Friday, January 8, 2010

random

sumpah aku dah rindu nak sgt merepek kat blog ni tapi aku taktau nak tulis ape dah sebab aku dah hilg skill merepek kat blog. inilah hasilnya bertapa selama sebulan setengah kat gua batu caves dulu.

oh ya, semester baru dah mula. baru seminggu start class tapi aku rasa mood nak study dgn bersungguh2 kununnya utk cover balik result semester2 lepas yang huduh cacat lagi tidak memberangsangkan still belum datang lagi. apa nak jadik farah oii!! sedar2lah skit. patutnya semester baru bermula dgn azam baru tapi azzam idola kecil 2 bersuara merdu tyme nyanyi lagu aku rindu syg kamu black tu jugak yg ko ingat. dahlah sem ni byk subjek MEMBACA yg memg tough gler bkn sbb aku buta huruf tak geti membaca tapi sbb aku tak minat membaca selain daripada komik dan novel dan blog dan juga suratkhabar kosmo 70sen. bersedia atau tidak, terpaksa jugak aku menghadapinya dgn hati yg tabah. ya Allah, kuatkanlah semangat aku utk belajar supaya aku tak jatuh sakit dan pengsan di dlm kelas. okay2, aku mengaku, bkn pengsan tapi tertidur.

baru2 ni aku bukak facebook dan dikejutkan bukan disebabkan oleh Fahrin Ahmad tiba2 post "Hai, boleh berkenalan" kat wall aku atau disebabkan oleh peminat rahsia aku tiba2 meluahkan perasaan kat aku (mcm ada je peminat rahsia kau ni farah..kau yg minat org scra rahsia adalah..) atau disebabkan oleh ah, byk la kau punya sebab. straight to the point tak boleh ker?! kau ingat org nak sgt baca apa yg kau membebel ni ke?? okay, maaf sebab aku bergaduh sesama sendiri. kau orang bayangkan jelah mcm ada devil kecik berwajah aku berekor dan berserampang tiga kat sebelah mata kiri tgh bergaduh dgn angel berupa paras aku bersayap dan ada ring atas kepala kat sebelah mata kanan aku. itulah situasi aku sekarang.

berbalik kepada proses pengejutan tyme aku bkak fb tdi tu, adalah disebabkan oleh ada 25 fren request yg berduyun2 menanti approval dpd aku. okay, bnda kecik je sbnrnya saja je aku wat gempak. tapi 2 minggu lepas tu pun aku bukak fb ada lagi 25 fren request gak. mcm hot sgt je aku nih tapi sbnrnya sbb kau dah lma tak bkak memg lah byk requests ngok! org lain pun ada yg lagi ramai requests dpd kau la farah..! (maaf, devil n angel tu bergaduh lagi.aku tak dpt nak control dorg). tapi fokus aku disini bkn bilangan requests tu tapi siapa yg merequest sbb kebanyakannya member2 sekolah rendah aku 10 thn lepas masa aku dok kat srawak yg aku pn da tak ingat camane rupa ntah ape nama ntah. ada lah 2-3 kerat yg aku ingat. itupun pnt makan kismis minda 2 botol nak ingatkan balik.

terharu aku mengapprove requests diorg dgn airmata meleleh2 jatuh ke pipi. tapi maaflah kwn2, aku dah sik ingat madah srawak g. lama sgt kamek tinggalkn srwk tk, kamek cuma ingat kamek kitak sik nambiak(budak) belon(kapal terbang) nyaman(sedap) sigik dua igik tiga igik empat igik dah2, takkan nak tulis sampai seratus igik plak! huhu, rindu plak kat srwk. teringat waterfront, patung kucing besar 4 ekor dok melambai kat tgh jalanraya, A&W, eh2 mcm kat sini takder je a&w tu. tiba teringat plak insiden kena kejar anjing time balik skola. nama je kuching, tapi melambak anjing. pastu time kena lantik jadik ketua darjah. haha lawak sungguh ketua darjah pendek. pastu time kena duduk ramai2 bawah meja cikgu sbb taknak nyanyi kat depan klas sbg denda gelakkan org yg tgh menyanyi. pastu time huhu byk lagilah tapi tak ingat sgt. aku semakin tua.

thanx 2 Shaireen yg berusaha menjejakkasihkan aku balik dgn mereka yg dah terputus hubungan 10 thn lepas. InsyaAllah, kalau ada jodoh kita jmpe lagi. to mereka2 yg add aku kat fb, kalau aku tak tegur tu, maaflah ye. aku tak sure kalau korg ingat aku lagi ke tak, so aku segan nak tegur. lagipun, ramai yg aku tak ingat lagi, kalau ingatan aku dah pulih nti aku tegur korg. hehe..

oh ya, disebabkan aku amek bhsa jepun sem ni, aku akan selitkan sepatah dua perkataan jepun kat sini. ok. dah ada 2 perkataan jepun dah kat ayat tadi. sekarang dah tiga.

ja, mata amashou... oyasuminasai...
(till then, c ya later... selamat malam)

No comments: