Thursday, September 30, 2010

where's the fire lah?

menetap di kolej bermakna anda harus mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti aktiviti pelik menarik yang disediakan untuk anda. tapi. . .





jadah ape buat fire drill tengah tengah malam tepat jam 12 time weekdays yg dah tentu tentu esoknya semua orang ada kelas?? siap sengaja blackoutkan lagi tuh!



haish, inilah kehidupan yg terpaksa ditempuh sejak menjadi warga melati. dulu masa sem 1 tak ada pulak aktiviti pelik menarik macam ni. mungkin baru diadakan sejak ada ura ura seorang pelajar nak bakar kolej ni 2 tahun lepas disebabkan permohonannya untuk menginap di kolej ditolak kot. maaf, identiti pelajar tersebut terpaksa dirahsiakan atas sebab sebab keselamatan.

walaubagaimanapun, latihan semalam berjalan dengan perlahan macam siput babi lancar. (siapa je pun yang nak jalan laju laju tengah tengah malam gelap gulita? nak tergolek tak nampak tangga?) dan tiada kemalangan gangguan sakit jiwa dan sebagainya dilaporkan. cuma seorang pelajar telah hangus terbakar. identiti mangsa - wandiba zakaria. (berani kau tegar tak nak turun ye?)

dan disebabkan fire drill ni lah aku terskip class AIS pagi tadi. (cis, cakap je lah kau malas bangun pagi. macam semua orang tak tau..)



api, semasa kecil bukan kawan. kecil atau besar tetap musuh. jangan biarkan ia membakar penginapan anda. ya, penginapan. bak kata staff kolej itu. comel bukan. terasa seperti sedang bercuti di hawaii sambil memandang laut yang terbentang luas dari beranda hotel penginapan.




* currently addicted to polo, gula gula mint berlubang tu. satu kelas sebatang (ke sepeket?) aku habiskan sorang. kalau berterusan macam ni, bulan depan aku rasa gigi aku akan rongak. eh, maaf kawan, saya tak perli anda anda yang sedang rongak itu.

* nak balik tengok tun mahathir the musical, tapi tiket habis. jadi, perlu ke membatalkan kepulangan semata mata nak study FAR untuk test ahad ni? eh, study ke masalahnya nanti?

* sangat buzy. . . dengan kerja bertangguh berlambak dan kuiz test bersepah. tapi masih ada masa mengadap laptop. hebat bukan?

* happy birthday to you. yes, you.

4 comments:

diba zakaria said...

haha. berani betul lah wandiba zakaria tu. serius!

tp tp tp berani lagi ko link kt belog die kan? cit.

sy4zk4rin said...

haha..
sebab tu ak xnak dok kolej dah..
kt machang dlu pon cmni gak..
sgt penat..

nana karim said...

wani..aku dpt tiket for saturday 3pm...jom2

farah hazwani othman said...

diba- identiti mangsa perlu didedahkan.

aman- aku baru terdedah dgn perkara ni. citt.