Tuesday, August 31, 2010

merdeka

sejauh mana kita sudah merdeka?










dengan pembunuhan berleluasa

dengan pembuangan anak merata rata

dengan penderaan sini sana

dengan semua cacat cela

dan banyak lagi kekurangan yang ada







sejauh manakah agaknya?

dan selama manakah kita mampu bertahan untuk berpura pura?





renung renungkan, dan selamat merdeka.


* jangan anggap kita sudah bebas, dengan hanya meraikan kejayaan perwira perwira lepas saban tahun. hakikatnya, banyak lagi yang perlu diperbaharui. hanya mentaliti kita sahaja yang mampu memerdekakan kita dari segala jajahan.

selamat hari jadi malaysia 53.

Wednesday, August 25, 2010

diari si pemalas

pengarang : farrakaka
diolah semula daripada cerita sebenar oleh alya maisara (bukan nama sebenar) - identiti terpaksa dirahsiakan atas sebab sebab keselamatan.


Selasa, 24 Ogos 2010
3.15 pm ~ Terkeluar dewan awal selepas menjawab test AIS. lupakan AIS, 2 more papers to go.

Planning: balik rehat kejap, dan malam study sampai lebam. (niat baik di bulan ramadhan)

5.00 pm ~ Terlepak bilik jah (memang nama sebenar). copy stock cerita korea sambil borak borak. petang petang macam ni nak study ape. rilek je lah kan. . .

8.00 pm ~ Malam telah menjelma. masih terberpoya poya. terlupa niat nak study.

9.00 pm ~ Timbul kesedaran setelah melihat roomate tekun di meja study. pura pura membuka buku. tapi pandangan tembus sehingga nampak orang di tingkat bawah.

10.00 pm ~ Dah berjoget joget tak senang duduk. tiba tiba rasa malas. dan mengantuk. dan lapar.

10.30 pm ~ selongkar 'dapur' dalam bilik mencari kudapan. melantak kerepek semangkuk bersama secawan nescafe. kononnya nak bagi tahan mata untuk stay up lepas ni. kononnya. . .

11.00 pm ~ dah habis melantak. cawan nescafe dah licin. dan. . .

11.01 pm ~ terbaring atas katil. dan terus tertidur. serta terus melupakan paper tax dan far yang perlu diambil esok. rationalization : takpe, awal lagi. tidur kejap je. pukul 12 kang bangunlah study.


Rabu, 25 Ogos 2010
12.00 am ~ Alarm telefon berbunyi. matikan dan terus sambung tidur.

01.00 am ~ Tukar posisi lebih selesa.

02.00 am ~ Masih tidur. tanpa menghiraukan dua orang roomates yang tekun study dengan lantangnya.

03.00 am ~ Baru tergegeh nak bangun setelah kali ke seratus dikejut roomate. sementara itu, mereka berdua dah bersiap sedia untuk tidur.

04.00 am ~ Masih tekun di meja study. sesekali pandang belakang. dan menjelesi dua orang roomate yang sedang nyenyak tidur.

04.45 am ~ hilang fokus. dan terbukak laptop. serta terupdate belog. dan tertutup buku.


dan itulah usaha gigih (dan gegeh) dari alya maisara (bukan nama sebenar) sebagai persediaan menjawab test. selebihnya, bertawakkal dan berserahlah sahaja. segala perlakuan adalah tidak disengajakan (nampak tak ada imbuhan TER di setiap perbuatan tersebut?)

Sunday, August 22, 2010

what are we doing here??

sudah tiba masanya. . . untuk secawan teh sabah. oh, bukan, untuk berhijrah sepatutnya. dari seksyen 8 ke kolej melati.

seriously, we've been through a really hard time before coming out with this option. it's difficult to make decision though. but somehow, we'd knew this would happen anyway, juz being early 7 month than expected.

sedih kot, nak tinggalkan rumah yang dah dua tahun kitorang duduk dengan bermacam macam peristiwa yang dah kitorang lakarkan dalam rumah tu. sheesh, kenapa sangat berbunga ayat kau ni farah?

goodbye seksyen 8, kucing kucing yang aku tak takut nak pegang dah, jiran sebelah rumah, jiran depan rumah, pakcik fotostat yang baik, abg GTR yang tak sempat nak tengok muka, dan yang paling utama, nyah nyah yang tak sempat nak 'beramah mesra bertepuk tampar'. haha, sangat teringin nak bertepuk tampar dengan mereka kan.

i'll miss all that. . .


masa kami bertekad serbu office melati untuk bertanyakan pasal hostel kosong, dalam hati aku terdetik, apa yang aku buat kat sini ni?

bila permohonan berjaya dengan mudahnya dan dah dapat kunci bilik lalu terus mengemas bilik, aku tertanya lagi, apa yang aku buat kat sini ni?

dan pagi tadi, setelah bermalam kali pertama di hostel semula, aku bangun, duduk atas katil, sambil memandang shiro di katil hadapan. dan. . .

"apa yang kita buat kat sini ni?"


aku bukanlah tak boleh terima kenyataan sangat, saja je terlebih exaggerated. duduk hostel is not half bad then. yang penting, ada laptop, mp3 dan wireless percuma (walaupun lembab sangat), serta kawan kawan baik yang setia. campak je lah aku kat mana mana, insyaAllah, boleh hidup punya.

rasa tak percaya dah jadi budak hostel balik. dan duduk di atas meja study kembali. dan turun naik tangga bertingkat tingkat semula. dan pulang ke melati yang aku pernah nak bom suatu ketika dulu. ya, jilatlah ludah kau balik kan.

lepas ni nak concentrate study sahaja. tak perlu fikirkan duit rumah sewa, bil air, bil letrik, nak carik orang baru, yada yada yada. owh, reminder, 'concentrate study' itu tidak hanya terbatas kepada subjek kurikulum. ia termasuk juga subjek luar kurikulum seperti yang termaktub dalam youtube.

* it's a start of something new. make me tough, ya Allah.

Sunday, August 15, 2010

salam dari perantauan

apa cabaran cabaran bila tiba bulan ramadhan?

kalau budak budak, jawapannya perut lapar. dan dahaga. untuk perokok perokok tegar, cabarannya tentulah kempunan asap. makcik makcik kat kampung mesti jawab "uish, susah la nak control mulut. kena kurangkan mengumpat." warga bandar pulak penat komplen jalan jem time balik kerja. dan perantau perantau di seluruh dunia mentabahkan diri menyambut ramadhan di tempat asing.



aku?




cabarannya bila bukak newspaper, muka surat tengah tengah, ruangan salam dari perantauan.

serius aku tak suka tengok. senang cerita jeles arr. (kita kena jujur di bulan ramadhan) dan sekarang, bila baca newspaper je, aku buat buat terskip bahagian tengah tu, ataupun pura pura buta sekejap.

haih, tunggulah aku pergi jepun korea nanti buat PhD in marriage study (dalam erti kata lain, honeymoon. takde maknanya nak belajar2 lagi pasni) bukan bulan puasa pun aku tetap gak nak hantar gambar banyakbanyak kat suratkhabar sekali dgn ucapan 2 muka surat penuh untuk ruangan tu. tunggulah...

tapi, faktanya, masa zaman muda muda dulu aku cukup suka belek ruangan salam dari perantauan tu. sebab nak cari student oversea hensem idaman mak mentua. dulu la, masa zaman muda muda. sekarang dah tua tua. carik laki pakai facebook, tak pakai suratkhabar lagi dah.

dan mungkin lagi setahun dua, aku akan melihat gambar adik aku dalam ruangan tu. good luck trial spm, wawa!



got to go. nak sambung tengok konsert super junior, bertemankan semangkuk koko crunch.


(pura pura terlupa esok ada quiz maf. dan masih berlepak senang di rumah bonda. sangat gembira hidup kau kan farah.)

Friday, August 13, 2010

. . . maka, akulah yang menjadi syaitannya. (samb. entry lepas)

Khamis, August 12, 2010
Jam 0730



mata terpisat pisat. tangan galak menggerakkan shiro si sebelah.



"shiro, kau demam lagi tak?
kita takyah gi kelas ais arr. aku ngantuk..."



lalu terus menyambung tidur yang tergendala.



*nampak kan kesetanan aku di situ. memperguna dan mempengaruhi shiro.
apa nak jadik farah oi. bulan pose ni...

Tuesday, August 10, 2010

syaitan diikat di bulan ramadhan

maka, aku mungkin tidak akan ponteng kelas lagi untuk tidur. seperti tengahari ini.


*selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak. ambillah kesempatan ini untuk memperbanyakkan amalan dan mengurangkan maksiat. amin.

Sunday, August 8, 2010

family outing

what a day! sgt full schedule harini. cewah, macam artis fofular la plak kan. keluar pagi balik petang. adakala sampai malam. cari rezeki bawa pulang. buat orang yang. . . eh, tu bukan lagu ramli sarip ke? woh, cut it farah...

ya, pagi sabtu yang cerah ni bermula dgn sarapan di UK. sgt sedap nasi lemak rendang daging dia. sebab sedap, aku nak promote kat korang semua kalau ada masa pergi la bersarapan di gerai aku tak tau apa nama dia. betul betul tepi jalan raya, atas sikit dari zoo negara, bawah sikit dari rumah bakti ampang. rupanya abah dah lama usha panas tempat tu tiap kali pergi kerja pagipagi, sebab selalu ramai org. dan ada syaratnya juga. kalau nak bersarapan, pergi pagipagi buta. bukan pagipagi celik pukul sepuluh macam kitorang tadi sebab memang gerenti takde pape dah, tinggal nasi lemak je, kalau nasib kau baik la.

dah kenyang perut, pergi wangsa walk mall pulak. dan yeah, bermulalah aktiviti mengonjeng anak anak puan sabariah, yakni, aku, si akak yang cantik menarik lagi tertarik ko memang the bom selaku penaja utama, adik yang pandai menari tapi tak berapa pandai menyanyi, anas a.k.a. apiq, dan si bongsu kaki karaoke, aiman. puan sabariah dan encik othman terpaksa mengundur diri untuk berdating di carrefour. taknak dating tempat yang sama dengan anak anak mereka mengonjeng. takde privacy katanya. haha.

apa aktiviti di wangsa walk yang tak boleh berjalan tu? first stop di tgv cinema. beli tiket avatar, the last airbender. pastu baru sedar ada lebih sejam masa tambahan sebelum masuk panggung. maka aku diketuk budakbudak itu untuk bersuka ria di arcade. sebab tak banyak game menarik di arcade untuk dimainkan - 5 minit main dah habis token dah, kami beralih arah ke song box. dan aku tak tau adik bongsu aku tu kaki karaoke walaupun suara sumbang mambang. dan adik bongsu aku tu pun tak tau aku juga kaki karaoke walaupun suara sumbang mambang. nampak pertalian darah kami di situ? sangat jelas bukan.

sebelum masuk panggung, kena ketuk lagi beli popcorn. and i tell you what people, that movie is quite boring. juz as my expectation. yelah, bila trailer movie ni keluar masa aku tgk transformer 3 last year, aku dah sgt teruja, tapi tunggu punya tunggu tak keluar2 pun ceritanya. bila sesuatu movie ambik masa berkurun lama untuk direlease, wut do u expect, guys? (datuk dr rozmey tolong sila terasa. dua alam bila nak keluar? 2 juta huh?) and bila aku dapat tau m night shayamalan yg buat cerita ni, lagi la expectation aku sgt down.

whatever it is, aku tak salahkan m night shayamalan, sebab yang buatkan aku rasa boring pun coz aku dah tgk katun dia which makes me keep comparing them. the cartoon version is much more interesting than the movie. well, it's not easy to compresskan over 20 episodes from the cartoon into a 2 hour movie. so, nasihat aku, jgn tgk katun dia dulu, sebab nanti kau akan rasa tak best macam aku. even so, aku still nak tgk jugak movie ni bila dia keluar book 2 : earth and book 3 : fire nanti (kalau ada la) sebab aku sangat suka dgn cerita dia.

dan keluar wayang pergi karaoke lagi untuk mengisi masa lapang, dan mengisi lebih angin di dalam dompet.

sebelum balik rumah, sempat singgah melawat wawa. dan terpaksa menapau dua potong secret recipe untuk menebus rasa bersalah sebab tak dapat bawa dia ikut sama berpoyapoya. well, fair treatment la kan untuk semua adik. (nasib baik adik ada tiga je. bukan tiga belas)

dan sempat juga melakukan seksi penggambaran di sekolah wawa. memang seksi lah.









sangat menarik bukan tempat penggambaran ni. jadi, lepas ni, sekolah bukan hanya menjadi tempat menimba ilmu sahaja. boleh dimanipulasi kepada pelbagai function. dan kalau ada zila dan diba, mungkin gambar akan lebih berseni, lebih bermacam posisi dan lebih banyak lagi .

sgt penat. . . assignment maf tak dapat lagi. (tiba tiba nak ingat homework pulak kan...)

Tuesday, August 3, 2010

congratulations

sabtu lalu, aku dan keluarga selaku penyokong team sbpi gombak memeriahkan PICC dalam pertandingan debat piala perdana menteri ke 37. mari ikuti perjalanan kami dalam bentuk gambar berwarna.

venue : PICC Putrajaya
tajuk : UPSR dan PMR wajar dihapuskan
barisan keghajaan. adikku selaku menteri pertahanan.
penyokong penyokong Integomb
abah, wawa, mak, aku (apiq hilang)
bersama ibu dan anakanaknya. (ibu angkat adikku)
tahniah. bukan senang nak pergi ke peringkat final
dan dapat naib johan.

dab tahniah juga kepada abang norashikin hassan.
selamat pengantin baru. semoga kekal ke anak cucu.
*datang awal ke kelas ais sematamata nak update belog. bagus kan?