sukahati akulah sebab aku tetap nak kata ianya memberangsangkan.


dija kawan baik aku cuma salah dua. maka aku tarik balik perkataan memberangsangkan itu tadi.


whatever, yang penting, i dah lulus. ok.




* yeah, since school, really, i am depending on luck in all my exams. until now, i am still depending on it. i'm lucky that luck is always be by my side. it makes me put less efforts, but still, i am enjoying it, a lot. so next time, do remind me that luck will never forever accompanying me.

as we live, there is no forever. remember this.




interesting quotes for today :

"awak budak sekolah lagi kan?"

what the ****?? i am 21! dan aku mungkin layak jadik kakak kau tahu tak. *sigh...*
but still, love the fact that i will always look young. ♥ ♥ ♥

2 comments:

diba zakaria said...

woi tak beragak update hari2! *jeles*
aku tak tahu nak update ape. rindu aku tak? hahaha. btw tahniah dah lulus effortlessly. selamat belajar memandu. ingt, PANDU CERMAT JIWA SELAMAT!

farah hazwani othman said...

haha. aku pun tader benda sgt nak update. tp tgn sgt gatal. aku rinduuuuuu....syg kamoooooooooooo..
haha.