Saturday, July 3, 2010

gua memang seorang penipu

entry gua yg lepas gua ckp nak tutup belog ini sementara kan. well, gua memang cakap tak serupa bikin. sebab gua dah update balik ni. dan gua update balik sebab gua tengah marah. dan kecewa. dan tensi. dan bila gua marah, gua pakai gua-lu. baru nampak ganas. or at least rasa ganas.

gua tengah marah. dan kecewa. dan tensi. sebab brazil kalah. serius. gua sakit hati. gua sanggup lari pergi rumah mak iti tinggalkan mak gua sambut besday dia sorang sorang sebab nak tgk brazil. tapi ini hasilnya? gua sampai tak lalu nak makan malam tak boleh nak menjamah nasi langsung. dan ini hasilnya? nasib baik gua bukan tahap obses sampai beli jersi brazil atau at least pun beli baju polo ala ala jersi german untuk dipakai masa menonton game brazil. (apa kejadahnya di sini? nak jawapan tanya zila)

1st half lu orang main best. walaupun cam siot sikit. masuk 2nd half dah siot banyak. gua taknak ulas panjang lebar pasal game tahi yg lu orang main. takde gunanya. dah lepas kan. ungkit ungkit lagi buat gua marah. dan kecewa. dan tensi tahu tak.

buat kaka. gua takkan lupa saat lu jatuhkan air muka gua. tujuh keturunan gua akan ingat. lu sama team lu pergi la balik kampung tanam jagung. duduk situ diam diam tunggu team lain datang join lu orang tanam jagung empat tahun lagi. lu jangan sibuk sibuk nak call gua mintak mahap pe kejadah sume tu. gua taknak cakap dgn lu lagi dah. lu dah hilang sorang peminat fanatik yg cun. sebab gua marah. dan kecewa. dan tensi sama lu.

buat kawan kawan uitm gua, i'm kindly requesting a favor. if u can avoid calling me with my name 'kaka' anywhere anywhen, please do so. at least sampai demam worldcup ni habis. lepas gua dah hilang rasa marah. dan kecewa. dan tensi ni, lu orang panggil la gua cam biasa. time tu mungkin gua dah dapat maafkan kaka.

gua tak tau mana nak sorok muka gua. dan banner belog gua yg terpampang besar tulisan 'farrakaka'. dan facebook gua yg bernama Farah 'Kaka' Hazwani.

dan gua rasa nak tikam diri gua sekarang jugak. sebelum ahmad van persie nadzim datang tuntut mcd satu set dia kat gua. (perhatian, ini bukan judi. ini TERjanji. lain kali jgn terlebih konfiden ya.)

dan serius. walaupun gua tengah marah. dan kecewa. dan tensi. tapi hati gua tengah menangis pilu.

gua nak lari membawa hati gua yg luka. lari ke pangkuan torres pula.

1 comment:

Nur Liyana a.k.a. Kuncup said...

wa sedey jugak haaa brasil kalah aaa naseb wa tak minat kaka wa minat si hero tua lucio suda hehe :D wa pas tgk brasil kalah wa teros tepon kawan2 wa cakap2 ilangkan tensen !