Friday, July 9, 2010

sepain

ya, setelah seminggu tidak berjaya mengonlinekan diri dengan gembira disebabkan line wimax yang serupa tahi di shah alam (garagara tak bayar bil lagi. salahkan jpa!), maka hari ini, di rumah keluarga tercinta yang dilengkapi kemudahan jalur lebar berfrekuensi tinggi, mari kita mengupdate belog.

dan bercerita mengenai sepain. (disebut spain). sepain yang berjaya memberi pain yang dalam kepada team german dan penyokong mereka. sepain yang berjaya membuatkan aku tak tidur semalaman. sepain yang berjaya menjadikan aku kutu liar melepak di mapley sehingga jam empat pagi. dan yang paling utama, sepain yang berjaya mengubat luka di hati aku dek kerana kekalahan brazil dahulu. jadi, sepain, tolonglah menang final nanti ye. tolonglah belasah holland bagi pihak brazil.

jom ramai ramai memeriahkan i city time final nanti.


berhenti di sini. terpaksa mengundur diri untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pendownloadan.


*sangat suka dengan lagu dan video terbaru super junior, no other. sungguh comel. =)

No comments: