Friday, May 21, 2010

budakbudak zamang sekarang. . .

mina, san. konnichiwa!

haritu, semasa di dalam kereta bersama keluarga tercinta menuju ke rumah ibu saudara di ampang, aku secara tiba-tiba terlihat seorang remaja lelaki berusia dalam lingkungan belasan tahun berjalan seorang diri, menuju ke rumahnya barangkali. ahaha. cut that flowerly words la farah! disambungkan ceritanya, budak tu aku macam kenal. tibatiba. . .

"Eh, Hisyam! Hah, budak ni la yang pandai backflip lepas tiang gol kat sekolah apiq." adikku pandai menari tibatiba mengeluarkan katakata.

Wow, menarik! tak, bukan menarik sebab si hisyam(memang nama sebenar) ni pandai wat backflip(betul ke ejaan, bukan backslip? ah, wutever..) setinggi itu tapi yg menarik perhatian aku ialah rambutnya yang panjang gler dan tidak kelihatan seperti rambut sesuai dan diluluskan untuk ke sekolah. dia pergi sekolah pakai songkokkah? tapi tetap akan kelihatan kepanjangan rambutnya itu. hmm, jadi, mungkin dia melilit rambutnya dan menyembunyikan di dalam kain putih atau dalam erti kata lain memakai serban? musykil2... dan utk mengelakkan pelbagai spekulasi lain timbul, aku bertanyakan adikku pandai menari itu.

"Cikgu Soh bagi kebenaran dia bela rambut panjang. dengan syarat dia tak ponteng kelas lagi." kata adikku pandai menari setelah kuujarkan soalan kepadanya.

oh my god. aku terkedu. speechless. tak tahu nak kata ape. pendek cite, omg la.

cikgu soh (memang nama sebenar) buat camtu? cikgu yang dulu suka lempang orang tak tentu fasal. cikgu yang budak2 kalau dari jauh terlihat kelibatnya terus pusing jalan patah balik ke laluan lain. cikgu yang jarang mengeluarkan katakata tidak berunsur perlian atau marahan. cikgu yang memang orang suka kutuk dibelakangnya tapi tak berani nak kutuk didepannya. wow, that's amazing.

apakah ini menandakan cikgu soh semakin tua sudah semakin bertolak ansur dan lembut hati? atau hisyam yang memang taiko habis sehingga berjaya menundukkan cikgu soh? atau mungkin aku yang kuno konservatif habis sebab masih pelik dgn kejadian seperti ini walaupun senario ini sudah biasa di kalangan masyarakat sekarang? my conclusion is, aku memang kuno. mungkin bagi orang lain, benda ni biasa pada era budakbudak zaman sekarang. tapi aku masih tak boleh terima.

betapa hebatnya budakbudak zaman sekarang sehingga guru perlu membayar untuk mendidik, bukan dibayar. sistem barter, huh? kalau aku nak jadi baik, aku kena dapat imbuhannya. kalau aku takleh pontang kelas, aku mesti boleh simpan rambut panjang ni. begitu ya? good bargaining. cikgucikgu pun takut nak angkat tangan hayun rotan sebab for sure esok masuk paper punya. sedangkan bapakbapak yang pukul anak sebab nak ajar anak hormat orang tua pun boleh kena dakwa (rujuk kisah mael xpdc). no comment. aku bukan sesiapa nak ulas panjangpanjang. tepuk dada, tanya akal, bukan tanya hati.

btw, serba sedikit tentang cikgu soh. beliau merupakan guru yang rajin, cikgu cum tukang kebun sebab kalau beliau tiada di makmal sains, anda akan mendapati beliau di kebun belakang sekolah. guru yang agak lama berkhidmat di hillcrest, jadi, jangan pertikaikan kesetiaannya. beliau okay kepada pelajar yang okay, dan aku kagumi beliau sebagai seorang guru. well, semua guru pun aku kagum. jadi, korang takleh saman aku sebab mengutuk cikgu, sebab obviously, aku bercerita yang baikbaik saja tentang beliau. haha. (sekarang terpaksa wat camni sebab banyak sgt kes saman yang pelik2 melibatkan blogger. jadi, hatihati dalam penulisan anda.)

and aku ada buat personality quiz kat facebook. ini hasilnya.

green is for +ve, red id for -ve. guess what? i dun really know myself. maybe i'm being not me. or maybe i'm just so not me. ahaha. this is juz for fun la. u dont really have to believe it, righto?

No comments: