Thursday, February 11, 2010

cuti ker?

cuti ker namanya kalau assignments melambak2 minta disiapkan dan dihantar immediately after break? sampai tak sempat nak bernafas bila pergi kelas tiap2 hari ada je homework kene bawak balik. agak2nya, kalau tak pergi kelas minggu ni takder kot homework kene bawak balik kan? kan? kan? menyesal betul aku pergi kelas...

tapi, let's look from the positive point of view, bila homework melambak2 ni takderlah aku nak merayau2 tak ingat dunia menghabiskan duit yang tak seberapa dan berjalan2 mencarik pakwe (sila baca dalam satu nafas sahaja). dan takder jugaklah aku nak berelax2 sepanjang masa makan minum bagai nak gila dan menambahkan lemak yg sedia ada (wah, dah macam gurindam anak remaja la plak). haish, redha jelah...

trip ke terengganu tak jadik... citer kat panggung wayang mostly tak best... tiket konsert tak dapat beli... balik rumah tak boleh online... aku dah dapat bayangkan macam mana bentuk cuti 5 ari aku kat rumah (5 ari je tau, pastu dah nak kena balik shah alam wat assignment!). nasib baik ada astro 303 sebagai penyelamat. *sigh...

(bersyukur sekarang farah! asek nak merungut macam nenek tua je.. tuhan tarik balik cuti raya cina ni karang baru tauk...)



* tekak sakit perit tapi tak batuk. camane tuh?? perlu ke beli strepsils dan makan di tepi tasik supaya tasik tu boleh jadik beku dan main ice skating di atasnya?

** kau nak masuk rumah jangan nak banyak songeh banyak bunyik plak eh. tak puas hati bole blah! aku pun tak hingin sgt kau masuk tahu tak! tak, bukan kau. tunang kau.

*** along aku buat rambut siot! nasib baik dia tak buat facial sekali. biar papa asal bergaya. cis!

**** kata2 hikmat utk hari ini ==> Don't judge from the outside look. it is the heart that matters more. renung2kan dan selamat beramal...

No comments: