Monday, November 15, 2010

boleh tak. . .

salam buat sekalian pembaca. apa khabar semua? diharap semua berada dalam keadaan yang sihat dan selesa. yang tengah duduk mencangkung tu sila bersila sekarang. tak selesa mencangkung. nanti bentan.

wah wah, mukadimah penuh kesopanan dan kesusilaan. sekali sekala, apa salahnya buat korang kagum dengan budi pekerti tinggi aku ni kan.

ehem. testing..testing. one.. two.. three.. ehem ehem.

wahai orang kampung! aku ada perkhabaran gembira buat kalian. dengar ya semua. *drum-roll*
dengan ini, diisytiharkan, tarikh bermula puasa ramadhan adalah pada 10 september lepas. sekian, thank you for listening.

okay2. aku tak main main lagi. aku cuma nak bagitau gosip terbaru yang aku baru dengar semalam dari mulut mak aku. nak tau tak..., (tak nak). eh, siapa tu yang berani berani menyampuk cakap aku? tak nak dengar tutup telinga, huh. kepada yang masih setia mendengar/membaca, aku nak khabarkan, pelakon paling handsome semalaya dan sesingapura, aaron aziz bakal memeriahkan pentas Natrah 2 di Istana Budaya, pada 25 nov sehingga 7 dec ini.

weh! aaron aziz tu weh! paling handsome tu weh! tough tu weh! lelaki idaman tu weh! boleh berdarah hidung tu weh! (kepada isteri aaron, maaf, peminat ini memang over acting sket). tarik nafas, lepas. huh. maaf, aku sedikit teruja. tak, banyak sebenarnya. dan aku takkan lepaskan aaron dari genggaman aku. oh, maaf, over acting lagi sekali. maksud aku, aku takkan lepaskan peluang untuk menatap wajah kesayangan hamba itu secara live, walaupun yang jelas kelihatan cuma rambutnya dan susuk tubuhnya sahaja dari jarak 22 kaki itu.

dan berita gembira lagi, hari ni aku dapat toshiba baru. owh, tak, sebenarnya abah aku yang dapat toshiba baru. dan aku sebagai anak derhaka-asik-nak-kikis-harta-mak-bapak-je pun telah berjaya mentrade-inkan toshiba lama aku kepada yang baru. sebenarnya kalau boleh tak nak tukar sebab dah sayang dan selesa dengan toshiba lama, tapi kucing mana yang menolak ikan? harimau mana yang menolak kijang? dan farah mana yang menolak tuah? terima kasih kepada karam singh walia.

maka, dengan ini, bermulalah perjalanan hidup aku dengan encik kyu-shiba ini. (nampak sangat bias. toshiba lama dulu takder nama pun.) nama diambil sempena nama bakal menantu mak aku-kyuhyun super junior. haha. jangan risau encik kyu, saya akan jaga anda sebaik mungkin. walaupun pada awal perkenalan kita ni, kau akan selalu dicaci maki oleh ak. (tadi pun baru lepas kena kutuk. screen tak sesharp toshiba lama. gambar tak cantik da la.) biasalah, proses pengadjustan sudah semestinya mengambil masa. tapi, kita akan tetap mengharunginya bersama sama.

dan..., boleh tak aku nak tidur peluk cium kyu-shiba ini seerat mungkin malam ni...?

boleh... pergilah bermain sayang.

2 comments:

sy4zk4rin said...

toshiba pe yg baru?
lappy???
and, sian kat kyu kena kutuk ngn ko je nti..hehe...

farah hazwani othman said...

a'ah. takkan mesin basuh plak. ala, aku kutuk lappy je. bkn kyu.