Sunday, June 27, 2010

menangis dalam ketawa. atau ketawa sambil menangis?

kalau korang tanya apa benda yg boleh buat aku menangis selain daripada rasa marah, sedih, gembira dan mata masuk habuk, aku akan jawab dengan yakinnya...

menonton cerita korea.

seperti filem ini

title : doremifasolatido

honestly, aku tgk cerita ni sebab jang geunsuk, walaupun masa ni dia masih hingusan muka tak matang habis, tapi sebab dah suka, layan je lah. cerita pasal cinta 3 segi la. klise punya korea. awal cerita, plot berjalan sgt cepat, sampai aku rasa baik buat drama je kalau nak masukkan byk2 konflik dalam masa yg singkat. tapi, bila dah ujung2, si jang geunsuk ni dah kena tinggal dgn pompuan tu n dah jadik gile, terus aku rasa macam weyy tak payah habiskan cerita ni lah. part geunsuk jadi gile tu sambung arr lama2 sket weh!



dondeck! dondaegirigiri. . . dondaegirigiri. . .



part ni aku menangis dalam ketawa. tak. ketawa sambil menangis kot?





*heh, cerita dia tak arr sedih sgt, yg ko menangis beriya kenapa lak farah??

eh eh, suka hati aku la.

Saturday, June 26, 2010

tak tau.

gua tak tau nak update apa, tapi tangan ngan jari jemari gua ni dah gatal nak update belog.

tak tau nape bila tgk match bola yg cambest je rase nak update blog sgt meluap2. wah. bahasa. skarg ni match spain vs chile. spain mendahului dgn 2 gol.

seriously, tak tau nak cite ape.






hmmmmmm...........








haha. dah tau dah nak citer ape.








torres sgt hensem berambut pendek. hahahaha.






dan fabregas sgt huduh berjambang. sori fabregas. awak (awak?? geli2!) dah jatuh no 3 dalam list. tempat awak (awak?? geli2!) dah diganti oleh torres. jgn risau kaka, anda still no 1.


baru aku perasan. byk player yg aku minat berjersi no 10.


* cerita a-team sgt best. highlightkan sgt tu ye. sumpah kelakar. dan stylo.

Wednesday, June 23, 2010

mari online di ruang tamu!

yeay, streamyx dah masuk.
dan aku tengah jadik seperti org jakun.



hailaa, tu je nak cerita.
adios amigos.




*semalam aku mimpi jumpa faizal tahir. apakah maksudnya di situ?

Monday, June 21, 2010

kurang perisa. kurang menyengat.

apa kes ni weh?

aku frust tgk world cup tahun ni. asek tie je. kalau tak tie, menang tipis. busan la weh. aku memerlukan sesuatu yg mengejutkan. bukan mengejutkan as in germany kalah dgn serbia selepas dgn gahnya membelasah australia pada perlawanan sebelumnya. itu bkn mengejutkan. itu sgt memalukan.

*pada ketika entry ini ditulis, aku sdg menyaksikan brazil berperang dgn ivory coast dgn brazil mendahului 2-0*

haha. pabila aku sudah bercerita pasal bola. gaya macam aku ni hebat sgt je tgk bola. padahal kalau ko tanya aku off-side tu hape, aku tak geti nak jawab sebab aku pun tak tahu. hakikatnya, aku tgk bola 4 tahun sekali je. dan ini cuma world cup kedua aku pernah tgk. fyi, aku kenal bola sepak 4 tahun lepas, masa form5. first match pernah aku tgk sepanjang hidup aku masa opening game german lwn apa tah mula2 dulu. dan lepas tu aku selalu follow up match2 yg ada sebab satu je tujuannya. nak berlagak dgn kawan2 bila dtg sekolah esknya. haha.

*dan yeay! gol ketiga dari brazil!*

serius. back then, world cup sgt meriah. aku dtg kelas pagi2 sume dok bergebang pasal bola. jadi untuk bergebang sama, aku terpaksalah tgk juga. dan masa tu memang demam habis lah. sampai nama kawan2 aku dlm phone book pun aku tukar. aman klose. dija pun nak klose gak. (aman, ko bermadu dgn dija tyme tu) fatin cannavaro. iman ballack. hafiz casillas. paan nedved. (baru aku perasan czech tak main wcup this year, rindu plak kat pavel nedved). semuanya nak letak nama player fevret. aku ingatkan aku je yg tak cukup akal buat mcm tu, tapi member baik aku si fatin tu pun sama gila gak. well, bff la katakan. haha.

