Sunday, November 21, 2010

boleh percaya ke cakap orang tua tua dulu?

pernah dengar tak orang tua tua dulu selalu cakap seperti ini...

jangan nyanyi dekat dapur, nanti dapat laki tua

ataupun...

jangan duduk kat bendul, nanti jadi anak dara tua

dan...

jangan ketip kuku malam malam, nanti harimau datang

itu antara famous quotes orang tua tua dulu dulu. yang membuatkan ramai orang terpengaruh. dan tadi waktu makan tengahari, tiba tiba mak aku menegur habit aku.

"mak tengok akak ni kalau makan mesti sampai dua tempat"

erk.. err.. orang tua tua dulu cakap...

jangan makan beralih tempat, nanti dapat dua laki.



gulp. mampus aku.


tapi kan, aku punya alasan sendiri kenapa asyik bertukar tempat setiap kali makan. selalunya aku makan sekali menyuap adik aku yang pemalas nak makan tu kat ruang tamu sambil mengadap tv. sambil sambil suap dia, aku suap mulut aku sikit. lepas tu, bila dia dah habis makan, selalunya aku akan pergi kat meja makan dan menambah lauk yang aku tak dapat makan tadi, dan kemudiannya, sebab malas nak pergi ruang tamu balik, aku akan stay kat meja makan dan melantak juadah santapan aku seorang sahaja. makanya, jadilah aku makan di dua tempat, ruang tamu dan meja makan.

hah, agak agak pepatah orang tua tua dulu dulu tu berkesan ke tak? sebab rasanya mak aku risau dia dapat dua menantu lelaki dari pihak aku seorang sahaja.

tapi kan mak, patutnya mak bersyukur kalau macam tu. sekarang ni, nak cari laki seorang punyalah susah, ni mak free free je dapat dua. ha, apa macam, seronok kan?


masalahnya, nak cari seorang pun dah susah. inikan pula dua. mampus aku.


oh ya, seorang dah ada lah mak, ini dia bakalnya....




dan lagi seorang mungkinkah ini...
saja je nak bagi cik zila rainbow menjerit. ahaks.

mengucap panjang mak aku kalau terbaca entry ni...

* sebenarnya, betul apa yang orang tua tua dulu cakap tuh. jangan menyanyi kat dapur, nanti masakan rentung. bila masak pun rentung, susah la nak carik laki. jangan duduk dekat bendul, tak sopan anak dara macam tu. memang la takde yang nak masuk meminang anak dara tak sopan. jangan ketip kuku malam malam, nanti tersalah ketip, luka pulak. dan jangan makan beralih tempat, nanti banyak tempat nak kena kemas. itulah rasional pepatah pepatah tu semua. bijak orang tua tua dulu memanipulasi bahasa dalam bentuk kiasan untuk beri pengajaran.

4 comments:

jamilah.chantek said...

jangan buka payung dalam rumah, nnti ular masuk...

ni mmg xleh blah... hahaha

farah hazwani othman said...

ha ah. yg tu masih tak dpt dikenalpasti kerelevenannya. haha.

sy4zk4rin said...

naseb baek ko ltak pic kyu ngn top..klo ko ltak dongwoon confirm2 ak menjerit kat sebelah telinge ko..hak3..

farah hazwani othman said...

OK. next btyme aku ltk gmbr dongwoon plak. haha.