Tuesday, May 25, 2010

Aku Kan Novelis!

disebabkan aku tak tahu nak update apa, jadi aku bercadang untuk review novel ini. novel yang dah kuulang 5 kali bacaan dalam masa seminggu.



" Iza, mungkin kau tak faham kitaran dunia ni. Mari aku cerita dekat kau tentang jenis-jenis perempuan yang wujud di muka bumi ini. Spesies perempuan yang pertama, adalah perempuan manja. Walaupun lelaki selalu kata diorang tak suka perempuan-perempuan yang kebudak-budakkan seperti ini, tetapi sebenarnya semua orang lelaki suka bila perempuan tu manja dengan diorang. Diorang rasa gagah dan perkasa. Cuma diorang tak nak mengaku saja sebab diorang malu nak admit diorang mudah tergoda dengan spesies ni."

"Hey," Helmi mengerut dahi memandangku.


"Eh, kaum Adam jangan menyampuk. Bagi aku habiskan," balasku dan menyambung lagi.


"Spesies kedua, adalah spesies kewanitaan. Spesies ni pandai memasak, menjahit, berbudi bahasa, sopan santun dan sebagainya. Spesies ni selalu menjadi rebutan orang lelaki sebab mereka ni lambang stability dan boleh jaga suami. Spesies ketiga adalah wanita yang independent. Perempuan jenis ni ada karier sendiri dan boleh jaga diri sendiri. Zaman sekarang ramai yang suka perempuan jenis macam ni sebab mereka boleh jaga diri sendiri."


"Macam awak," bisik Helmi kepada Iza dan si gadis tersenyum menampar manja bahu Helmi.


"Geli betul!" omelku menggeleng.


"Kalau dengki mengaku ajela," ujar Iza selamba. Dia dan Helmi ketawa.


"Aaanyway...golongan seterusnya adalah wanita-wanita sporty. One of the guys. Mereka ni disenangi oleh orang lelaki sebab diorang menonton bola, bercakap fasal gajet dan boleh namakan lima syarikat pengeluar tayar yang berbeza," ujarku lagi dan kemudian mencuri beberapa butir bertih jagung dari bekas Iza sebelum menyambung.


"And then there are people like me. Perempuan yang lelaki cari bila mereka ada masalah, yang lelaki cari bila mereka perlu suara wanita untuk mendengar masalah mereka. Perempuan macam aku orang lelaki tak boleh nak kategorikan dalam mana-mana bahagian.

Sebab perempuan macam aku mungkin boleh memasak tetapi tidaklah sesedap mana. Mungkin boleh berbincang tentang politik tetapi tidak akan join diorang berborak di kedai kopi. Mungkin manja tetapi takkan tunjukkan kepada orang. Mungkin independent tetapi bukanlah seorang wanita berjaya. Mungkin nampak macam sesuai dijadikan isteri tetapi tak ada lelaki yang berani hampiri disebabkan aku tahu banyak masalah dan kelemahan mereka kerana aku yang mereka cari bila mereka dirundung masalah.
Perempuan macam aku tidak idealistik dan tidak juga realistik. Perempuan macam aku are doomed to be loner. Berpuas hati dengan seadanya," jawabku angkuh dan sengaja mengangkat keningku. Dan kemudian aku ketawa.

petikan daripada
"Aku Kan Novelis" garapan Nurul Syahida edaran Buku Prima



watak dalam novel ni tak banyak. aku, as in Safiah atau Safi, watak utama yang merupakan seorang novelis yang memikirkan dia tak perlukan lelaki lain (setelah kematian kekasihnya) kerana dia seorang novelis, yang menentukan apa sahaja jalan cerita yang dia mahukan, lelaki mana yang dia ingin dampingi dan bentuk penceritaan mana yang dia kehendaki. Iza dan Helmi rakan-rakan baiknya. dua watak ini ditemukan dan dibahagiakan olehnya. separuh masa pertama, maaf, separuh novel pertama menceritakan kisah iza dan helmi yang mana aku tak begitu tertarik membacanya. sehinggalah... tadaa..!! hero telah muncul. Zairul, aka Roul, watak pelik yang membuatkan aku jatuh cinta padanya. aku dalam ayat tadi merujuk kepada aku, (jari telunjuk ditujukan tepat kepada aku) bukan Safi. Roul, manusia berambut merah, bercontact lens merah di mata sebelah kanannya sahaja, bercakap menggunakan kata ganti gua-lu, menghisap rokok, dan seorang pelukis yang tidak jalanan sepenuhnya. boleh dikatakan, dia ni agak otai dan tidak skema dan kalau dijumpai di tengah-tengah jalan, memang orang akan memandang serong kepadanya. tapi aku tetap suka wataknya.

kenapa? sebab Roul ada kisah hidupnya tersendiri. mungkin agak skeptikal, tapi orang-orang seperti Roullah yang banyak pengalaman hidup. dan samada dia nak mengaplikasikan pengalaman hidupnya itu ke arah positif atau negatif, itulah yang membezakan orang-orang seperti Roul itu manusia atau binatang. dalam novel ni, aku pandang Roul sebagai seorang manusia. dalam dunia sebenar, wallahualam.

dan watak Roul yang banyak merubah pemikiran skeptikal Safi. Safi yang pada mulanya tidak boleh langsung memandang muka Roul. Safi yang pada mulanya rasa dia boleh mematikan watak Roul di awal cerita. Safi yang pada mulanya memikirkan there is no way she will fall for Roul. Never and Ever. dan akhirnya, they lived happily ever after.

kenapa aku suke gler baca novel ni. sebab Roul, of coz. walaupun aku rasa kalau aku jumpa mamat sebijik macam ni kat tengah jalan aku akan terus buat spekulasi2 negatif tentangnya. well, stereotyping is in our genes i guess. 2nd reason, sebab gaya cerita yang bersahaja. mungkin tak sesarkastik Hlovate, tapi tetap sempoi dan menghiburkan. 3rd reason, sebab aku suka cara penulis dia menggambarkan watak-wataknya. rasa macam nurul syahida ni amek psikologi instead of politic science. contoh terbesar, petikan yang aku amek di atas ni. she really is a good observer.

dan selain Hlovate dan Syud, Nurul Syahida menduduki tangga ketiga penulis novel yang akan kubeli novelnya. fyi, her previous novels include Soalnya Hati dan Plain Jane.

link ke blog Nurul Syahida, sini dan sini.

next entry, review Versus, InsyaAllah.

"dunia ini adalah pentas. aku penulis skrip dan kau adalah watak yang aku matikan pada bab yang pertama"

No comments: