Tuesday, February 9, 2010

the ghost bird...

jam dah menunjukkan hampir pukul 5 pagi, dan aku masih di sini, di depan laptop, di ruang tamu yg besar, dan tanpa menutup mata. kau orang mesti tertanya2 kan bagaimana aku yg sebelum ini kuat tidur boleh jadi setegar ini? apa? tak heran? dulik arr.. aku nak jugak jawab. aku memang suke tanya sendiri jawab sendiri. tamak kann...

jadual tidur aku dah songsang sekarang. orang jaga aku tidur. orang tidur aku jaga. itulah rahsianya. aku nampak kekaguman korang terhadap aku dah mula pudar. ye, betul! bukan aku tak tidur langsung. tak perlu nak kagum dgn aku. tapi aku tidur awal pastu bangun bila orang da nak masuk tidur dan tak tidur2 sampai pagi. seronok jugak buat kerja pagi2 buta ni. walaupun terpaksa sumbat telinga dgr lagu pasang volume paling kuat sekali sebab nak tenggelamkan bunyi kucing2 bergaduh kat bawah kondominium kos rendah ni yang buat aku rasa macam nak baling kasut. ye, kasut ye kawan2.

sambil2 online ni, aku search materials untuk speech BEL aku. tajuk aku ~ WHY BLOGS HAVE UNDERGONE AN EXPLOSION IN THE COMMUNITY? menarik bukan. aku tahu ramai yang nak wat tajuk ni dan sangat2 jeles bila aku yg dapat rebut tajuk ni. bahahaha (gelak jahat). simple, menarik dan seiring dgn keadaan semasa. sebab tu aku sgt2 bersyukur dgn tajuk ni. oh ya, kalau ada idea2 menarik untuk aku selitkan dalam speech aku, sila tolong beritahu. aku hargainya. dan kalau nakkan publicity percumaan (bukan murahan sebab aku tak cas ape2 pun, hatta duit air mineral sebotol wat basahkan tekak), as in, nak aku promote blog anda2 semasa speech aku tu nanti, sila tolong request. aku hargainya juga. mungkin anda2 boleh tambahkan 50sen pendapatan nuffnang anda2 itu setelah dipromote nanti. anda2 tertarik? hubungi aku segera. siapa cepat dia dapat, sebab slide utk speech sgt limited.

minggu depan dah start cuti mid sem. dan aku masih tak tahu apa yang menarik untuk dilakukan. kalau korang ada rancangan yang menarik, jgn lupa ajaklah aku. duit jpa aku masih tersisa lagi dalam akaun untuk digunakan, walaupun bukan dalam kadar yang maximum.

semoga berjumpa lagi di lain hari. adios amigos. owh, salah bahasa.
ja, mataraishou~

live ur life...

4 comments:

ziela a.k.a fazy said...

bkn ghost bird la..
antu kuntilanakkk!!
wakakaka

farrawanie said...

haha...siyes..
memg ada antu pun...
hehe...

eezzzz... said...

promote blog aku nnt.. hahahaa..

farrawanie said...

blog ko still setahun jagung lagi arr fareez..
tak cukup matang lagi..
haha..