dan serius, aku rindu zaman tgk wcup 4 thn lepas. rindu nak tgk bola sama2 dgn korang. (bukan tgk kat mapley, tapi tgk kat rumah sendiri, sambil bls2 mesej update pasal game). sekarang ni semua dah hilang. kawan2 sekolah semua dah hilang. masing2 wat hal sendiri. betul la ayiz, susah nak keep in touch bila dah berpisah semuanya. jumpa kat facebook pun sekadar hai helo apecer fullstop. *sigh*

*dan ivory coast membalas dendam dgn sedas gol. dan kaka dilayangkan kad kuning?!! siot!*

okay. tak mahu imbau kenangan lalu sambil beremosi. mari kita bergembira dengan...

*what?!! kad merah plak?! shit la. yg ko g siku mamat tu kenapa kaka oi?? drama betul arr...*

huh, tarik nafas. lepas. okay. sambung cerita. mari menstabilkan perasaan dgn sekeping gambar.

saya sayang kawan2 saya.
kami keluar bersama haritu.
sangat seronok.
saya rindu mereka semua.
reunion akan datang, pastikan semua ada.
a2p4, together we are better!

dan tidak dilupa, seulas karangan bergambar ringkas. (seulas?)

*dan tamat sudah perlawanan. padan muka ko ivory coast. bahahaha.*

Wednesday, June 16, 2010

rojak pasembor

"abah, call astro. mintak masukkan channel sport. akak nak tgk SUKMA. plz3..."


*agak2 kalau aku ckp camtu abah cair tak? huhu. game kat rtm tak best. busan arr tgk delayed game. tak feel lgsg.



well, sedikit world cup highlights :

germany 4-0 australia. go podolski! puas gler tgk game ni, wpun waktu rehat pas 1st half aku dah gugur syahid.

brazil 2-1 north korea. kaka!!!!

ok, enough. sblm gila meroyan aku bertambah teruk.


IKLAN : Teater KITA The Musical dah menggegar Istana Budaya. bermula 17 - 27 jun 2010. mendukung konsep 'One Malaysia'. lakonan hafiz af7, nas adila, eric lin, micheal rou dan ramai lagi. tiket berharga RM 38 - RM 288. (cis, mak aku dpt tiket paling mahal. apasal pihak produksi bagi 2 je?)


hari ni aku nak citer pasal nama. *wah2, dah macam rancangan mari bercerita bersama kak farah plak.haha*

nama aku, farah hazwani. member2 panggil aku farah. nama farah tu atuk aku yg bagi. well, sebab tu la aku jadik cucu kesayangan. haha. (tipu, nama along pun atuk bagi gak). family aku, sedara2 dan org2 di sekeliling family panggil aku wani. (member2 aku selalu gelakkan aku bila dpt tau nama aku kat rumah ni. hampeh dorg) cuma atuk ngan nenek segamat je panggil aku farah. kadang2 tersasar terbunyi 'parah'. aku redha je.

bila dah masuk u, aku dapat nama lain. kaka. dan aku suka. haha.

*mak cakap tadi, masa mak balik kampung kejap tgk nenek sakit, atuk aku berape kali tersasul panggil nama anak2 dara pak lang, 'farah'. looks like someone misses me.

i miss u too atuk.

sheesh. berair plak mata ni. mana pulak tetibe dtg habuk ni.

Tuesday, June 15, 2010

akan datang



julai 2010.


lama lagi. cis. *taper, sempat kumpul duit sehari seposen. haha.*

nak promote sket. cerita ni pasal dua sahabat baik dari kecik, adil, dan teja aulia (dipanggil aulia). adil dlm diam2 suka aulia, tapi aulia tak tau. dia anggap adil cuma kawan baik yg betul2 best fren forever lah. tiada rahsia antara mereka. tapi satu hari tu aulia jatuh cinta kat sorang mamat kat maktab dia, yg ada sedikit persamaan dgn adil. adil tau tu sebab aulia suka cerita kat dia. dan dia pun kecewa, yg amat sgt tapi dlm hati je la. dan sampai tu je aku tau. *macam sial je wat preview novel ni. sorry syud. haha.*

mari beli beramai2. di kedai buku berhampiran anda. bukan order kat sini. aku bukan ejen dia ok.


*nenek masuk hospital. denggi. semoga tak de pape yg serius. cepat keluar spital ye nek.

Wednesday, June 9, 2010

menangislah, awan.

aku keluar rumah hari ini. menjengah matahari setelah berminggu bertapa dalam rumah. terasa silau mataku sebaik melangkah keluar pintu. panas matahari terasa membakar kulitku yang kurasakan makin putih sejak bertapa ni. jangan risau kulitku, kita berjemur sikit harini. tanned kan dirimu.


ok. yg kat atas ni cuma hiperbola.


tadi aku pergi tm centre, nak apply streamyx. masuk2 je dlm bangunan tak brape nak cantik lagi terceruk tu, dgn muka konfiden gile aku amek nombor. cun, ada lagi 15 orang before aku. aku duduk kat sofa tak brape nak empuk lagi usang sementara tunggu giliran.




5 minit. . . lek lu. baru je duduk ni. kerusi pun tak panas g. aku pandang kaunter. ada 4 kaunter bukak. 2 laki jaga, 2 pompuan jaga. mintakmintak dpt yg pompuan. aku ni ada penyakit androphobia. gugup dengan lelaki. karang nak mintak pinjam pen tersasul mintak nombor telefon dorg plak. bahaya.


15 minit. . . toleh kiri kanan depan belakang. takde plak mamat hensem nak cuci mata. leng chai banyak arr. tapi datang dgn leng lui sexy. potong stim.


25 minit. . . dah tak senang duduk tapi still dalam posisi paling ayu. asal tak gerak2 nombor ni? anyam ketupat ke hape lama sgt dok kat kaunter tu?




iklan : raya dah dekat. apa kata kita shopping kain cotton cantik buat baju raya dengan selendang cantik penghias kepala di sini.




35 minit. . . cuba untuk bersabar. tarik nafas, hembus.


45 minit. . . kesabaran meningkat 2 kali ganda, kerana menanti bersama orang yg sabar, yakni pn sabariah. haha. (mak, ampun!)


55 minit. . . hujan turun dengan lebatnya. cis. ini habuan kesabaran aku. kuyup la japgi nak balik ni.


beberapa minit lepas tu (setelah aku penat buat konsert dalam hati, nak nyanyi kuatkuat kang org kata gile plak) tiba juga giliran aku. lega.


dan orang2 yang giliran mereka selepas aku pulak menyambung legasi carutan dalam penantian penuh kesabaran ini.




serius, lepas ni jangan suruh aku pergi tempat macam ni lagi. sebab satu, aku tak suka berurusan kat kaunter. aku fail communication skill. dua, aku tak suka isi application form. leceh gila. dah la aku tak terer english. tiga, aku tak suka tunggu giliran. lama. siput babi pun boleh tawaf bangunan tu 7 pusingan baru nombor aku naik. nasib baik akak kaunter tu baik. dan hujan dah teduh lepas aku habis urusan.


dan yeay, dah pasang streamyx!





# lepak dgn kawankawan baik. seronok. lain kali bukak kedai kopi lagi ye.

# showdown sgt gempaq. terpengaruh dgn adikku pandai menari. habislah budak tu gila b-boy plak skang.

# vampire diaries best. cucicuci mata. haha.

# real tak jadik dtg mesia. hatiku kuciwa.

# cheratingggg. . . here i come!

# result kuar esk. i dont care. enjoy dulu baru tgk ok. ketawa dulu baru sedih ok.

# tajuk entry tak berkaitan. ilham datang masa aku tertanya2 bagaimana hujan turun petang tadi, semuanya garagara terlalu bosan menunggu.

Saturday, June 5, 2010

Tentang. . . Dhiya



aku rasa aku dah teraddicted nak buat review novel. atau mungkin aku dah teraddicted nak post entry. atau keduaduanyalah senang cerita. ok, novel seterusnya, yang tak rugi kalau nak diulang baca sepuluh kali kalau takde kerja lain, adalah Tentang. . . Dhiya, ciptaan Syud. ini merupakan karya sulung beliau, dan beliau banyak menghasilkan ceritacerita pendek yang dikumpulkan bersama dgn ceritacerita penulis lain dlm satu novel.

heronya, azril mustaufi. berketurunan melayu tetapi karakternya digambarkan seperti christopher gorham + takuya kimura. aku pun tak dapat nak bayangkan macam mana. imaginasi syud ni sgt tinggi, sama tinggi dgn taste dia. (christopher gorham tu weh, aku minat dia tau! takuya kimura plak, fuhh, org jepun pertama aku minat!) azril ni normal je, ada aura sendiri tapi tak la melampau gila hebat superb macam hero filem tamil. (padiyappa! zup zup!)

heroinnya, dhiya nurlisa. seorang yang punya kisah silam menyedihkan, sehinggakan dia hidup dalam dunia dia sendiri dan cuba berlagak kuat depan org lain. auranya sentiasa negatif. satu langkah protective barangkali. sebagaimana tajuk novel ini, sebegitulah jalan ceritanya. semuanya berkisar tentang seorang dhiya, dalam hidup azril. bermula dengan saling bergaduh semasa menjadi partner dalam satu projek, sehinggalah pelbagai peristiwa terjadi yang akhirnya menyebabkan mereka menandatangani perjanjian damai. damai sekejap cuma, perang tercetus kembali. terpisah jua akibat ego dan konflik emosi, dan setelah beberapa tahun, kebetulan menemukan diorang kembali dan tali persahabatan diikat kembali. cuma sahabat. tidak lebih dan tidak kurang sebab masingmasing tak pernah jangka dan berpendapat akan tersangkut antara satu sama lain. tapi entah sejak bila, tanpa disedari sebenarnya hati mereka dah lama tersimpul. cuma perlukan masa yang sangat2 panjang untuk mereka menyedarinya, dan meleraikan segala kekusutan. and at last, they live happily ever after.

okay. ini adalah novel cinta. dan persahabatan. ditambah dengan elemen komedi ringan. tapi tak berat. sebab ringan je. ah,aku dah merepek. overall, aku suka novel ni. sebab 1st, ayat tak berbunga meleweh skema. 2nd, watak2nya ada karakter tersendiri. 3rd, meriah. novel ni banyak watak, tapi tak arr menkonpiuskan orang. dan macam yg aku ckp, setiap wataknya ada karakter tersendiri. (dan anda boleh berjumpa adil dalam Teja Aulia *akan datang* serta pacai dalam Baju Melayu Hijau Serindit *blog only*)

Syud punya novel ni simple. dan santai. sebab tu aku tak jemu baca ceritacerita dia. tak sabar nak tunggu teja aulia. link syud, sini.



kadang kadang kita selalu tanya, kenapa teruk sangat nasib kita, kan?

just believe there'll be a silver lining at each cloud. yang baik akan datang juga akhirnya. Insya Allah.


Syud

percutian 3 hari 2 malam. . .

. . . ke shah alam?

haha. aku baru balik dari shah alam. weehooo... seronok seronok bergelak ketawa bercakap berngokngekngokngek berhuhahuha bergolekgolek berlepaklepak berdatingdating. oops. . . haha

anyway, selamat berpindah si pengantin baru kak azza. nasib baik sempat jugak jumpa dia semalam b4 balik. dan nasib baik sempat jugak habiskan nestle neopolitan setupperware besar tu. komfirm sebulan aku takkan mkn aiskrim lagi. huhu. bygkanlah satu bekas tu kitorang meratah ber3 je. tak ke muak. dah la tengah2 mkn tiba2 pakcik aedes sebok nak wat fogging plak. kalau kitorang mati keracunan makanan sape nak jawab pakcik??

terharu aku bila pihak shah alam bertungkus lumus sambut aku dgn karpet merah bunga rampai semua. ok. tipu je. diorg sambut aku dgn taik mata bersepuh ngan air liur basi. bahaha. btw, thanx guys and girls for ur company during my visit. lain kali aku datang lagi.

next week percutian 2 hari 1 malam ke cherating pulak. haha. mari enjoy puaspuas sebelum result sem4 keluar. sebelum berkabung berdarurat di rumah 7 hari 7 malam dok melayan emosi.

Wednesday, June 2, 2010

versus


The hardest battle is when you're against yourself.

Changing for good is not a sin. Though it'll cost you blood and tears for a start.


You'll never reach perfection because there's always room for improvement. Yet, along the way to perfection you'll learn to get better.


If you forget of what you were, you'd never be grateful of what you are.

Everybody passes numerous paths along the road of life. There's always a dilemma when it comes to choosing.


Hlovate



at last, seperti yg dijanjikan, versus, another great piece of work by hlovate. seriously, aku tak tau macam mana nak start review ni. lets start with, versus, means situations where two parties are opposed to each other in some way, or in other word, against. in this novel, it refers to battle against yourself.

cerita mengenai battle 1 : yg haq vs yg batil.
cerita mengenai battle 2 : the old us vs the new us.
cerita mengenai battle 3 : emosi vs egoistik.
cerita mengenai battle2 di dalam kehidupan. . . semuanya bercampur menjadi satu dalam rencah hlovate.

