Monday, October 18, 2010

insaflah wahai manusia

mood untuk study belum sampai sepenuhnya lagi, maka, bolehlah kiranya saya mengupdate belog ini.


n what am i doing up until now?



ini dia.


menjadi baby sitter kepada 3 orang kanak kanak riang menonton bboy showcase. ok, aku ngaku aku pun nak tgk gak showcase tu. bukan sebab dorang.


berkaraoke 3 jam tanpa henti sampai hilang suara di times square. pergh, terbaik dowh!


dan menonton filem ini, Boku no Hatsukoi wo Kimi ni Sasagu atau dalam bahasa jepunnya, i give my first love to you. bukan di wayang, tapi di rumah. serius, sedih woo. when death comes between true love.


seterusnya, menonton vampire diaries season 2. up till ep 5 jelah. dan omg! omg! (gaya gedik). love damon salvatore very much. loved to see more good side of him. a lot more. n i loved how much he got to show a lot of expression in this season. but everyone just hated him. everyone, except me. n plus, they've got werewolves in this season too. such a typical vampire stories. what next, huh? zombies?


oh ya, tidak dilupakan, tujuan asal pulang ke rumah ialah untuk study. jadi, kerja kerja merajinkan diri akan bermula sejurus selepas ini. selepas ini ya, sekarang masih belum insaf lagi. masih mahu menatap wajah damon salvatore kesayangan.




ja, mata ne.


Friday, October 15, 2010

phewwww.......

akhirnya... sudah boleh bernafas dan tidur dengan betul setelah semua kerja kerja berjaya diselesaikan dengan jayanya.

maka dan jika maka, lepas ni aku cuma perlu fokus kepada exam final sahaja dan tv dan katil dan laptop dan makan dan minum dan lepak sepanjang berada di rumah bonda sewaktu study week.


agak agak aku study tak kat rumah nanti?





end.


eh, lupa. penghargaan buat semua insan yang berada di sekeliling saya, di bilik sempit 10 kaki X 10 kaki, dalam toilet, di kedai kopi, classmates tercinta, groupmates tersayang dan pak guard melati yang 'banyak' berjasa serta kamu kamu yang sewaktu dengannya. zillion thanx to all of u for colouring my life this entire semester. next sem, jangan serik nak berdampingan denganku lagi. buahahaha.

and thought of slowering my blogging activities for this upcoming two-three weeks untuk memberi laluan kepada final exam. so, buat semua pembaca, panjang umur kita jumpa lagi.

oh ya, jangan risau. untuk mengubati rindu anda semua sepanjang kehilangan saya dalam bidang penulisan blog ini nanti, terimalah.....




tadaaaa..........!!!




artis popular kenalah menjaga hati peminat peminatnya. haha.




korang nak bagi kaki ke tangan kat aku? aku cadangkan bagi dua dua.


* GOOD LUCK untuk final, semua!
* gottogo. katil sudah memanggil manggil dengan dahsyatnya.
* ja, sayonara!
* ki o tsukete kudasai.
* itte irasshai.
* dah, dah, cukuplah tu.
* dahlah. tutup laptop skarang!
* ok, bye.


ZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........................................................

Wednesday, October 13, 2010

s.e.r.a.b.u.t


bila nak grad nih?



itu saja. sangat busy sekarang ini dengan assignment tangguhan.

ok, bye.





* eh, poyo lah kau nak purapura busy sampai tak sempat nak update belog panjangpanjang. bukan kau ada banyak cerita ke nak cerita dalam belog kau ni. contohnya cerita kau jatuh tergolek dok tepi jalan garagara kau pakai kasut bertapak tinggi kau tu kan kan. cerita jelah. tak payah nak purapura busy.

Wednesday, October 6, 2010

jeng. . jeng. . jeng. . *suspen*

lately, wah, lately. yelah2, sejak kebelakangan ni, banyak benda berlaku menyebabkan aku dan rakan rakan seringkali mengalami tekanan hidup. sehingga mendorong kami sering bergurau kasar lagi memalukan tidak kira tempat dan masa. jadi, kepada sesiapa yang mungkin terserempak perlakuan sumbang sekumpulan kanak kanak riang bergurau senda lagi memalukan di khalayak ramai, sila maafkan mereka ini. percayalah, mereka tiada niat untuk melakukan aksi aksi lasak seperti aksi stunt tarik menarik di tangga mahupun aksi 18SG di muka pintu kelas.


dan, TADAAA....!!!!!


jadual final untuk sem ini.

25 Okt 2010 - MAF 620


28 Okt 2010 - FAR 430


1 Nov 2010 - TAX 490


4 Nov 2010 - AIS 510


7 Nov 2010 - IBM 535


10 Nov 2010 - LAW 485



eish, tak percaya nak final dah. tapi sangat percaya nak cuti dah. haha.
tak bersemangat langsung nak jawab exam, tapi sangat berkobarkobar untuk cuti sem. haha.

bolah tak nak skip terus sampai ke 10 Nov tu?



* plan ke sabah mungkin terpaksa dibatalkan. mungkin ye, mungkin. tapi aku tetap on.

* sigh. . .

Tuesday, October 5, 2010

nak mencarut banyakbanyak boleh tak??

* carut


* carut


* carut


* carut


* carut


* carut


* carut








but still, nothing can change.







* sigh


benci betul kat teknologi, bila ia sangat sangat menyusahkan macam ni. boleh tak nak balik kat zaman tulis atas kertas mahjong je? zaman bila mana tak ada file yang akan hilang ditelan macam tu je?


bersabarlah kawan kawan. . .

Sunday, October 3, 2010

petanda apakah ini?

aku benci hari ini. bermula dengan masuk ke bilik exam tanpa ilmu lengkap di dada. yang menyebabkan aku bijak mentaram semua jawapan, tetapi tetap dengan yakin keluar awal.

dan tadi pula semasa membeli nasi di DC, aku telah memalukan diri pabila (wah, pabila tau!) nasi tertumpah dengan tidak sengaja. habis beg lusuh dan isi-isinya. dan maaf, pakcik, saya tidak akan menjejakkan kaki ke gerai pakcik lagi demi untuk menjaga air muka saya.

maka, aku sangat tiada mood sekarang. dan tensi.

dan mahu tidur.

selamat malam.




* maaf adriana kerana terlepas diskusi. dan maaf cik maria sebab tak datang ke rumah anda.

* 'maria ozawa' datang melawat blog aku? weh, kalau setakat nak tampal iklan tah pape kat shout box tu baik tak payah. aku tak heran arr dengan rating guest aku. *emo*

* external rosak. petanda tiada kepoyapoyaan lagi.

* nak big apple donut. nak big apple donut.

ronggeng kaka

kaka merupakan seorang yang suka berpoya poya. wah, mukadimah sangat mantap seperti karangan murid darjah tiga. tapi, seriously, aku suka berpoya poya.

hari jumaat lepas kelas jepun pergi karok bersama artis terkenal, fazilla. eh, tak terkenal lah guna nama betul kan. fazy baru lah glemer ye tak zila. haha. dan seterusnya terpekik terlolong macam si gila tak hirau orang keliling sebab main mesin tangkap-patung-tapi-asik-lepas-je. memang gila.

petang tadi pula sambung berpoya poya bersama artis terkenal, erra fazira. ya, ini betul. tak tipu punya woo.

dan. . . eh, rasanya aku terpaksa berhenti di sini dulu. sebab tiba tiba terdengar sesuatu. suara yang asing. meremang bulu tengkuk. pukul 4 pagi ni weh. dan aku yakin aku tidak mengalami skizophrenia. atau dilusi. makanya, jumpa lagi di next entry, wahai sekalian pembaca.




* zila-san, patung beli kat kedai sepuloh ringgit je weh.

* muzikal tun mahathir two thumbs up. tapi, kenapa teater semua banyak pasal sejarah je ha?

* thanx nana for the ride.



si anas yang rambut bajet nak seperti artis korea.
dan eh, yang kau paut bahu kawan kau tu kenapa? hilang macho la.


zila kata untuk menjadikan blog lebih menarik, letaklah gambar sekeping dua.
walaupun cuma gambar yang menunjukkan kau buruk-lantak-dah-gigit-tapi-letak-balik.




and btw, suara asing yang aku dengar tu berbunyi seperti ini.

" kau tau kan kau ada test esok pagi? apa yang kau buat depan laptop lagi? dah habis dah ke study? ke tak cukup cukup fail itu hari? "


memang meremang. kan?