Sunday, August 22, 2010

what are we doing here??

sudah tiba masanya. . . untuk secawan teh sabah. oh, bukan, untuk berhijrah sepatutnya. dari seksyen 8 ke kolej melati.

seriously, we've been through a really hard time before coming out with this option. it's difficult to make decision though. but somehow, we'd knew this would happen anyway, juz being early 7 month than expected.

sedih kot, nak tinggalkan rumah yang dah dua tahun kitorang duduk dengan bermacam macam peristiwa yang dah kitorang lakarkan dalam rumah tu. sheesh, kenapa sangat berbunga ayat kau ni farah?

goodbye seksyen 8, kucing kucing yang aku tak takut nak pegang dah, jiran sebelah rumah, jiran depan rumah, pakcik fotostat yang baik, abg GTR yang tak sempat nak tengok muka, dan yang paling utama, nyah nyah yang tak sempat nak 'beramah mesra bertepuk tampar'. haha, sangat teringin nak bertepuk tampar dengan mereka kan.

i'll miss all that. . .


masa kami bertekad serbu office melati untuk bertanyakan pasal hostel kosong, dalam hati aku terdetik, apa yang aku buat kat sini ni?

bila permohonan berjaya dengan mudahnya dan dah dapat kunci bilik lalu terus mengemas bilik, aku tertanya lagi, apa yang aku buat kat sini ni?

dan pagi tadi, setelah bermalam kali pertama di hostel semula, aku bangun, duduk atas katil, sambil memandang shiro di katil hadapan. dan. . .

"apa yang kita buat kat sini ni?"


aku bukanlah tak boleh terima kenyataan sangat, saja je terlebih exaggerated. duduk hostel is not half bad then. yang penting, ada laptop, mp3 dan wireless percuma (walaupun lembab sangat), serta kawan kawan baik yang setia. campak je lah aku kat mana mana, insyaAllah, boleh hidup punya.

rasa tak percaya dah jadi budak hostel balik. dan duduk di atas meja study kembali. dan turun naik tangga bertingkat tingkat semula. dan pulang ke melati yang aku pernah nak bom suatu ketika dulu. ya, jilatlah ludah kau balik kan.

lepas ni nak concentrate study sahaja. tak perlu fikirkan duit rumah sewa, bil air, bil letrik, nak carik orang baru, yada yada yada. owh, reminder, 'concentrate study' itu tidak hanya terbatas kepada subjek kurikulum. ia termasuk juga subjek luar kurikulum seperti yang termaktub dalam youtube.

* it's a start of something new. make me tough, ya Allah.

No comments: