Thursday, July 29, 2010

tv3

hebat betul tv3. penduduk felda di pahang baru buat aduan kat karam singh walia pasal tak dapat air, esoknya terus berduyunduyun bekalan air datang. orang datang mengadu, diorang terus menggerak kerajaan.

dan aku baru je berniat nak mengadu pasal masalah letrik kat uitm malam tadi, pagi ni datang kelas terus ada air-con.

betapa besar pengaruh tv3...

lepas ni aku nak berniat buat aduan pasal problem wimax plak. mana tau esok line wimax terus laju. untung2 wimax siap hantar laptop free buat gantirugi plak kan. haha.


* forgive and forget. but when it involves not your enemy, you cant easily forget. it'll take time. but somehow, forgiveness is sweet. do forgive, and mind to apologise as well. reminder to all of you, and me also.

Tuesday, July 27, 2010

in love with damon salvatore

rasa macam dah lama tak update belog ni. dah bersawang dah pun.
tapi, dah hilang skill mengupdate. dan tak tau nak update apa. (macam org nak sgt tau la apa yg ko buat kan?)



jadi, aku cuma nak bagitau sabtu ni adik aku ada pertandingan debat perdana, final. doakan team dia menang. (mari beramairamai meriahkan picc tengok debat. for free....)



*aku dah beli external. 500 gig. dan dah hampir penuh. phew. rasa macam nak kena beli lagi satu external. memang aku kaya sgt la kan..

*semenjak dua menjak ni, aku rasa macam aku dah guna terlalu banyak perasaan, which i dont like it, at all. somehow, i just wish i had an amnesia, so i wont be thinking too much. or maybe i could be a vampire, like damon salvatore, who can easily shut off the emotions. pfft, ko ingat ko dok kat mystic falls??

important note!
damon salvatore sgt ganteng. feels like pulling him out of the laptop screen and staring at those beautiful mesmerizing eyes. and then, i'll faint, of course.

Sunday, July 11, 2010

GILLER BATTLE CREW memang rawkz tapi WAKAKA still no 1

panjang giler tajuk. rujukan : SHOWDOWN 2010.

kalau nak tahu apa itu showdown 2010, ia adalah sejenis rancangan hiburan di 8tv berbentuk tarian b-boy atau breakdance atau hip hop atau gabungan semua itu. kalau nak tahu apa itu giller battle crew (GBC) dan wakaka, mereka merupakan finalis rancangan tersebut. antara crew yang mantap gempaq dan boom. kalau nak tahu kenapa aku cerita pasal mereka mereka ini, ia adalah kerana tadi aku terlepak di mid valley menyaksikan showcase gbc. memang superb. tengok diorang perform live depan mata. wow!

dan kalau nak tahu kenapa aku boleh terminat dengan streetdance camni (minat tengok jelah, nak wat tak geti den), semua adalah pengaruh adik aku. dan korean pop. (kpop boleh dikatakan adik beradik dgn bboy kejadah ni semua. well, mmg bboy dancer berasal dari sana pun). jadi, layan ajelah...

dan sebenarnya. . . dragon ball ada tujuh biji semuanya. tak, sebenarnya, aku sepatutnya dah berangkat pulang ke shah alam sekarang. tapi masih sempat mengonlinekan diri dan mengupdate belog. sebab lepas ni seminggu laptop tiada, dijadikan cagaran untuk meminjam duit daripada along. bukan along bukit beruntung, tapi along kandung aku. huhu.

bila jpa nak masuk ni? siapa siapa boleh tolong jawabkan?

* looking forward to watching final worldcup this morning. and also final showdown this coming wednesday. my choice, spain and wakaka. =D

Friday, July 9, 2010

sepain

ya, setelah seminggu tidak berjaya mengonlinekan diri dengan gembira disebabkan line wimax yang serupa tahi di shah alam (garagara tak bayar bil lagi. salahkan jpa!), maka hari ini, di rumah keluarga tercinta yang dilengkapi kemudahan jalur lebar berfrekuensi tinggi, mari kita mengupdate belog.

dan bercerita mengenai sepain. (disebut spain). sepain yang berjaya memberi pain yang dalam kepada team german dan penyokong mereka. sepain yang berjaya membuatkan aku tak tidur semalaman. sepain yang berjaya menjadikan aku kutu liar melepak di mapley sehingga jam empat pagi. dan yang paling utama, sepain yang berjaya mengubat luka di hati aku dek kerana kekalahan brazil dahulu. jadi, sepain, tolonglah menang final nanti ye. tolonglah belasah holland bagi pihak brazil.

jom ramai ramai memeriahkan i city time final nanti.


berhenti di sini. terpaksa mengundur diri untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pendownloadan.


*sangat suka dengan lagu dan video terbaru super junior, no other. sungguh comel. =)

Tuesday, July 6, 2010

student contoh

malam tadi aku mimpi Spain kalah dengan Germany 2-1. sumpah macam real weh.

jadi, kepada kakikaki judi diluar sana, bolehlah mula buat pertaruhan berdasarkan mimpi ngeri aku ni.




*short entry je, sebab aku tengah memanipulasi talian internet di dalam kelas AIS kat fakulti. sangat pelajar contoh kan aku ni. =D

Saturday, July 3, 2010

gua memang seorang penipu

entry gua yg lepas gua ckp nak tutup belog ini sementara kan. well, gua memang cakap tak serupa bikin. sebab gua dah update balik ni. dan gua update balik sebab gua tengah marah. dan kecewa. dan tensi. dan bila gua marah, gua pakai gua-lu. baru nampak ganas. or at least rasa ganas.

gua tengah marah. dan kecewa. dan tensi. sebab brazil kalah. serius. gua sakit hati. gua sanggup lari pergi rumah mak iti tinggalkan mak gua sambut besday dia sorang sorang sebab nak tgk brazil. tapi ini hasilnya? gua sampai tak lalu nak makan malam tak boleh nak menjamah nasi langsung. dan ini hasilnya? nasib baik gua bukan tahap obses sampai beli jersi brazil atau at least pun beli baju polo ala ala jersi german untuk dipakai masa menonton game brazil. (apa kejadahnya di sini? nak jawapan tanya zila)

1st half lu orang main best. walaupun cam siot sikit. masuk 2nd half dah siot banyak. gua taknak ulas panjang lebar pasal game tahi yg lu orang main. takde gunanya. dah lepas kan. ungkit ungkit lagi buat gua marah. dan kecewa. dan tensi tahu tak.

buat kaka. gua takkan lupa saat lu jatuhkan air muka gua. tujuh keturunan gua akan ingat. lu sama team lu pergi la balik kampung tanam jagung. duduk situ diam diam tunggu team lain datang join lu orang tanam jagung empat tahun lagi. lu jangan sibuk sibuk nak call gua mintak mahap pe kejadah sume tu. gua taknak cakap dgn lu lagi dah. lu dah hilang sorang peminat fanatik yg cun. sebab gua marah. dan kecewa. dan tensi sama lu.

buat kawan kawan uitm gua, i'm kindly requesting a favor. if u can avoid calling me with my name 'kaka' anywhere anywhen, please do so. at least sampai demam worldcup ni habis. lepas gua dah hilang rasa marah. dan kecewa. dan tensi ni, lu orang panggil la gua cam biasa. time tu mungkin gua dah dapat maafkan kaka.

gua tak tau mana nak sorok muka gua. dan banner belog gua yg terpampang besar tulisan 'farrakaka'. dan facebook gua yg bernama Farah 'Kaka' Hazwani.

dan gua rasa nak tikam diri gua sekarang jugak. sebelum ahmad van persie nadzim datang tuntut mcd satu set dia kat gua. (perhatian, ini bukan judi. ini TERjanji. lain kali jgn terlebih konfiden ya.)

dan serius. walaupun gua tengah marah. dan kecewa. dan tensi. tapi hati gua tengah menangis pilu.

gua nak lari membawa hati gua yg luka. lari ke pangkuan torres pula.