Asyraff Omar, atau AO yg pada separuh perjalanan cerita digambarkan menjalani perubahan sedikit demi sedikit, daripada backstreet boy (as long as you love me. haha) kepada mamat normal yg baru nak kenal tikar sejadah, semuanya kerana Minn Edina. separuh perjalanan cerita yg kedua pula menceritakan perubahan AO daripada mamat normal yg biasa kepada the better AO, yg semakin menghampiri Allah. dan niatnya juga diperbetulkan, daripada berubah kerana minn, kepada berubah semata mata keranaNya. it is all about changes.

Minn Edina, atau Edsassin' , seorang bekas backstreet girl, yg berjaya membuka mata AO untuk berubah, tidak ketinggalan mengalami konflik dalaman apabila emosi sering mempermainkan dirinya. bagaimana dia cuba menafikan perasaannya apabila merasakan dirinya tidak setaraf dengan the new AO, yang membawa kepada kehancuran hati kedua-dua mereka. tapi tiada konflik yg tidak boleh diselesaikan, and they live happily ever after.

apa yg aku boleh katakan, hlovate memg tak dpt lari daripada cerita cerita macam ni. this is not a love story (mainly) but more to motivational novel. i always love hlovate, sebab dia berani keluar dari kepompong novel2 melayu yg biasa yg memg aku dah bosan baca. dengan ayat yg tak meleweh berbungabunga, aku suka cara dia gambarkan watakwatak dalam novelnya. not to detail, but feels real. walaupun selama aku hidup ni tak pernah lagi aku jumpa orang sebegitu, mungkin disebabkan perbezaan hidup, status dan kasta. haha.

keunikan hlovate punya novel (dari sudut pandangan akulah) :

1. quotes. beliau kaya dengan quotes. and i like. rasa bermotivasi. haha.

2. names. aku suka cara dia beri nama watak2nya. Asyraff Omar jadi AO, Minn Edina jadi Ed, Khalid jadi Ked, Farah jadi Kaka. oops... haha. pelik tapi sgt cool.

3. background oversea. menjadikan novelnya lebih international, maybe?

4. Islam, as the basic of life. a new way to spread the dakwah. i can say that she/he is a genius. agree?

5. gaya bahasa yg menarik. tak perlulah aku terangkan pasal metafora hiperbola tu sume kat sini. korang baca sendiri dan nilai.


overall, novel hlovate in adalah novel yg 'cerdik'. ia tidak bodoh, memperbodohkan atau memperkotak katikkan pembaca. anda secara automatik akan berasa pandai bila membaca novelnya. trust me.

i've always admire this mysterious person so much. dan aku jadi bangga bila aku antara orang yg terawal kenal hlovate menerusi 5T5B, dan menjadi orang yang menyebarkan karyanya serta blognya kepada kawankawan aku. dan menjadi orang yg sgt teruja menanti kemunculan karya barunya. semoga beliau bakal muncul dgn karya yg lebih menarik, dan idea yg lebih fresh, as usual.

thats all for today. got to go. btw, link hlovate, klik sini.

off to shah alam. adios amigos.

aku

13 fakta tentang aku :


1. senang addicted dgn satusatu benda. dan senang juga hilang minat dgn satusatu benda.

2. handle failure much earlier than it was expected. so, it wont bleed me like hell when the reality comes.

3. dont easily get frustated. or mad. u mess with myself, surely aint affected me. (for long term effect of coz)

4. an i-dont-care type of person. mostly, my life, my everything i do depends on luck.

5. a great follower instead of leader.

6. difficult in making decision. so dont ask for my opinion.

7. take things for granted. really, this is sooooo negative.

8. loves number so much, thats why i've been addicted to minesweeper. dare to challenge me in that game. bahahaa.

9. dont prefer asking and ordering people. prefer to do it alone than being a burden to someone else.

10. kalau ada, adalah. kalau takder, aku tak kesah. and that sounds like me.

11. cold-blooded creature. haha. not some kind of reptilia, or amphibia, dude. guess i dont have much feeling to be expressed. or maybe i do, but juz dont really know how to express it.

12. never planned anything in my life. juz follow the flow, and thats the best. let the path lead your feet to anywhere it want to.

13. not really know myself. so, whatever i stated above, might not be true.



*still have no idea why i'm posting this crap. look, its just something i wanna share. or maybe throw out loud from inside me. oh, geez, i think i really need to not thinking too much.


(this is what happening when u dont know what to do during ur sem break. u'll keep thinking.. and thinking.. and thinking. plus dreaming too. bahaha.)