Friday, March 19, 2010

singkatnya hidup ini...

selasa lalu, aku dikejutkan dgn sekejut-kejutnya. berita pemergian sepupu aku, Mohd Firdauz Mazlan, atau aku lebih senang memanggil beliau dgn nama abg Abby, benar2 membuatkan aku tersentak. daripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali.

dari kaca mata aku, arwah merupakan seorang sepupu yang disenangi. seorang sepupu yang peramah. seorang sepupu yang baik. seorang sepupu yang disayangi keluarga. seorang sepupu yang aktif, sihat walafiat tanpa ada sebarang penyakit. tiada siapa pun dapat menyangka arwah akan pergi terlalu cepat.

benarlah, semudah ucapan "kun fayakun" Allah menjadikan manusia, sekelip mata juga Dia mampu mencabut nyawa. benarlah, sejauh mana kita menyayangi seseorang, tetap Allah juga yang menyayanginya lebih lagi. benarlah, hidup ini terlalu singkat, sekejapan sahaja kita merasainya kerana Allah boleh menarik balik nikmatNya bila2 masa sahaja.

dunia ini hanyalah persinggahan. dunia bukanlah kehidupan hakiki. dunia ibarat perhentian seorang musafir buat seketika untuk sampai ke tempat tujuannya. dan tempat tujuan kita adalah alam akhirat. setiap saat kematian sentiasa menghampiri kita untuk menuju ke alam akhirat. kematian tidak mengenal usia dan tidak mengenal kedudukan, ia boleh berlaku bila-bila masa dan di mana-mana juga tanpa kita menyedarinya.

kepada Mak Iti, Pak Lan, Along Fairuz, Angah, dan Ayees, setiap yang berlaku ada hikmahnya. dugaan dan ujian yang sebegini berat menimpa ada sebabnya. Allah maha mengetahui apa yang telah ditetapkanNya. be strong.


gambar 20 thn dulu...


raya terakhir bersama. arwah di hujung kanan.


setiap yang hidup pasti akan mati. setiap yang telah pergi pasti akan dirindui. hanya kenangan yang tinggal untuk diingati. abg abby, damailah engkau di sana. semoga kau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. amin.




kematian itu pasti. kehidupan itu realiti.

No comments: