Wednesday, August 25, 2010

diari si pemalas

pengarang : farrakaka
diolah semula daripada cerita sebenar oleh alya maisara (bukan nama sebenar) - identiti terpaksa dirahsiakan atas sebab sebab keselamatan.


Selasa, 24 Ogos 2010
3.15 pm ~ Terkeluar dewan awal selepas menjawab test AIS. lupakan AIS, 2 more papers to go.

Planning: balik rehat kejap, dan malam study sampai lebam. (niat baik di bulan ramadhan)

5.00 pm ~ Terlepak bilik jah (memang nama sebenar). copy stock cerita korea sambil borak borak. petang petang macam ni nak study ape. rilek je lah kan. . .

8.00 pm ~ Malam telah menjelma. masih terberpoya poya. terlupa niat nak study.

9.00 pm ~ Timbul kesedaran setelah melihat roomate tekun di meja study. pura pura membuka buku. tapi pandangan tembus sehingga nampak orang di tingkat bawah.

10.00 pm ~ Dah berjoget joget tak senang duduk. tiba tiba rasa malas. dan mengantuk. dan lapar.

10.30 pm ~ selongkar 'dapur' dalam bilik mencari kudapan. melantak kerepek semangkuk bersama secawan nescafe. kononnya nak bagi tahan mata untuk stay up lepas ni. kononnya. . .

11.00 pm ~ dah habis melantak. cawan nescafe dah licin. dan. . .

11.01 pm ~ terbaring atas katil. dan terus tertidur. serta terus melupakan paper tax dan far yang perlu diambil esok. rationalization : takpe, awal lagi. tidur kejap je. pukul 12 kang bangunlah study.


Rabu, 25 Ogos 2010
12.00 am ~ Alarm telefon berbunyi. matikan dan terus sambung tidur.

01.00 am ~ Tukar posisi lebih selesa.

02.00 am ~ Masih tidur. tanpa menghiraukan dua orang roomates yang tekun study dengan lantangnya.

03.00 am ~ Baru tergegeh nak bangun setelah kali ke seratus dikejut roomate. sementara itu, mereka berdua dah bersiap sedia untuk tidur.

04.00 am ~ Masih tekun di meja study. sesekali pandang belakang. dan menjelesi dua orang roomate yang sedang nyenyak tidur.

04.45 am ~ hilang fokus. dan terbukak laptop. serta terupdate belog. dan tertutup buku.


dan itulah usaha gigih (dan gegeh) dari alya maisara (bukan nama sebenar) sebagai persediaan menjawab test. selebihnya, bertawakkal dan berserahlah sahaja. segala perlakuan adalah tidak disengajakan (nampak tak ada imbuhan TER di setiap perbuatan tersebut?)

3 comments:

faezah said...

hahhah...mane ko tau jah tu name sebenar :))

farah hazwani othman said...

jah ada nama bukan sebenar lain ke? haha

faezah said...

hahhaha...sengal....