Wednesday, June 9, 2010

menangislah, awan.

aku keluar rumah hari ini. menjengah matahari setelah berminggu bertapa dalam rumah. terasa silau mataku sebaik melangkah keluar pintu. panas matahari terasa membakar kulitku yang kurasakan makin putih sejak bertapa ni. jangan risau kulitku, kita berjemur sikit harini. tanned kan dirimu.


ok. yg kat atas ni cuma hiperbola.


tadi aku pergi tm centre, nak apply streamyx. masuk2 je dlm bangunan tak brape nak cantik lagi terceruk tu, dgn muka konfiden gile aku amek nombor. cun, ada lagi 15 orang before aku. aku duduk kat sofa tak brape nak empuk lagi usang sementara tunggu giliran.




5 minit. . . lek lu. baru je duduk ni. kerusi pun tak panas g. aku pandang kaunter. ada 4 kaunter bukak. 2 laki jaga, 2 pompuan jaga. mintakmintak dpt yg pompuan. aku ni ada penyakit androphobia. gugup dengan lelaki. karang nak mintak pinjam pen tersasul mintak nombor telefon dorg plak. bahaya.


15 minit. . . toleh kiri kanan depan belakang. takde plak mamat hensem nak cuci mata. leng chai banyak arr. tapi datang dgn leng lui sexy. potong stim.


25 minit. . . dah tak senang duduk tapi still dalam posisi paling ayu. asal tak gerak2 nombor ni? anyam ketupat ke hape lama sgt dok kat kaunter tu?




iklan : raya dah dekat. apa kata kita shopping kain cotton cantik buat baju raya dengan selendang cantik penghias kepala di sini.




35 minit. . . cuba untuk bersabar. tarik nafas, hembus.


45 minit. . . kesabaran meningkat 2 kali ganda, kerana menanti bersama orang yg sabar, yakni pn sabariah. haha. (mak, ampun!)


55 minit. . . hujan turun dengan lebatnya. cis. ini habuan kesabaran aku. kuyup la japgi nak balik ni.


beberapa minit lepas tu (setelah aku penat buat konsert dalam hati, nak nyanyi kuatkuat kang org kata gile plak) tiba juga giliran aku. lega.


dan orang2 yang giliran mereka selepas aku pulak menyambung legasi carutan dalam penantian penuh kesabaran ini.




serius, lepas ni jangan suruh aku pergi tempat macam ni lagi. sebab satu, aku tak suka berurusan kat kaunter. aku fail communication skill. dua, aku tak suka isi application form. leceh gila. dah la aku tak terer english. tiga, aku tak suka tunggu giliran. lama. siput babi pun boleh tawaf bangunan tu 7 pusingan baru nombor aku naik. nasib baik akak kaunter tu baik. dan hujan dah teduh lepas aku habis urusan.


dan yeay, dah pasang streamyx!





# lepak dgn kawankawan baik. seronok. lain kali bukak kedai kopi lagi ye.

# showdown sgt gempaq. terpengaruh dgn adikku pandai menari. habislah budak tu gila b-boy plak skang.

# vampire diaries best. cucicuci mata. haha.

# real tak jadik dtg mesia. hatiku kuciwa.

# cheratingggg. . . here i come!

# result kuar esk. i dont care. enjoy dulu baru tgk ok. ketawa dulu baru sedih ok.

# tajuk entry tak berkaitan. ilham datang masa aku tertanya2 bagaimana hujan turun petang tadi, semuanya garagara terlalu bosan menunggu.

1 comment:

ayiz mazlan said...

hahaha..jgn mudah tepedaya ngan nombor deyh...1 nombor kdg2 smpai berjam..