Tuesday, November 30, 2010

terbang semula ke malaysia

huh, rasa rasanya dah lama aku tak mengikuti perkembangan terkini dunia hiburan malaysia, disebabkan terlalu khayal berada di awan korea. sampaikan aku tak sedar, anugerah berprestij juara lagu ke 25 dah hampir tiba. finalis finalisnya dah pun diumumkan, dan rupanya aku dah terlepas peringkat semi final. tak tahu pun bila siar kat tb. tau tau dah habis dah.


sangat ketinggalan aku ini...


maka, setelah diselidiki dengan penuh bergaya ala wartawan melodi, ini dia finalis finalisnya.

1. hanyut, faizal tahir
2. kebahagiaan dalan perpisahan, shahir
3. noktah cinta, hafiz
4. drama king, meet uncle hussien ft black
5. ku ada kamu, adira
6. cinta sempurna, yuna
7. pelita, a.p.i
8. berlari, tomok
9. sofea jane, black
10. mencari konklusi, hujan
11. selamat malam, faizal tahir
12. ekstravaganza, bunkface
13. jahat, stacy
14. tolong ingatkan aku, ana raffali



tak banyak beza dari tahun lepas. nampak sgt kita sudah kekurangan bakat baru yang betul betul berbakat. dan lagu baru yang betul betul menarik. tapi, yelah, sebenarnya ada je banyak yang baru, cuma yang disenaraipendekkan di atas ni adalah yang terbaik antara yang terbaik.

pilihan aku? tentu sahaja black. dan faizal tahir. dua orang artis yang paling aku respek buat masa ni. apa? senior yuna? ehmmmm, bolehlah... (kecewa sedikit sebab dgr gosip dia bercinta dgn Qi blogger boy. yo, yuna, come on lah... Qi?)


oh, lupa, tomok juga. walaupun membencikan imej baru dia yang ini.


what's with the keriting keriting tu wahai encik tomok?

serupa juga aku membencikan imej baru si top yang ini.

kau pikir kau marilyn monroe?


deyy, korang korang ni takder gaya baru yang senonoh sikit ke huh?






huhu, baiklah, sampai di sini saja. bertemu lagi di kemudian hari dalam rancangan, ME-LO-DI!

Monday, November 29, 2010

lain kali study awal awal

aku seorang student. dan masih lagi bergelar student walaupun sedang cuti semester. dan bila aku kata aku seorang student, aku secara automatis cenderung untuk melakukan perkara perkara biasa bagi seorang student. perkara perkara biasa bagi seorang student tak lain tak bukan adalah sentiasa menangguhkan masa study sehinggalah terwujudnya frasa 'study last minit'. silap hari bulan, study last minit terus bertukar menjadi tak-cukup-study.

dan aku mempraktikkan situasi yang sama untuk test undang undang yang bakal menentukan samada aku layak belajar memandu atau tidak. test undang undang yang memperuntukkan aku untuk mendapat sekurang kurangnya 8 salah dari 50 soalan.

well, tak student lah kalau tak study last minit kan. setelah banyak masa dihabiskan dengan mendownload dan mengadap komputer, tanpa menghiraukan test yang bakal diduduki, akhirnya, 9 jam sebelum masa peperiksaan timbullah kesedaran aku untuk belajar. pukul 9 esok pagi nak amek test, pukul 12 baru aku tersedar diri. dan dengan kesedaran itulah aku mengunci jam pukul 6.30 pagi untuk mula belajar. atau dalam erti kata lain, untuk amek tahu serba sedikit. (ini namanya masih belum sedar sepenuhnya. kalau dah sedar sepenuhnya, terus capai buku dan bukan cuma mengunci jam)

dan seperti biasa. situasi yang sama seperti minggu study week di kolej melati berlaku. jam 6.30 pagi, alarm menjerit jerit, dan aku bingkas bangun, menutupnya, pandang sekeliling, dan dah habis scan satu bilik, terus tersembam semula dan tersambung tidur. ini adalah dejavu. aku dah bosan dengan ini dejavu.

maka, pabila aku tersedar sepenuhnya, aku tahu ia sudah terlewat untuk memutar kembali masa. sangat terlewat. dan dengan langkah longlai, aku menjawab exam tanpa persediaan yang lengkap. dan aku cuma mampu bersedia untuk gagal.

tapi, jangan risau. AKU LULUS! lulus dengan markah yang sangat memberangsangkan. aku cuma salah 7 dari 50 soalan. ya! aku tahu. cuma sipi sipi lagi nak fail. dan sukahati akulah sebab aku tetap nak kata ianya memberangsangkan.


dija kawan baik aku cuma salah dua. maka aku tarik balik perkataan memberangsangkan itu tadi.


whatever, yang penting, i dah lulus. ok.




* yeah, since school, really, i am depending on luck in all my exams. until now, i am still depending on it. i'm lucky that luck is always be by my side. it makes me put less efforts, but still, i am enjoying it, a lot. so next time, do remind me that luck will never forever accompanying me.

as we live, there is no forever. remember this.




interesting quotes for today :

"awak budak sekolah lagi kan?"

what the ****?? i am 21! dan aku mungkin layak jadik kakak kau tahu tak. *sigh...*
but still, love the fact that i will always look young. ♥ ♥ ♥

Sunday, November 28, 2010

another crap




have u ever be a stalker?



menipulah kalau kau kata tak pernah seumur hidup kan.



i have. and still having it. this is the longest crush i've ever had. sometimes, it feels like i had already get over him, but somehow, it won't let go off me easily. i knew he would never realize my existence, for he has already met his true mate. but it still can't change the fact that he will always keep wandering in my mind. i've knew him for quite a long time, long before he met that girl. but i just couldn't tell. it hurts, to hide behind ur own shadow, watching over vur mr nice guy, but what u are axactly looking at is ur mr nice guy, having a sweet moment with his miss nice girl.

hey boy, u are my first crush. since school. and until now, i guess. when i knew u already found ur girl, i was happy, but still, as a normal person, i couldn't help the hatred. even if i try to forget, somewhere deep inside me is still holding u tight. so i became invisible, and hoping for a miracle.

but boy, i think it is time to let u go. good bye, my crush. wishing u all the best with ur mate. and i am truly happy if u were. this is true. coz i'm sick of keeping this trapped for years. adios.
* yaw! sgt berani aku meluahkan perasaan kat sini. but i have no worries btw.
i am invisible tho, so how on earth would he know all this crap?
it feels so good to be invisible. . .

Saturday, November 27, 2010

anything is good if it's made of chocolate. . .

sekarang ni rasa nak update belog tiap tiap hari je. bukan rasa je, memang dah buat dah pun. maka, terimalah satu lagi entry kosong merepek lagi mengarut dari blogger berjaya ini.

jadi hari ini, mari belajar cara cara menambat hati ibu mertua (atau dalam kes aku, bakal ibu mertua) dan cara cara menjadi isteri mithali (atau dalam kes aku, bakal isteri mithali. err... hakk tuih!). mari membakar cookies! sambil berbelog. <--- dah kena potong lima markah dah ni.

dengan bermodalkan sisa sisa wang hasil jualan saham dan berbekalkan resipi tradisi turun temurun, akhirnya chocolate chip berada dalam proses pembinaan. semerbak rumah aku dengan bau chocolate. memang tak boleh sorok dari jiran jiran lah.





gambar selingan bagi membuktikan usaha gigih aku


buat bakal bakal ibu mertua di luar sana, borang permohonan dalam proses pengeluaran. diminta sabar menunggu.




inilah dia penangan cuti semester. selain menjadi netizen berjaya, aku juga menjadi seorang pemikir yang saban hari memikirkan apakah aktiviti yang perlu dibuat bagi mengisi masa lapang. dan diisi dalam belog.


ok, gtg. ada biskut untuk dibakar. kang tak pasal pasal rentung pulak. potong markah lagi...

Thursday, November 25, 2010

will you marry me?

disebabkan aku dah malas nak mengikuti cerita cinta kirana yang tidak berkesudahan itu, maka aku beralih arah ke cerita korea, mary stayed out all night a.k.a marry me, mary.

cerita ini terdiri dari heroin sahaja. ulang suara, HEROIN sahaja. tiada hero kacak hensem lagi bergaya. tak percaya, tengok ini.



cantik kan heroin heroinnya.


teraju utama, jang geunsuk. ala, yang berlakon you're beautiful. dan dia sangat beautiful dalam cerita ini. heroinnya, moon geun young, heroin cerita cinderella's stepsister. dan tentutentulah, cerita korea bukanlah cerita korea kalau tiada cinta empat segi. mesti ada hero dan heroin kedua. tapi aku tak tertarik dengan mereka. aku lebih tertarik dengan geunsuk yang cantik.

cerita berkisar mengenai kang moo kyul (jang geunsuk) seorang rocker indie band dan mary (moon geunyoung) seorang gadis naif yang dipaksa berkahwin oleh ayahnya yang kuat berhutang, dengan seorang lelaki kaya lagi kacak tetapi tiada jiwa, byun jung in. jung in cuma memikirkan business semata mata dan bersetuju dgn aturan perkahwinan ayahnya yang berkawan baik dgn ayah mary.

so, mary asked moo kyul to be a fake husband of her, in order to avoid the marriage. but her father already engaged in a contract with jung in's father, and mary will have to bear juz for 100 days, before coming with a desicion, either to choose moo kyul, or marry jung in.

dia terima, sebab dia cuma perlu berpura pura kahwin dgn moo kyul, dan bertahan selama 100 hari. in the end, she thinks she juz need to choose neither one of them.

but things started to get serious when jung in suddenly wants to fight for mary, after realizing she is his long lost chilldhood friend. and the rest... i'm still looking forward to it.




cepatcepatlah upload episode baru!




aku suka relationship moo kyul dgn mary. ditakdirkan bertemu dan terstuck with each other, sebab they both actually are meant to be together, secara tidak sengaja. bila moo kyul is feeling down, mary sentiasa berada di samping dia, secara tidak sengaja. dan bila mary needs help, moo kyul sentiasa datang membantu, secara tidak sengaja. they juz happen to need each other well. memang kebetulan yang sangat kebetulan, tapi itulah true love. u wil not realize it even when it is in ur hand.

dan aku nak bercerita lebih pasal jang geunsuk dalam cerita ni. dia cold, yet kind. dia cool, and gorgeous. dan dia tak boleh lari dari watak seorang pemuzik. deyy, u r beautiful, jadik penyanyi. dlm beethoven virus main muzik. doremi pun sama. steorotype la beb. tapi aku suka. haha.


dan yang paling penting, dia cantik. sangat. cantik. giler. cantik. betul. cantik.


ya, oppa! what are u trying to make other pretty women (like me) look like huh? kalau kau pun dah cantik macam ni, maka tergugatlah kami semua.



marry me, beautiful.



saja je nak upload gambar beliau banyak banyak. sebab aku sangat jeles dengan kecantikan si dia. aku jeles dgn kulit mulusnya. aku jeles dgn senyum manisnya. aku jeles dgn rambutnya. kau guna shampoo apa huh?



dan aku terasa seperti lesbo pulak kalau terjatuh hati dengan dia yang cantik ini. euwwww....

btw, rating drama ni sekarang is not so good. i wonder why...



