Sunday, August 8, 2010

family outing

what a day! sgt full schedule harini. cewah, macam artis fofular la plak kan. keluar pagi balik petang. adakala sampai malam. cari rezeki bawa pulang. buat orang yang. . . eh, tu bukan lagu ramli sarip ke? woh, cut it farah...

ya, pagi sabtu yang cerah ni bermula dgn sarapan di UK. sgt sedap nasi lemak rendang daging dia. sebab sedap, aku nak promote kat korang semua kalau ada masa pergi la bersarapan di gerai aku tak tau apa nama dia. betul betul tepi jalan raya, atas sikit dari zoo negara, bawah sikit dari rumah bakti ampang. rupanya abah dah lama usha panas tempat tu tiap kali pergi kerja pagipagi, sebab selalu ramai org. dan ada syaratnya juga. kalau nak bersarapan, pergi pagipagi buta. bukan pagipagi celik pukul sepuluh macam kitorang tadi sebab memang gerenti takde pape dah, tinggal nasi lemak je, kalau nasib kau baik la.

dah kenyang perut, pergi wangsa walk mall pulak. dan yeah, bermulalah aktiviti mengonjeng anak anak puan sabariah, yakni, aku, si akak yang cantik menarik lagi tertarik ko memang the bom selaku penaja utama, adik yang pandai menari tapi tak berapa pandai menyanyi, anas a.k.a. apiq, dan si bongsu kaki karaoke, aiman. puan sabariah dan encik othman terpaksa mengundur diri untuk berdating di carrefour. taknak dating tempat yang sama dengan anak anak mereka mengonjeng. takde privacy katanya. haha.

apa aktiviti di wangsa walk yang tak boleh berjalan tu? first stop di tgv cinema. beli tiket avatar, the last airbender. pastu baru sedar ada lebih sejam masa tambahan sebelum masuk panggung. maka aku diketuk budakbudak itu untuk bersuka ria di arcade. sebab tak banyak game menarik di arcade untuk dimainkan - 5 minit main dah habis token dah, kami beralih arah ke song box. dan aku tak tau adik bongsu aku tu kaki karaoke walaupun suara sumbang mambang. dan adik bongsu aku tu pun tak tau aku juga kaki karaoke walaupun suara sumbang mambang. nampak pertalian darah kami di situ? sangat jelas bukan.

sebelum masuk panggung, kena ketuk lagi beli popcorn. and i tell you what people, that movie is quite boring. juz as my expectation. yelah, bila trailer movie ni keluar masa aku tgk transformer 3 last year, aku dah sgt teruja, tapi tunggu punya tunggu tak keluar2 pun ceritanya. bila sesuatu movie ambik masa berkurun lama untuk direlease, wut do u expect, guys? (datuk dr rozmey tolong sila terasa. dua alam bila nak keluar? 2 juta huh?) and bila aku dapat tau m night shayamalan yg buat cerita ni, lagi la expectation aku sgt down.

whatever it is, aku tak salahkan m night shayamalan, sebab yang buatkan aku rasa boring pun coz aku dah tgk katun dia which makes me keep comparing them. the cartoon version is much more interesting than the movie. well, it's not easy to compresskan over 20 episodes from the cartoon into a 2 hour movie. so, nasihat aku, jgn tgk katun dia dulu, sebab nanti kau akan rasa tak best macam aku. even so, aku still nak tgk jugak movie ni bila dia keluar book 2 : earth and book 3 : fire nanti (kalau ada la) sebab aku sangat suka dgn cerita dia.

dan keluar wayang pergi karaoke lagi untuk mengisi masa lapang, dan mengisi lebih angin di dalam dompet.

sebelum balik rumah, sempat singgah melawat wawa. dan terpaksa menapau dua potong secret recipe untuk menebus rasa bersalah sebab tak dapat bawa dia ikut sama berpoyapoya. well, fair treatment la kan untuk semua adik. (nasib baik adik ada tiga je. bukan tiga belas)

dan sempat juga melakukan seksi penggambaran di sekolah wawa. memang seksi lah.









sangat menarik bukan tempat penggambaran ni. jadi, lepas ni, sekolah bukan hanya menjadi tempat menimba ilmu sahaja. boleh dimanipulasi kepada pelbagai function. dan kalau ada zila dan diba, mungkin gambar akan lebih berseni, lebih bermacam posisi dan lebih banyak lagi .

sgt penat. . . assignment maf tak dapat lagi. (tiba tiba nak ingat homework pulak kan...)

4 comments:

diba zakaria said...

kak farah! hahaha. agak menarik entry kali ni. dah pndai wat lawak kan skrg? lgu ramli sarip tu agak rare! haha. yelah, kalau ada diba[yg style tu] ngn zila pasti lagi menarik. muahahaha.

farah hazwani othman said...

Adik diba. Haha,akak ske ble adik thibur bca en3 akak. Thx sb folow akak. (Mtk kaki pny cment)

diba zakaria said...

hahahaha. nape ko makin kelakar eh? penat aku gelak.

farah hazwani othman said...

adik diba...







nak sain?