Thursday, March 11, 2010

dermalah hemoglobin untuk membentuk hemoglobin baru...

haha. sgt education sungguh tajuk entry di atas. sebenarnya, aku nak share pengalaman menderma darah atau dalam bahasa saintifiknya, hemoglobin. first time derma tadi tau, cuak gak sebab dah lama tak kena injek. tapi pura2 berlagak cool di dpn zila. haha.

mari kita belajar cara2 mendema darah yang betul. =D

pertama, niat. ye, niat ye kawan2. niat atau nawaitu kita nak menderma darah. adakah semata2 untuk mendapat makanan free. atau mungkin sebab nak mengurat abg petugas pusat darah negara yg hensem. atau mungkin untuk mendapat pahala. alhamdulillah. tapi, bagi aku, aku derma sebab nak merasa pengalaman pertama. sebab bila dah ada anak cucu cicit nanti, kalau diorang tanya, "nenek, nenek pernah derma darah tak dulu?", bolehlah dgn bangganya aku menjawab sambil mengunyah sireh "pernah cu. seronok...". haha. sebab sampingan aku menderma ialah untuk menggantikan darah lama dgn darah baru yg fresh, bak kata zila.

bila niat dah betul. tetap. dan yakin, step kedua ialah mengisi borang pendaftaran. dah macam nak masuk acara sukaneka plak kan. borang pendaftaran penderma ni memang banyak soalan berbentuk kbkk. contohnya, "anda sudah berkahwin?" atau "anda pernah mengalami pembedahan" atau soalan sensitif "anda pernah membuat hubungan kelamin dgn pelacur, homoseksual dan yg sewaktu dgnnya?" jawab ye atau tidak. tak boleh nak gatal2 jawab "err, saya tak sure la" atau "mungkin ada, mungkin tak" atau "nanti balik rumah saya cek dulu". memang secara automatik anda tidak akan dilayan.

step seterusnya, timbang berat dan cek jenis darah. berat kurang dari 45 akan serta merta ditendang. dan berat aku ngam2 45. tak lebih dan tak kurang. highlitekan tak lebih itu ye. jenis darah aku pula type B. Bagus. Baik. Berkaliber. Bijaksana. Bergaya. ok. dah2 cukup tuh.

dan sesudah itu, sesi temuramah akan dijalankan.soalan yang dia tanya "dah makan ke belum?", "dah kawen ke belum?" dan soalan wajib, "pernah berhubungan dgn mana2 golongan 'tuuuttt' atau tak?" haish, tak cukup dgn tick kat borang, nak jugak tanya face to face. malu aku nak jawab tahu. haha.

next, buat buku. ala, buku merah kecik saiz buku 555 tu. tapi macam aku ni, kes terpencil skit, before buat buku tu ada ke dia suruh aku g minum air milo dulu. org len tak kena pun. dia ingat aku tak cukup makan ke. tapi, aku ikut je arr. air free, bkn kena bayar pun.

ha, tibalah masa yang ditunggu2. mari menderma. dan perhatian ye, tak sakit langsung. diba, dgr betul2. tak sakit langsung. sakit macam kene gigit semut api je masa nak masukkan bius tu. lepas tu, rilek je arr. seronok tgk darah dipam keluar. dan bangga bila kantung simpanan tu dah penuh. rasa macam baru lepas selamatkan nyawa org plak.

well, first experience is full of excitement. it's worth, when you realize you're doing a good thing, what you can contribute to others. being a first timer is not half bad then. hopefully, this first time would not be the last time.

darahku, jagalah dirimu baik2. perjalanmu masih jauh. dan jagalah tuan barumu. kalau tuan barumu hensem dan kaya, temukanlah dia dgn aku, tuan lamamu. haha.