Friday, November 19, 2010

cinta kirana

disebabkan duit poket telah kekeringan, maka aku menghabiskan cuti ini dengan berpoya poya di dalam rumah. mengadap laptop dan kalau dah bosan beralih arah ke kaca televisyen.


dan disebabkan trend televisyen sekarang cuma menyiarkan drama sinetron dari seberang, makanya, terpaksa juga aku mengikut trend tersebut. dan tersangkutlah aku dengan cerita cinta kirana. sebab dalam banyak banyak sinetron yang galak disiarkan, hanya hero cerita ini saja yang berjaya menarik minat aku. galak sungguh aku menonton si galang.


semalam, si galang dah melamar si kirana. wah, seronok! akhirnya cinta mereka bersatu. dalam masa tiga hari selepas pelamaran itu, mereka akan bertunang. dan sebulan kemudian, mereka akan melangsungkan perkahwinan. kepak kepuk kepak kepuk, ada perkahwinan yang akan diraikan! yeay!


sebulan kemudian, habislah cerita ini. yeay! sempat tengok sebelum cuti habis.


tapi, betul ke? bukan sinetron namanya kalau tidak beratus ratus episod. bukan sinetron namanya kalau tidak bertahun tahun lamanya. maka, aku mengira calculation sendiri.


sehari dalam sinetron = 3 episod = 3 hari waktu siaran


masa bertunang = 3 hari = 3 x 3 episod = 9 episod


masa berkahwin = 30 hari = 30 x 3 episod = 90 episod


makanya, 9 episod + 90 episod = 99 episod = 99 hari.


99 hari dari sekarang baru perkahwinan berlangsung?


tak payah kahwin la korang...


alahai galang...






* hari ni aku menonton lagi. tiba tiba watak jahat yang cuba nak rosakkan hubungan kirana-galang mengandungkan anak galang. memang sah tak jadik kahwin la ni.



dan memang lama lagi lah cerita ni nak habis.



ya ampun.....

No comments: