Saturday, June 5, 2010

Tentang. . . Dhiya



aku rasa aku dah teraddicted nak buat review novel. atau mungkin aku dah teraddicted nak post entry. atau keduaduanyalah senang cerita. ok, novel seterusnya, yang tak rugi kalau nak diulang baca sepuluh kali kalau takde kerja lain, adalah Tentang. . . Dhiya, ciptaan Syud. ini merupakan karya sulung beliau, dan beliau banyak menghasilkan ceritacerita pendek yang dikumpulkan bersama dgn ceritacerita penulis lain dlm satu novel.

heronya, azril mustaufi. berketurunan melayu tetapi karakternya digambarkan seperti christopher gorham + takuya kimura. aku pun tak dapat nak bayangkan macam mana. imaginasi syud ni sgt tinggi, sama tinggi dgn taste dia. (christopher gorham tu weh, aku minat dia tau! takuya kimura plak, fuhh, org jepun pertama aku minat!) azril ni normal je, ada aura sendiri tapi tak la melampau gila hebat superb macam hero filem tamil. (padiyappa! zup zup!)

heroinnya, dhiya nurlisa. seorang yang punya kisah silam menyedihkan, sehinggakan dia hidup dalam dunia dia sendiri dan cuba berlagak kuat depan org lain. auranya sentiasa negatif. satu langkah protective barangkali. sebagaimana tajuk novel ini, sebegitulah jalan ceritanya. semuanya berkisar tentang seorang dhiya, dalam hidup azril. bermula dengan saling bergaduh semasa menjadi partner dalam satu projek, sehinggalah pelbagai peristiwa terjadi yang akhirnya menyebabkan mereka menandatangani perjanjian damai. damai sekejap cuma, perang tercetus kembali. terpisah jua akibat ego dan konflik emosi, dan setelah beberapa tahun, kebetulan menemukan diorang kembali dan tali persahabatan diikat kembali. cuma sahabat. tidak lebih dan tidak kurang sebab masingmasing tak pernah jangka dan berpendapat akan tersangkut antara satu sama lain. tapi entah sejak bila, tanpa disedari sebenarnya hati mereka dah lama tersimpul. cuma perlukan masa yang sangat2 panjang untuk mereka menyedarinya, dan meleraikan segala kekusutan. and at last, they live happily ever after.

okay. ini adalah novel cinta. dan persahabatan. ditambah dengan elemen komedi ringan. tapi tak berat. sebab ringan je. ah,aku dah merepek. overall, aku suka novel ni. sebab 1st, ayat tak berbunga meleweh skema. 2nd, watak2nya ada karakter tersendiri. 3rd, meriah. novel ni banyak watak, tapi tak arr menkonpiuskan orang. dan macam yg aku ckp, setiap wataknya ada karakter tersendiri. (dan anda boleh berjumpa adil dalam Teja Aulia *akan datang* serta pacai dalam Baju Melayu Hijau Serindit *blog only*)

Syud punya novel ni simple. dan santai. sebab tu aku tak jemu baca ceritacerita dia. tak sabar nak tunggu teja aulia. link syud, sini.



kadang kadang kita selalu tanya, kenapa teruk sangat nasib kita, kan?

just believe there'll be a silver lining at each cloud. yang baik akan datang juga akhirnya. Insya Allah.


Syud

No comments: