Tuesday, November 16, 2010

aku nak raya! raya! raya!

takbir raya dah berkumandang

lembu kambing dah ditambat di surau masjid

anak merantau dah pulang ke rumah (kejam sungguh along tak bawak balik hatta sebutir coklat bebas cukai pun)

mood dah di setting up. excitement tak payah cakap lah. maka, kini tibalah masanya untuk...

selamat hari raya aidiladha. gunakan kesempatan ini untuk renungkan segala pengorbanan yang telah terjadi sepanjang kejadian kita. dan sama sama muhasabah diri supaya pengorbanan pengorbanan itu tidak menjadi sia sia.bersyukurlah, selagi kita masih mampu bernafas.

pesanan dari pihak penaja. pandu cermat, jiwa selamat.

No comments: