Sunday, August 15, 2010

salam dari perantauan

apa cabaran cabaran bila tiba bulan ramadhan?

kalau budak budak, jawapannya perut lapar. dan dahaga. untuk perokok perokok tegar, cabarannya tentulah kempunan asap. makcik makcik kat kampung mesti jawab "uish, susah la nak control mulut. kena kurangkan mengumpat." warga bandar pulak penat komplen jalan jem time balik kerja. dan perantau perantau di seluruh dunia mentabahkan diri menyambut ramadhan di tempat asing.



aku?




cabarannya bila bukak newspaper, muka surat tengah tengah, ruangan salam dari perantauan.

serius aku tak suka tengok. senang cerita jeles arr. (kita kena jujur di bulan ramadhan) dan sekarang, bila baca newspaper je, aku buat buat terskip bahagian tengah tu, ataupun pura pura buta sekejap.

haih, tunggulah aku pergi jepun korea nanti buat PhD in marriage study (dalam erti kata lain, honeymoon. takde maknanya nak belajar2 lagi pasni) bukan bulan puasa pun aku tetap gak nak hantar gambar banyakbanyak kat suratkhabar sekali dgn ucapan 2 muka surat penuh untuk ruangan tu. tunggulah...

tapi, faktanya, masa zaman muda muda dulu aku cukup suka belek ruangan salam dari perantauan tu. sebab nak cari student oversea hensem idaman mak mentua. dulu la, masa zaman muda muda. sekarang dah tua tua. carik laki pakai facebook, tak pakai suratkhabar lagi dah.

dan mungkin lagi setahun dua, aku akan melihat gambar adik aku dalam ruangan tu. good luck trial spm, wawa!



got to go. nak sambung tengok konsert super junior, bertemankan semangkuk koko crunch.


(pura pura terlupa esok ada quiz maf. dan masih berlepak senang di rumah bonda. sangat gembira hidup kau kan farah.)

No comments: