Sunday, July 11, 2010

GILLER BATTLE CREW memang rawkz tapi WAKAKA still no 1

panjang giler tajuk. rujukan : SHOWDOWN 2010.

kalau nak tahu apa itu showdown 2010, ia adalah sejenis rancangan hiburan di 8tv berbentuk tarian b-boy atau breakdance atau hip hop atau gabungan semua itu. kalau nak tahu apa itu giller battle crew (GBC) dan wakaka, mereka merupakan finalis rancangan tersebut. antara crew yang mantap gempaq dan boom. kalau nak tahu kenapa aku cerita pasal mereka mereka ini, ia adalah kerana tadi aku terlepak di mid valley menyaksikan showcase gbc. memang superb. tengok diorang perform live depan mata. wow!

dan kalau nak tahu kenapa aku boleh terminat dengan streetdance camni (minat tengok jelah, nak wat tak geti den), semua adalah pengaruh adik aku. dan korean pop. (kpop boleh dikatakan adik beradik dgn bboy kejadah ni semua. well, mmg bboy dancer berasal dari sana pun). jadi, layan ajelah...

dan sebenarnya. . . dragon ball ada tujuh biji semuanya. tak, sebenarnya, aku sepatutnya dah berangkat pulang ke shah alam sekarang. tapi masih sempat mengonlinekan diri dan mengupdate belog. sebab lepas ni seminggu laptop tiada, dijadikan cagaran untuk meminjam duit daripada along. bukan along bukit beruntung, tapi along kandung aku. huhu.

bila jpa nak masuk ni? siapa siapa boleh tolong jawabkan?

* looking forward to watching final worldcup this morning. and also final showdown this coming wednesday. my choice, spain and wakaka. =D

No comments: