Friday, February 19, 2010

aku nak....

tidak melarikan diri dpd topik di atas ini, sepanjang entry ni aku akan menstatekan apa yg aku betul2 nak sekarang ni...

aku nak cuti...lagi! (seminggu yg tak sampai seminggu ni tak cukup bagi aku. cepatlah cuti sem!)

aku nak talipon bimbit berkamera yang boleh guna true song jadik ringtone! (busan tahu tak dgr bunyi kringkringkring bila ada org call aku, walaupun tak ramai pun org nak call aku kecuali mak aku yang tercinta)

aku nak superpower (bukan yang dalam iklan jin kepala toncet tu) supaya kerja2 melambak aku yang bertangguh tu boleh siap dalam masa sejam je.

aku nak tinggi! dan kurus! (okey, ini sudah melebih...)

aku nak pergi tepi laut mendengar deruan ombak memukul pantai merasai nyamannya angin monsun timur laut menampar2 pipiku sambil menghirup udara segar berbau laut. okey, cukup dgn ayat novel. nanti housemate aku muntah hijau baca.

aku nak bertunang segera.

tak. aku tipu je.

betul. aku tipu ni. jangan percaya. langsung.

aku nak...err..aku pun tak tau aku nak apa lagi sekarang ni. sepatutnya aku patut mintak cara2 untuk bersyukur dgn apa yg dah ada.

bintang kecik
masalah air melanda rumah. adakah kami dalam rumah ni semuanya berunsur api sebab tak habis2 ditimpa masalah berkaitan air? api=panas. panas=baran. baran=kami?

No comments: