Thursday, September 30, 2010

where's the fire lah?

menetap di kolej bermakna anda harus mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti aktiviti pelik menarik yang disediakan untuk anda. tapi. . .





jadah ape buat fire drill tengah tengah malam tepat jam 12 time weekdays yg dah tentu tentu esoknya semua orang ada kelas?? siap sengaja blackoutkan lagi tuh!



haish, inilah kehidupan yg terpaksa ditempuh sejak menjadi warga melati. dulu masa sem 1 tak ada pulak aktiviti pelik menarik macam ni. mungkin baru diadakan sejak ada ura ura seorang pelajar nak bakar kolej ni 2 tahun lepas disebabkan permohonannya untuk menginap di kolej ditolak kot. maaf, identiti pelajar tersebut terpaksa dirahsiakan atas sebab sebab keselamatan.

walaubagaimanapun, latihan semalam berjalan dengan perlahan macam siput babi lancar. (siapa je pun yang nak jalan laju laju tengah tengah malam gelap gulita? nak tergolek tak nampak tangga?) dan tiada kemalangan gangguan sakit jiwa dan sebagainya dilaporkan. cuma seorang pelajar telah hangus terbakar. identiti mangsa - wandiba zakaria. (berani kau tegar tak nak turun ye?)

dan disebabkan fire drill ni lah aku terskip class AIS pagi tadi. (cis, cakap je lah kau malas bangun pagi. macam semua orang tak tau..)



api, semasa kecil bukan kawan. kecil atau besar tetap musuh. jangan biarkan ia membakar penginapan anda. ya, penginapan. bak kata staff kolej itu. comel bukan. terasa seperti sedang bercuti di hawaii sambil memandang laut yang terbentang luas dari beranda hotel penginapan.




* currently addicted to polo, gula gula mint berlubang tu. satu kelas sebatang (ke sepeket?) aku habiskan sorang. kalau berterusan macam ni, bulan depan aku rasa gigi aku akan rongak. eh, maaf kawan, saya tak perli anda anda yang sedang rongak itu.

* nak balik tengok tun mahathir the musical, tapi tiket habis. jadi, perlu ke membatalkan kepulangan semata mata nak study FAR untuk test ahad ni? eh, study ke masalahnya nanti?

* sangat buzy. . . dengan kerja bertangguh berlambak dan kuiz test bersepah. tapi masih ada masa mengadap laptop. hebat bukan?

* happy birthday to you. yes, you.

Friday, September 3, 2010

random

dalam remaja isu baru baru ni yang gambar depan dia scha al yahya konon konon nak balik kampung beraya tu, ada satu fakta menarik. mari berkongsi fakta itu ya.

apakah pekerjaan lelaki handsome?

89% adalah doktor
70++% adalah engineer
50++% adalah peguam
dan yang lain lain aku tak berapa nak ingat


dan kebetulan, aku tengah sakit tekak yang amat sangat sekarang ni. dan nak masuk ke tahap selesema. mungkin bakal demam satu hari nanti. kebetulan ya. kebetulan yang indah, mungkin.

tapi, tolonglah jangan waktu hari raya pertama nanti baru tergegeh nak demam teruk seperti yg berlaku 2 tahun lepas. seksa kot..




* lately, i'm always living in my own world. daydreaming princess~ *sigh

* berbuka puasa bersama rakan sekelas. tapi ada juga rakan bekas sekelas. nak tgk gambar, klik sini, dibapunyabelog.

* yeay, esok balik cuti raya. minggu depan balik kampung raya. tapi.. streamyx kena potong. tak dapat online raya. sob sob..

* selamat hari raya. maaf zahir batin kepada semua pembaca belog aku kalau kalau ada entry aku menyinggung hati limpa hempedu korang.

* dan selamat semuanyalah. harapharapnya.