* sekarang musim konvo. semua rakan taulan dan sepupu sedang mengalaminya. happy konvo day, guys! (bila lah time aku plak....)

siapa nak tengok remy ishak menari?

semalam, aku berkesempatan menyaksikan pratonton media teater natrah 2 walaupun teater ini belum dipentaskan secara rasmi lagi. terasa seperti wartawan melodi pulak dapat jemputan sebegitu rupa. ramai juga orang rupanya, sehingga penuh ke tingkat tiga walaupun ini cuma preview saja. aku nampak banyak artis. aku nampak tam suhaimi. aku nampak radhi khalid. aku nampak bront palarae. aku nampak ramai orang berpusu pusu menyerbu mereka untuk bergambar bersama. tapi aku rilek je walaupun aku ada bawak kamera. alah, nampak artis, biasalah kan. artis je yang tak biasa nampak aku sampai mereka yang menggelabah berebutt datang kat aku untuk bergambar bersama.

okay, ayat yang last tu aku tipu je.

dan cuba teka aku duduk sederet dengan siapa?

aku duduk sebaris dengan AARON AZIZ.................................punya isteri. his cute lil son memang comel lah. dah besar mesti handsome. boleh lah cop jadik bakal menantu aku. haha.

okay, bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya. dah tengok teater, mestilah kena buat review sikit. jalan cerita tetap sama, cuma lebih ditekankan isu cinta kalau nak dibandingkan dengan natrah 1 dulu. yelah, dah banyak kontroversi timbul berkenaan soal akidah yang diutarakan dalam cerita ni kan, jadi, aku faham kalau dia sangat menekankan isu percintaan natrah dan mansor. cerita bermula dengan sangat strong. seperti biasa, sofea jane tetap memukau. dan kali ini, pengarah sangat make full of use sofea jane, as natrah yang bermonolog. menusuk segala apa yang dimonologkan oleh beliau. maya karin, as natrah sewaktu remaja, no need to tell anything lah. watak natrah ni memang untuk dia. lufya, as natrah sewaktu di belanda, dan sharifah sofea, as natrah berusia 50, walaupun cuma bermonolog sekejapan saja, tetap meninggalkan impak yang mendalam dalam menyusuri kekeliruan yang masih dialami oleh natrah walaupun telah dibawa ke belanda dan bertukar agama.

overall, cerita ini memang berkisar sepenuhnya tentang natrah. sebab itu tajuk ceritanya natrah. kalau tajuk ceritanya mamat, mungkin cuma berkisar tentang mamat sahaja. dan produksi kali ini memecah rekod sebagai produksi paling ramai pelakon popular yang berlakon. watak natrah saja dah ada 5 orang pelakon (sharifah aryana, maya karin, lufya, sharifah sofea dan sofea jane). ditambah lagi dengan remy ishak (mansor), umie aida(che aminah), liyana jasmay nabila huda (kawan natrah), aaron aziz fizz fairuz (peguam di singapura). dan nama sahaja preview kan, kali pertama dipentaskan di hadapan penonton, tentu sahaja banyak kesilapan teknikal yang perlu diperbaiki. especially mic aaron aziz. kesian dia terpaksa menjerit untk memberi pendengaran yang jelas kepada penonton. hilang feel sebab tak dengar dialog dia. tapi, tak kesahlah. tak dengar suara pun tak apa, yang penting dapat tengok dia secara live. *angau*

and i couldnt take my eyes off u...

dan siapa kata remy ishak tak pandai menari? siap menari lagu hindustan tu weh! ladki badi anjaani hai.... tapi kan remy, aku nasihatkan, fokus berlakon jelah. jangan gatal gatal nak masuk rancangan mari menari di astro ria (slang lisa surihani).

bagi sesiapa yang tidak pernah tahu fenomena natrah, mari aku kasi sinopsis sikit. natrah diangkat dari kisah benar, mengenai seorang anak belanda, huberdina maria hertogh, yang diserahkan dalam jagaan seorang melayu, che aminah, semasa zaman pendudukan jepun di indonesia. ibu melayu tersebut membawanya ke kemaman dan dijaga sehingga besar, dengan ajaran islam. namun, suatu hari, seorang pegawai belanda berjaya menjejak anak belanda itu, dan demi mempertahankan agama dan ego mereka, mereka berusaha merampas kembali huberdina, untuk dibawa ke belanda berjumpa ibu bapa kandungnya. namun huberdina telah menjadi natrah. dan che aminah bertegas untuk mempertahankan natrah, sebagai tanda maruah islam.

pernah dengar tragedi rusuhan natrah di singapura yang mengorbankan banyak nyawa? ini benar berlaku, kerana fenomena natrah memberi impak yang besar, terhadap agama islam yang diinjak injak sehingga menyebabkan ramai orang melayu melakukan protes atas keputusan mahkamah yang berjaya 'memesongkan' akidah natrah.

two thumbs up kepada eirma fatima. dan semua pelakon teater natrah.

Wednesday, November 24, 2010

go away! shooh.. shooh..

dah lama tak sakit. duduk rumah boleh pulak tiba tiba demam + asthma. serius, last time kena asthma was 2 years ago. time raya. if it is only fever, i can handle it. but asthma. . .

feel like dying. . .


* hard to breathe. trembling so much bcoz of that ventolin. the cough plus this flu, and the mukus. ufth! and hate this nasal voice. it makes me sound like tomok, 10 years ago.


tiba tiba rasa nak nyanyi lagu sejarah mungkin berulang...

Monday, November 22, 2010

a word to the wise ain't necessary, it's the stupid ones who need the advise

tomorrow, 23rd november 2010 would be the first day of spm. so, good luck to my dearest sis, the one and only sis, fatin najwa othman. yo, try to break my record la sis...

but absolutely, she cant beat my record, bahahaha. unless she got straight A1's. its juz that she took less one subject than me, so, i'm very much confident that i will be holding the record in my family till the end of generation. haha. (so confident this lady, laugh now, dear. u do not know the future..)

and suddenly it reminds me of that damn physic paper... ufth, its all in the past lah farah.

and like the quotes above, the wise man doesnt need all advise, just do what's necessary and i'm sure u can do it. u have my confidence and one day, i would like to see u pulling ur big huge luggage (filled with all garbage unnecessary things u like to keep which messing up our room) at the airport while the rest of us waving goodbye, sending u abroad. that has, once, to be my dream, so i'm kindly requested u to fulfill it, please.

hwaiting, wawa!



* cought a cough suddenly. bangun bangun pagi (as in PAGI tau, bukan tengahari seperti biasa) tadi, terus sakit tekak yang perit sangat. why suddenly? seingat aku dah lama aku tak minum air batu, mahupun pergi melalak 3 jam tanpa henti dalam karaoke box, ataupun pergi konsert super junior. jadi, mana dtgnya sakit tekak ni?

oh, baru teringat, hari tu aku ada cilok sikit air 100 plus yg mak minum time dia tengah demam tu, tanpa pengetahuan dia.

then, i deserve this. uhuk uhuk.

Sunday, November 21, 2010

boleh percaya ke cakap orang tua tua dulu?

pernah dengar tak orang tua tua dulu selalu cakap seperti ini...

jangan nyanyi dekat dapur, nanti dapat laki tua

ataupun...

jangan duduk kat bendul, nanti jadi anak dara tua

dan...

jangan ketip kuku malam malam, nanti harimau datang

itu antara famous quotes orang tua tua dulu dulu. yang membuatkan ramai orang terpengaruh. dan tadi waktu makan tengahari, tiba tiba mak aku menegur habit aku.

"mak tengok akak ni kalau makan mesti sampai dua tempat"

erk.. err.. orang tua tua dulu cakap...

jangan makan beralih tempat, nanti dapat dua laki.



gulp. mampus aku.


tapi kan, aku punya alasan sendiri kenapa asyik bertukar tempat setiap kali makan. selalunya aku makan sekali menyuap adik aku yang pemalas nak makan tu kat ruang tamu sambil mengadap tv. sambil sambil suap dia, aku suap mulut aku sikit. lepas tu, bila dia dah habis makan, selalunya aku akan pergi kat meja makan dan menambah lauk yang aku tak dapat makan tadi, dan kemudiannya, sebab malas nak pergi ruang tamu balik, aku akan stay kat meja makan dan melantak juadah santapan aku seorang sahaja. makanya, jadilah aku makan di dua tempat, ruang tamu dan meja makan.

hah, agak agak pepatah orang tua tua dulu dulu tu berkesan ke tak? sebab rasanya mak aku risau dia dapat dua menantu lelaki dari pihak aku seorang sahaja.

tapi kan mak, patutnya mak bersyukur kalau macam tu. sekarang ni, nak cari laki seorang punyalah susah, ni mak free free je dapat dua. ha, apa macam, seronok kan?


masalahnya, nak cari seorang pun dah susah. inikan pula dua. mampus aku.


oh ya, seorang dah ada lah mak, ini dia bakalnya....




dan lagi seorang mungkinkah ini...
saja je nak bagi cik zila rainbow menjerit. ahaks.

mengucap panjang mak aku kalau terbaca entry ni...

* sebenarnya, betul apa yang orang tua tua dulu cakap tuh. jangan menyanyi kat dapur, nanti masakan rentung. bila masak pun rentung, susah la nak carik laki. jangan duduk dekat bendul, tak sopan anak dara macam tu. memang la takde yang nak masuk meminang anak dara tak sopan. jangan ketip kuku malam malam, nanti tersalah ketip, luka pulak. dan jangan makan beralih tempat, nanti banyak tempat nak kena kemas. itulah rasional pepatah pepatah tu semua. bijak orang tua tua dulu memanipulasi bahasa dalam bentuk kiasan untuk beri pengajaran.

Friday, November 19, 2010

cinta kirana

disebabkan duit poket telah kekeringan, maka aku menghabiskan cuti ini dengan berpoya poya di dalam rumah. mengadap laptop dan kalau dah bosan beralih arah ke kaca televisyen.


dan disebabkan trend televisyen sekarang cuma menyiarkan drama sinetron dari seberang, makanya, terpaksa juga aku mengikut trend tersebut. dan tersangkutlah aku dengan cerita cinta kirana. sebab dalam banyak banyak sinetron yang galak disiarkan, hanya hero cerita ini saja yang berjaya menarik minat aku. galak sungguh aku menonton si galang.


semalam, si galang dah melamar si kirana. wah, seronok! akhirnya cinta mereka bersatu. dalam masa tiga hari selepas pelamaran itu, mereka akan bertunang. dan sebulan kemudian, mereka akan melangsungkan perkahwinan. kepak kepuk kepak kepuk, ada perkahwinan yang akan diraikan! yeay!


sebulan kemudian, habislah cerita ini. yeay! sempat tengok sebelum cuti habis.


tapi, betul ke? bukan sinetron namanya kalau tidak beratus ratus episod. bukan sinetron namanya kalau tidak bertahun tahun lamanya. maka, aku mengira calculation sendiri.


sehari dalam sinetron = 3 episod = 3 hari waktu siaran


masa bertunang = 3 hari = 3 x 3 episod = 9 episod


masa berkahwin = 30 hari = 30 x 3 episod = 90 episod


makanya, 9 episod + 90 episod = 99 episod = 99 hari.


99 hari dari sekarang baru perkahwinan berlangsung?


tak payah kahwin la korang...


alahai galang...






* hari ni aku menonton lagi. tiba tiba watak jahat yang cuba nak rosakkan hubungan kirana-galang mengandungkan anak galang. memang sah tak jadik kahwin la ni.



dan memang lama lagi lah cerita ni nak habis.



ya ampun.....

Thursday, November 18, 2010

saya pulak kata

merujuk kepada entry dia kata by miss wandiba.

cinta itu buta. kerana kadang kala manusia tak pernah nampak cinta yang dicari begitu jauh rupanya hanya terletak di depan mata sendiri.

cinta itu malahan bisu juga. kerana kadang kala manusia sukar nak suarakan apa yang terbuku di hati dan membiarkannya terpendam begitu saja.

cinta juga tuli. kerana kadang kala manusia tegar tidak mempedulikan bisikan bisikan halus dalam hati dan cuma bertindak mengikut perasaan saja.

kenapa perlu salahkan cinta bila manusia yang sebenarnya buta, bisu dan tuli?

kerana tiada manusia yang wujud tanpa perasaan cinta. tanpa manusia tiadalah cinta. tanpa cinta juga, tiadalah manusia.

dan oleh itu, cinta itu cacat. kerana tiada manusia yang sempurna di dunia.









* sejak bila pandai jiwang jiwang ni diba? *angkat kening double-jerk*

Tuesday, November 16, 2010

aku nak raya! raya! raya!

takbir raya dah berkumandang

lembu kambing dah ditambat di surau masjid

anak merantau dah pulang ke rumah (kejam sungguh along tak bawak balik hatta sebutir coklat bebas cukai pun)

mood dah di setting up. excitement tak payah cakap lah. maka, kini tibalah masanya untuk...

selamat hari raya aidiladha. gunakan kesempatan ini untuk renungkan segala pengorbanan yang telah terjadi sepanjang kejadian kita. dan sama sama muhasabah diri supaya pengorbanan pengorbanan itu tidak menjadi sia sia.bersyukurlah, selagi kita masih mampu bernafas.

pesanan dari pihak penaja. pandu cermat, jiwa selamat.

Monday, November 15, 2010

boleh tak. . .

salam buat sekalian pembaca. apa khabar semua? diharap semua berada dalam keadaan yang sihat dan selesa. yang tengah duduk mencangkung tu sila bersila sekarang. tak selesa mencangkung. nanti bentan.

wah wah, mukadimah penuh kesopanan dan kesusilaan. sekali sekala, apa salahnya buat korang kagum dengan budi pekerti tinggi aku ni kan.

ehem. testing..testing. one.. two.. three.. ehem ehem.

wahai orang kampung! aku ada perkhabaran gembira buat kalian. dengar ya semua. *drum-roll*
dengan ini, diisytiharkan, tarikh bermula puasa ramadhan adalah pada 10 september lepas. sekian, thank you for listening.

okay2. aku tak main main lagi. aku cuma nak bagitau gosip terbaru yang aku baru dengar semalam dari mulut mak aku. nak tau tak..., (tak nak). eh, siapa tu yang berani berani menyampuk cakap aku? tak nak dengar tutup telinga, huh. kepada yang masih setia mendengar/membaca, aku nak khabarkan, pelakon paling handsome semalaya dan sesingapura, aaron aziz bakal memeriahkan pentas Natrah 2 di Istana Budaya, pada 25 nov sehingga 7 dec ini.

weh! aaron aziz tu weh! paling handsome tu weh! tough tu weh! lelaki idaman tu weh! boleh berdarah hidung tu weh! (kepada isteri aaron, maaf, peminat ini memang over acting sket). tarik nafas, lepas. huh. maaf, aku sedikit teruja. tak, banyak sebenarnya. dan aku takkan lepaskan aaron dari genggaman aku. oh, maaf, over acting lagi sekali. maksud aku, aku takkan lepaskan peluang untuk menatap wajah kesayangan hamba itu secara live, walaupun yang jelas kelihatan cuma rambutnya dan susuk tubuhnya sahaja dari jarak 22 kaki itu.

dan berita gembira lagi, hari ni aku dapat toshiba baru. owh, tak, sebenarnya abah aku yang dapat toshiba baru. dan aku sebagai anak derhaka-asik-nak-kikis-harta-mak-bapak-je pun telah berjaya mentrade-inkan toshiba lama aku kepada yang baru. sebenarnya kalau boleh tak nak tukar sebab dah sayang dan selesa dengan toshiba lama, tapi kucing mana yang menolak ikan? harimau mana yang menolak kijang? dan farah mana yang menolak tuah? terima kasih kepada karam singh walia.

maka, dengan ini, bermulalah perjalanan hidup aku dengan encik kyu-shiba ini. (nampak sangat bias. toshiba lama dulu takder nama pun.) nama diambil sempena nama bakal menantu mak aku-kyuhyun super junior. haha. jangan risau encik kyu, saya akan jaga anda sebaik mungkin. walaupun pada awal perkenalan kita ni, kau akan selalu dicaci maki oleh ak. (tadi pun baru lepas kena kutuk. screen tak sesharp toshiba lama. gambar tak cantik da la.) biasalah, proses pengadjustan sudah semestinya mengambil masa. tapi, kita akan tetap mengharunginya bersama sama.

dan..., boleh tak aku nak tidur peluk cium kyu-shiba ini seerat mungkin malam ni...?

boleh... pergilah bermain sayang.

Saturday, November 13, 2010

sudah giler

gile mendownload ape ape yang boleh didownload. baru 3 jam sampai rumah. laptop tak lepas dari pandangan. dan pegangan. apela nak jadi sepanjang 30 hari duduk kat rumah ni nanti..

tapi yang penting, suke suke suke. dah ada kat rumah. dah boleh tengok tv. dah boleh online sesuka hati. dah boleh bersenang lenang berlepak lepak berpoya poya. dan boleh update belog berkoyan koyan. walaupun tader banyak aktiviti menarik pun untuk dibelogkan.

cepat betul masa berlalu. dah cuti dah rupanya kan. (cis, hipokrit sungguh. bukan kau ke yg sgt menantikan detik ni?) hurm, sebelum ni hari hari nampak muka yang sama je. bangun tidur muka yang sama. pergi kelas, jalan jalan, time study, time susah, time senang, time waras, time gila, muka yang sama juga. nak tidur pun muka yang sama juga. cuma kadang kadang je muka mereka bertukar sorang jadik angelina jolie dan sorang lagi jadik ninja hatori kun. tapi itu kes rare lah. jarang dapat nampak perubahan macam tu.

lepas ni muka lain pulak mengganti. itupun kalau ada orang nak tayang muka sebab selalunya bila aku bangun keluar bilik adik adik semua dah pergi sekolah. abah dah pergi kerja. mak pulak pergi bermesyuarat tingkap kat rumah jiran. yang ada cuma muka muka hensem yang ditayangkan di kaca televisyen. yang aku pun mengadap sampai petang.

dan lepas ni dah tak boleh nak sembunyi belakang pintu sergah sergah orang dah. mesti tahap kesihatan jantung dua orang roomate aku tu semakin baik sepanjang cuti ni nanti. dan tahap kesakitan jiwa aku makin kronik sepanjang cuti ni nanti, sebab dah takder orang aku nak "bah!" dah lepas tu gelak kuat kuat macam setan bila diorang melatah a.k.a. mencarut. siapa pulak aku nak jadikan mangsa "bah!"an aku ni nanti. takkan nak pergi sergah jiran depan rumah pulak kan? memang gilo lah.

segile sile aku pun takkan sampai nak sorok di balik pintu pagar rumah orang lepas tu sergah kuat kuat bila sasaran membuka pintu lalu ketawa guling guling bak kata orang putih ROFL. itu bukan gile, itu meroyan. walaupun aku pernah melakukan kerja lebih gile dari itu contohnya seperti bermain limbo rock (yeah, how low can you go?!) di dalam bilik menggunakan ampaian baju, aku tetap punya harga diri.

dan tiba tiba nak tanya kat korang satu benda pulak kat sini. . .


" aku dah kunci pintu bilik ke tak tadi? "


itulah tagline aku sepanjang duduk kat melati. melati, yang taknak terima aku balik sem depan. maka aku akan meneruskan niat asal aku untuk mengebom melati jika rayuan aku nanti ditolak.

gottogo. nak start prepare molotov cocktail 12 dozen.