Saturday, May 29, 2010

i ain't call it hypocrisy. i named it, flexibility.

apa itu hipokrit? aku pun tak pernah tahu maksud sebenarnya.

duludulu masa kecikkecik aku selalu baca majalah mangga. hebat kan, kecikkecik dah suka membaca. patut pun besarbesar mata rabun. (mana tak rabunnya, bukan baca buku berfaedah pun. majalah tak senonoh banyak gambar org pose tepi swimming fool yang dibacanya...)
serba sedikit tentang majalah mangga. paling banyak gosip murahan dalam tu. pastu mesti ada soalan wajib berbunyi "5 kriteria wanita idaman anda" untuk artisartis lelaki. dan jawapan cliche diorang mestilah berbunyi "ayu, berambut panjang, pandai memasak, bersopan santun dan hormat orang tua". tengok, aku dah naik hafal dah. nampak sgt keclicheannya. dan kalau untuk artisartis perempuan pulak,5 kriteria jejaka idaman mereka tentunya yang sedap mata memandang, tidak hensem sgt sebab takut kene curik (ini betul tau!), beriman, kaya, dan tidak hipokrit.

nah. hipokrit tu ape? jujur aku akui, perkataan hipokrit ni aku kenal dari majalah mangga masa umur 8 tahun. siapa kata majalah hiburan tak berunsur akademik? ia berjaya memcetuskan neuron-neuron dalam otak aku dan minda cenderung untuk memikirkan maksud perkataan tersebut. dan disebabkan aku malu nak tanya dekat mak aku apa maksud hipokrit, jadi aku buat rumusan sendiri. hipokrit tu adalah sesuatu sifat yang negatif. dan tak patut diamalkan.

itu dulu. masa umur aku 8 tahun. sekarang dah 12 tahun berlalu. dan aku masih mencaricari maksud hipokrit sebenar. definisi hipokrit dalam kamus buatan aku sendiri pun dah makin berkembang. (masih malu nak bertanyakan orang yg lebih berpengalaman, dan terus membuat spekulasi sendiri). hipokrit itu adalah apabila kamu berpurapura menjadi seseorang yang lain, sedangkan pada hakikatnya, perangai kamu yang sebenar bukanlah begitu.

jadi, sedarkah kita bahawa perbuatan menghipokritkan diri ni sedang bermaharajalela di sekeliling kita? dan sedarkah kita bahawa kadangkala kita pun pernah menghipokritkan diri sendiri? jangan terus jawab tidak. sebab percaya atau tidak, kita memang tak dpt lari dari perbuatan ni. mari samasama hayati.

kalau kamu seorang yang brutal taiko habis sampai salah sikit je terus nak hentam kepala orang kawkaw punya tapi bile depan mak mentua kamu pijak semut pun tak mati, itu hipokrit. kalau kamu seorang yang kecoh gile nak mati sampai orang kampung sebelah pun boleh dengar kamu bercerita tapi bila bercakap dengan pakwe suara susah nak keluar macam bercakap dlm kelambu, itu hipokrit. kalau kamu hakikatnya seorang yang kurang ajar tidak bersopan santun bila bersama kawankawan tapi bila lalu depan org tua tunduk 90 darjah macam nak patah pinggang, itu juga hipokrit, kan? tapi takkan nak berkasar dengan mak mentua, bertinggi suara tak tentu fasal dan berkurang ajar depan orang tua kan?

thus, i ain't call it hypocrisy, i named it flexibility. we will/must/have to be flexible depends to situation, righto? takkan nak main aci redah jerr ikut kepala sendiri kan? it's common sense btw. and look at how i 'positifkan kenegatifan' in the word hypocrite itself. beauty, isnt it? haha. so, be optimistic, people. juz say, i'm proud to be hypocrite.

and still, the question is not being answered.

apa itu hipokrit? mungkin terpaksa bertanyakan di formspring diba.



demam world cup.
sokonglah brazil.
(gambar tiada kaitan-Julies bkn penaja wcup ye kwn2)

No comments: