Sunday, February 28, 2010

orang gilak!

for these past few days, i've done a lot of crazy things. yeah. a lot. a lot means it is more than one.

*naik kapal terbang, pulang semula ke Malaysia


ya. berbalik kepada perkara2 gila yg telah aku lakukan, mari kita soroti sebahagian darinya.

aku ponteng kelas hari khamis. dan pulang ke rumah pada hari itu. gila yang pertama.

berdating berdua bersama Faezah dan menghabiskan sisa-sisa Mcd dgn bergosip dan bergosip. gila sebab menambahkan dosa.

aku tidak terus pulang ke pangkuan keluarga sebaliknya melarikan diri ke KLCC dan menonton Percy Jackson, The Lightning Thief. (sgt seronok walaupun menonton bersendirian). gila yang seterusnya.

keesokan harinya, keluar berfoya-foya bersama ex-roomates di kmm di Times Square. tidak boleh dikategorikan gila sebab i'm having so much fun with them. tapi gila dari segi pembaziran duit yg tinggal sedikit.

pulang ke rumah sewa, dan menghabiskan masa menonton cerita korea sambil menangis teresak-esak seperti seorang bini kematian lakinya. sehingga jam menunujukkan 8.30 am hari ahad. sangat2 gila sebab KAU TAK INGAT KE KAU ADA COMMON TEST ISNIN SAMPAI RABU NI TAPI KAU BOLEH RILEK SEMEDANG MACAM DAH YAKIN SGT ILMU PENUH DI DADA????!!!

maaf, terlebih emo di situ. sebab baru tersedar dari kegilaan. terpaksa berhenti di sini sebab tilam dah memanggil. eh, silap. buku dah memanggil minta di baca sehingga tertidur. eh, silap lagi. sehingga difahami. dan semoga berjumpa lagi esok hari. eh, bukan. esok nak test. tak boleh online. semoga berjumpa di lain hari. adios.



*new layout. kinda miss the old one i guess..

*you're beautiful memg best! IRIS last episod sgt2 mengaktifkan kelenjar air mata aku. tibe2 rasa nak menangis lagi. out. nak pergi bilik air.

Thursday, February 25, 2010

somebody help meeee!!!

I DUNNO WUT I DID TO MY BLOG AND SUDDENLY IT BECAME LIKE THIS. CANNOT CHANGE TEMPLATE. CANNOT CHANGE SETTING. WARGHHHHHH!!!! SO PISSED OFF! N FRUSTRATED! HELP ME PLEEAASEEEEE......

len kali aku tanak gatal2 tgn lagi g tukar sana sini.

=(

Friday, February 19, 2010

aku nak....

tidak melarikan diri dpd topik di atas ini, sepanjang entry ni aku akan menstatekan apa yg aku betul2 nak sekarang ni...

aku nak cuti...lagi! (seminggu yg tak sampai seminggu ni tak cukup bagi aku. cepatlah cuti sem!)

aku nak talipon bimbit berkamera yang boleh guna true song jadik ringtone! (busan tahu tak dgr bunyi kringkringkring bila ada org call aku, walaupun tak ramai pun org nak call aku kecuali mak aku yang tercinta)

aku nak superpower (bukan yang dalam iklan jin kepala toncet tu) supaya kerja2 melambak aku yang bertangguh tu boleh siap dalam masa sejam je.

aku nak tinggi! dan kurus! (okey, ini sudah melebih...)

aku nak pergi tepi laut mendengar deruan ombak memukul pantai merasai nyamannya angin monsun timur laut menampar2 pipiku sambil menghirup udara segar berbau laut. okey, cukup dgn ayat novel. nanti housemate aku muntah hijau baca.

aku nak bertunang segera.

tak. aku tipu je.

betul. aku tipu ni. jangan percaya. langsung.

aku nak...err..aku pun tak tau aku nak apa lagi sekarang ni. sepatutnya aku patut mintak cara2 untuk bersyukur dgn apa yg dah ada.

bintang kecik
masalah air melanda rumah. adakah kami dalam rumah ni semuanya berunsur api sebab tak habis2 ditimpa masalah berkaitan air? api=panas. panas=baran. baran=kami?

Thursday, February 11, 2010

cuti ker?

cuti ker namanya kalau assignments melambak2 minta disiapkan dan dihantar immediately after break? sampai tak sempat nak bernafas bila pergi kelas tiap2 hari ada je homework kene bawak balik. agak2nya, kalau tak pergi kelas minggu ni takder kot homework kene bawak balik kan? kan? kan? menyesal betul aku pergi kelas...

tapi, let's look from the positive point of view, bila homework melambak2 ni takderlah aku nak merayau2 tak ingat dunia menghabiskan duit yang tak seberapa dan berjalan2 mencarik pakwe (sila baca dalam satu nafas sahaja). dan takder jugaklah aku nak berelax2 sepanjang masa makan minum bagai nak gila dan menambahkan lemak yg sedia ada (wah, dah macam gurindam anak remaja la plak). haish, redha jelah...

trip ke terengganu tak jadik... citer kat panggung wayang mostly tak best... tiket konsert tak dapat beli... balik rumah tak boleh online... aku dah dapat bayangkan macam mana bentuk cuti 5 ari aku kat rumah (5 ari je tau, pastu dah nak kena balik shah alam wat assignment!). nasib baik ada astro 303 sebagai penyelamat. *sigh...

(bersyukur sekarang farah! asek nak merungut macam nenek tua je.. tuhan tarik balik cuti raya cina ni karang baru tauk...)



* tekak sakit perit tapi tak batuk. camane tuh?? perlu ke beli strepsils dan makan di tepi tasik supaya tasik tu boleh jadik beku dan main ice skating di atasnya?

** kau nak masuk rumah jangan nak banyak songeh banyak bunyik plak eh. tak puas hati bole blah! aku pun tak hingin sgt kau masuk tahu tak! tak, bukan kau. tunang kau.

*** along aku buat rambut siot! nasib baik dia tak buat facial sekali. biar papa asal bergaya. cis!

**** kata2 hikmat utk hari ini ==> Don't judge from the outside look. it is the heart that matters more. renung2kan dan selamat beramal...

Tuesday, February 9, 2010

the ghost bird...

jam dah menunjukkan hampir pukul 5 pagi, dan aku masih di sini, di depan laptop, di ruang tamu yg besar, dan tanpa menutup mata. kau orang mesti tertanya2 kan bagaimana aku yg sebelum ini kuat tidur boleh jadi setegar ini? apa? tak heran? dulik arr.. aku nak jugak jawab. aku memang suke tanya sendiri jawab sendiri. tamak kann...

jadual tidur aku dah songsang sekarang. orang jaga aku tidur. orang tidur aku jaga. itulah rahsianya. aku nampak kekaguman korang terhadap aku dah mula pudar. ye, betul! bukan aku tak tidur langsung. tak perlu nak kagum dgn aku. tapi aku tidur awal pastu bangun bila orang da nak masuk tidur dan tak tidur2 sampai pagi. seronok jugak buat kerja pagi2 buta ni. walaupun terpaksa sumbat telinga dgr lagu pasang volume paling kuat sekali sebab nak tenggelamkan bunyi kucing2 bergaduh kat bawah kondominium kos rendah ni yang buat aku rasa macam nak baling kasut. ye, kasut ye kawan2.

sambil2 online ni, aku search materials untuk speech BEL aku. tajuk aku ~ WHY BLOGS HAVE UNDERGONE AN EXPLOSION IN THE COMMUNITY? menarik bukan. aku tahu ramai yang nak wat tajuk ni dan sangat2 jeles bila aku yg dapat rebut tajuk ni. bahahaha (gelak jahat). simple, menarik dan seiring dgn keadaan semasa. sebab tu aku sgt2 bersyukur dgn tajuk ni. oh ya, kalau ada idea2 menarik untuk aku selitkan dalam speech aku, sila tolong beritahu. aku hargainya. dan kalau nakkan publicity percumaan (bukan murahan sebab aku tak cas ape2 pun, hatta duit air mineral sebotol wat basahkan tekak), as in, nak aku promote blog anda2 semasa speech aku tu nanti, sila tolong request. aku hargainya juga. mungkin anda2 boleh tambahkan 50sen pendapatan nuffnang anda2 itu setelah dipromote nanti. anda2 tertarik? hubungi aku segera. siapa cepat dia dapat, sebab slide utk speech sgt limited.

minggu depan dah start cuti mid sem. dan aku masih tak tahu apa yang menarik untuk dilakukan. kalau korang ada rancangan yang menarik, jgn lupa ajaklah aku. duit jpa aku masih tersisa lagi dalam akaun untuk digunakan, walaupun bukan dalam kadar yang maximum.

semoga berjumpa lagi di lain hari. adios amigos. owh, salah bahasa.
ja, mataraishou~

live ur life...

Monday, February 8, 2010

random

anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Walaupun sekadar hai? daripada dia pun sudah mencukupi sebagai penenang. Anda mungkin menaruh hati padanya, cuma anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan terlalu baik, dia akan merindui anda. Jangan terlalu mengambil berat, dia mungkin menyukai anda. Jangan jadi terlalu sweet? Dia mungkin jatuh hati kepada anda. Seseorang yang membuatkan anda jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi anda lebih
daripada anda menyayangi dia.

Jika seseorang yang hadir dalam hidup anda dan menjadi sebahagian daripada hidup anda, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan sekurang- kurannya dia pernah membahagiakan anda. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.
Kembali pada anda.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak anda ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa
tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.

Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang
bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama anda ketika ini tetapi masih menyayangi anda sepenuh hatinya.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya,
anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.

Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa
penting dan istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya
hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.

Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu
kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus
mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa berubah.


sumber : rahsia.
mungkin bunyinya cam corny sket, tapi, aku rasa terpanggil nak share bendalah ni dgn korg semua. sekadar mengisi masa lapang. dgn bacaan ringan. hehe..

Thursday, February 4, 2010

skemakah saya?

ramai yg kata ayat2 aku sekarang sgt bombastik dan skema, macam cikgu bahasa melayu sekolah menengah. sebenarnya tak la ramai sgt, ada la dalam 2-3 orang. semua ni gara2 jurnal CTU yang kitorang kena buat setiap minggu. tapi, bagi aku la, ayat2 aku dalam tu bukan bombastik pun. cam kel*** ada la.

sebenarnya, aku bukan nak citer banyak2 pasal tu. yang aku nak citer kat sini pasal kekeciwaan aku. ya, sangat keciwa! sebab by the time aku baru nak terhegeh2 risik tiket kunset super show super junior yang rege paling murah (tapi mahal gak bagi aku) tu dah sold out. yang kedua murah pun dah sold out. tinggal front tiket yang rege dia aku boleh bayar sewa rumah 4 bulan setengah ataupun beli 3 pasang seluar jean levi's (levi's taw!) original. jadi kesimpulannya, aku tak mampu nak tgk kunset tu.

tapi, sebagai seorang bakal chief financial officer yang berjaya, aku dah siap2 fikirkan alternatif lain bagi menampung kekecewaan aku. ya! kunset faizal tahir, aizat dan datuk ct kat istana budaya pun memerlukan penonton. tak, jgn salah faham. aku belum lagi beli tiket, baru nak risik dan dgr kata, tiket dia paling murah pun 80 hingget itupun kat hall 3 yang nanti bila kau tgk pentas, ko nampak faizal tahir tu macam semut api pakai jaket kulit. hopefully, mak aku berjaya risik2 tiket kat tempat yg ok sket.

diba, cepat arr bagi gambar debat perdana peringkat universiti tu kat aku. boleh aku post kat blog cpt.

jah, (aku tak tau arr ko baca ke tidak post ni) aku tak berjaya pergi ke kunset suju tu. jadi tak dpt sampaikan salam ko ke siwon.

takziah kpd Syafikah Omar dan keluarga atas pemergian ibunya. semoga roh arwah dicucuri rahmat. dan semoga anda sekeluarga kuat semangat dan bertabahlah.

life is too short, so live to the max.