Saturday, November 27, 2010

anything is good if it's made of chocolate. . .

sekarang ni rasa nak update belog tiap tiap hari je. bukan rasa je, memang dah buat dah pun. maka, terimalah satu lagi entry kosong merepek lagi mengarut dari blogger berjaya ini.

jadi hari ini, mari belajar cara cara menambat hati ibu mertua (atau dalam kes aku, bakal ibu mertua) dan cara cara menjadi isteri mithali (atau dalam kes aku, bakal isteri mithali. err... hakk tuih!). mari membakar cookies! sambil berbelog. <--- dah kena potong lima markah dah ni.

dengan bermodalkan sisa sisa wang hasil jualan saham dan berbekalkan resipi tradisi turun temurun, akhirnya chocolate chip berada dalam proses pembinaan. semerbak rumah aku dengan bau chocolate. memang tak boleh sorok dari jiran jiran lah.





gambar selingan bagi membuktikan usaha gigih aku


buat bakal bakal ibu mertua di luar sana, borang permohonan dalam proses pengeluaran. diminta sabar menunggu.




inilah dia penangan cuti semester. selain menjadi netizen berjaya, aku juga menjadi seorang pemikir yang saban hari memikirkan apakah aktiviti yang perlu dibuat bagi mengisi masa lapang. dan diisi dalam belog.


ok, gtg. ada biskut untuk dibakar. kang tak pasal pasal rentung pulak. potong markah lagi...

No comments: