Sunday, October 3, 2010

petanda apakah ini?

aku benci hari ini. bermula dengan masuk ke bilik exam tanpa ilmu lengkap di dada. yang menyebabkan aku bijak mentaram semua jawapan, tetapi tetap dengan yakin keluar awal.

dan tadi pula semasa membeli nasi di DC, aku telah memalukan diri pabila (wah, pabila tau!) nasi tertumpah dengan tidak sengaja. habis beg lusuh dan isi-isinya. dan maaf, pakcik, saya tidak akan menjejakkan kaki ke gerai pakcik lagi demi untuk menjaga air muka saya.

maka, aku sangat tiada mood sekarang. dan tensi.

dan mahu tidur.

selamat malam.




* maaf adriana kerana terlepas diskusi. dan maaf cik maria sebab tak datang ke rumah anda.

* 'maria ozawa' datang melawat blog aku? weh, kalau setakat nak tampal iklan tah pape kat shout box tu baik tak payah. aku tak heran arr dengan rating guest aku. *emo*

* external rosak. petanda tiada kepoyapoyaan lagi.

* nak big apple donut. nak big apple donut.

No comments: