Sunday, October 3, 2010

ronggeng kaka

kaka merupakan seorang yang suka berpoya poya. wah, mukadimah sangat mantap seperti karangan murid darjah tiga. tapi, seriously, aku suka berpoya poya.

hari jumaat lepas kelas jepun pergi karok bersama artis terkenal, fazilla. eh, tak terkenal lah guna nama betul kan. fazy baru lah glemer ye tak zila. haha. dan seterusnya terpekik terlolong macam si gila tak hirau orang keliling sebab main mesin tangkap-patung-tapi-asik-lepas-je. memang gila.

petang tadi pula sambung berpoya poya bersama artis terkenal, erra fazira. ya, ini betul. tak tipu punya woo.

dan. . . eh, rasanya aku terpaksa berhenti di sini dulu. sebab tiba tiba terdengar sesuatu. suara yang asing. meremang bulu tengkuk. pukul 4 pagi ni weh. dan aku yakin aku tidak mengalami skizophrenia. atau dilusi. makanya, jumpa lagi di next entry, wahai sekalian pembaca.




* zila-san, patung beli kat kedai sepuloh ringgit je weh.

* muzikal tun mahathir two thumbs up. tapi, kenapa teater semua banyak pasal sejarah je ha?

* thanx nana for the ride.



si anas yang rambut bajet nak seperti artis korea.
dan eh, yang kau paut bahu kawan kau tu kenapa? hilang macho la.


zila kata untuk menjadikan blog lebih menarik, letaklah gambar sekeping dua.
walaupun cuma gambar yang menunjukkan kau buruk-lantak-dah-gigit-tapi-letak-balik.




and btw, suara asing yang aku dengar tu berbunyi seperti ini.

" kau tau kan kau ada test esok pagi? apa yang kau buat depan laptop lagi? dah habis dah ke study? ke tak cukup cukup fail itu hari? "


memang meremang. kan?

No comments: