Monday, March 15, 2010

tak kenal maka tak cinta....

hujung minggu haritu aku berkesempatan tgk teater Gamat 2. mari kita buat revision skit. eh, maaf, review.

pertama2nya, (cam nak buat ucapan la plak) jalan cerita gamat 2 lebih bagus daripada gamat 1. kenapa? sebab aku lagi faham dan boleh gelak. yg first dulu pending sket nak faham. haha. mungkin sebab dah tgk yg first maka aku jadi faham yg kedua. mungkin juga. mungkin juga sebab pelakon dikurangkan, jalan cerita pun disesuaikan, menjadi lebih simple. tapi, less is more. better that way. lakonan misha omar sgt menghiburkan. watak polis buntal yg over gedik mungkin sesuai dgn dirinya, kalau nak dibandingkan dgn pelakon gamat 1. tibe2 plak aku terminat misha. haha. amy mastura, seperti biasa sgt comel dan havoc! ske gler tgk dia! yg lain2, ok je. sayang tak dpt tgk ziana, sbb persembahan malam tu beliau tak dpt berlakon. agaknya apa akn jadi kalau misha, amy dan ziana satu pentas ye? mesti gamat kan? ya, itulah tajuk teaternya.

tamat sudah review singkat dari aku. rasanya dah takde ape lagi nak diborakkan. jadi, selamat berjumpa di lain hari.






kejap2.. rasa macam ada yang kurang. dan tidak kena. apa ye?






owh.. tajuk entry. mcm tidak kena bukan. dan tiada kaitan dgn review teater. tapi, aku punya entry, sukatilah aku nak letak tajuk apa. haha. memang minta kaki sungguh.

No comments: