Friday, January 22, 2010

buzzzzzzziiiiiiiiiiii......

current condition~separuh mati sbb next week ada 2 presentation nak kena prepare plus 1 report nak kena hantar. separuh mati sbb patutnya dah start awl dulu dah nak wat keje2 ni tapi biasalah, last2 minit lagi feel nak wat. separuh dah mati, lagi separuh pun sama = habislah...

tapi, dalam kebzan ni pun, aku tetap berhajat (bkn berhajat semata2, dah tekad dah pun) nak balik umah esk. (yeay, kelas takder!) rilek gile wpun byk gile keje nak kena siapkan gile aku pun tak tau gile kenapa aku type byk gile perkataan gile lam ayt ni. full stop gile! *sigh..*

bkn aku nak lari dpd tanggungjwb dgn membiarkan housemate2 aku merangkap grupmate aku bertungkus lumus bersingsing lengan wat assignments, tapi aku terpaksa pulang bersama2 misi penting. apakah? misi? itu? jeng3... ala, tak suspen pun. saja je wat background music sbb suasana pagi2 hening ni sunyi sgt. aku dgr bunyi kipas berpusing je skang ni. jadi terpaksalah menambah bunyi sendri. oh, ya. di mana kita tadi? owh, misi. dan aku memang suka tanya sendiri jawab sendri. bak kata zila, tamak.

misi penting aku, untuk mendapatkan pinjaman MBF bagi menampung perbelanjaan mungkin utk lagi seminggu, sementara menunggu duit rakyat disalurkan ke dlm akaun BIMB aku yg dah lapar mintak diisi wang ringgitto. bkn yen, mahupun dolar. (MBF = makbapakfinance)
ampunkan aku wahai abah dan mak. anakmu ini bkn sengaja nak mengikis harta kalian, tapi anakanda dah terdesak. cepatlah kau masuk wahai jpa...

ok, denda! (menurut kamus dwibahasa oxford, denda = fine) aku dah tader benda nak ckp dah. ok, bkn ckp, actually type. jadi, atakat disini shj. doakan aku yg terbaik utk presentations next week, especially CTU sbb sgt kritikal utk berpikir. sekian, wassalam..

Monday, January 11, 2010

AJL 24

segala2nya tentang ajl 24. 1st of all, mestilah pengacara2nya, yg memg comel gler (tolak faizal,sbb dia...macho?), lawak gler and berkaliber gler. memg dorg ada kimia. hahaha... persembahan pembukaan? Dato' ct memg mantap gler. n Lan pun sama naik. tapi, tak sgka lak dato' ct tu jdk juri skali. gle kuasa gak eh..hehehe... beralih pada lagu2 yg bertanding. kita soroti satu persatu...

1. estranged, aurora - kamera sgt2 suke gler kat azwin andy malik. dia lah satu2nya drummer yg tak berselindung di balik drum gedabak. tapi kat tgh2 performance, tiba2 kamera terperasan plak yg gitaris estranged tu lagi menarik dan mengkhianati andy. mana tak menariknya, dgn baju yg sgt jepun and topeng H1N1 tu, unik betul, dan berani.

2. alyah, tak mungkin kerana sayang - no komen. biasa jer...(sbb takder air ribena)

3. hafiz, masih jelas - suara dia memg lemak berkrim. rambut plak unik.

4. misha omar, cinta adam dan hawa - dress agak pelik. ingatkan dia bolot satu hadiah, tapi tak plak. nsb bek tak men betting dgn fazilla.

5. bunkface, situasi - good performance. gubahan lagu lain sket dpd biasa. kalau depa dok bwk naik azzam lagi best kot. yg dok melompat2 tu wat semak je sbnrnya.

6. stacy, pakai buang - macam biasa jer. not up to my expectation. rasanya, persembahan dia before ni ada yg lagi gempak kot..

7. aizat, pergi - 1 malaysia. dah mcm intro lagu humko humise chura lo pun ada gak. keh3... btw, congratz juara!

8. hujan, aku scandal - intro yg unik. kugiran style. ada gak yg dok melompat2 cam gimik bunkface tu. dorg ni share idea ka?

9. tomok, rindu terhenti - perlu ke ada diana danielle???????? siap peluk2 lagi tuh. bikin aku panas je. teringat plak masa tgk final oiam dulu.hurm...

10. black, aku rindu sayang kamu - vokal mantap. i like... menjerit aku bila kau menang vokal tau tak. two thumbs up!!

11. akim, bengang - kau memg hensem. n lagi 1 style harajuku. tema samurai ke hape malam tadi?

12. yuna, dan sebenarnya - intro best. suke sgt. tomey2, tomeynyee... tahniah sbb dpt no 2! berbangga aku jdk pelajar uitm gak. hahaha...

13. aizat, kau aku - suke sgt uniform dia. cam uniform korea's high school student. kalaulah uniform skola malaysia camtu, memg aku bersemangat arr g skola dulu2. tapi, berasap arr kat dalam. panas kott.. idea performance unik dan comel. tak hairanlah boleh menang best performance.

14. faizal tahir, bencinta - sumpah, nilah persembahan paling aku takut nak tgk malam tadi. tapi, faizal memg kuat. dan macho dgn tongkat dia yg stylo tuh. agak2 pasni jadik fesyen tak gaya bertongkat tuh? tak sesia lah dia ni bertaruh nyawa sebab menang gak no 3. walaupun aku expect lebih dpd 3. tapi, oklah tu.

persembahan selingan best. teringat zaman dolu2. apa lagi ek??hurm, lighting patut dipuji. cantik, especially time lagu aurora. tema, origami, tapi tak berapa nampak sgt. yg sgt2 nampak, style samurai harajuku jepun jelah byk. tapi, takperlah. origami tu pun dah bunyik jepun. adalah jepun gak sket2. tak terpesong sgt. overall, best!

Friday, January 8, 2010

random

sumpah aku dah rindu nak sgt merepek kat blog ni tapi aku taktau nak tulis ape dah sebab aku dah hilg skill merepek kat blog. inilah hasilnya bertapa selama sebulan setengah kat gua batu caves dulu.

oh ya, semester baru dah mula. baru seminggu start class tapi aku rasa mood nak study dgn bersungguh2 kununnya utk cover balik result semester2 lepas yang huduh cacat lagi tidak memberangsangkan still belum datang lagi. apa nak jadik farah oii!! sedar2lah skit. patutnya semester baru bermula dgn azam baru tapi azzam idola kecil 2 bersuara merdu tyme nyanyi lagu aku rindu syg kamu black tu jugak yg ko ingat. dahlah sem ni byk subjek MEMBACA yg memg tough gler bkn sbb aku buta huruf tak geti membaca tapi sbb aku tak minat membaca selain daripada komik dan novel dan blog dan juga suratkhabar kosmo 70sen. bersedia atau tidak, terpaksa jugak aku menghadapinya dgn hati yg tabah. ya Allah, kuatkanlah semangat aku utk belajar supaya aku tak jatuh sakit dan pengsan di dlm kelas. okay2, aku mengaku, bkn pengsan tapi tertidur.

baru2 ni aku bukak facebook dan dikejutkan bukan disebabkan oleh Fahrin Ahmad tiba2 post "Hai, boleh berkenalan" kat wall aku atau disebabkan oleh peminat rahsia aku tiba2 meluahkan perasaan kat aku (mcm ada je peminat rahsia kau ni farah..kau yg minat org scra rahsia adalah..) atau disebabkan oleh ah, byk la kau punya sebab. straight to the point tak boleh ker?! kau ingat org nak sgt baca apa yg kau membebel ni ke?? okay, maaf sebab aku bergaduh sesama sendiri. kau orang bayangkan jelah mcm ada devil kecik berwajah aku berekor dan berserampang tiga kat sebelah mata kiri tgh bergaduh dgn angel berupa paras aku bersayap dan ada ring atas kepala kat sebelah mata kanan aku. itulah situasi aku sekarang.

berbalik kepada proses pengejutan tyme aku bkak fb tdi tu, adalah disebabkan oleh ada 25 fren request yg berduyun2 menanti approval dpd aku. okay, bnda kecik je sbnrnya saja je aku wat gempak. tapi 2 minggu lepas tu pun aku bukak fb ada lagi 25 fren request gak. mcm hot sgt je aku nih tapi sbnrnya sbb kau dah lma tak bkak memg lah byk requests ngok! org lain pun ada yg lagi ramai requests dpd kau la farah..! (maaf, devil n angel tu bergaduh lagi.aku tak dpt nak control dorg). tapi fokus aku disini bkn bilangan requests tu tapi siapa yg merequest sbb kebanyakannya member2 sekolah rendah aku 10 thn lepas masa aku dok kat srawak yg aku pn da tak ingat camane rupa ntah ape nama ntah. ada lah 2-3 kerat yg aku ingat. itupun pnt makan kismis minda 2 botol nak ingatkan balik.

terharu aku mengapprove requests diorg dgn airmata meleleh2 jatuh ke pipi. tapi maaflah kwn2, aku dah sik ingat madah srawak g. lama sgt kamek tinggalkn srwk tk, kamek cuma ingat kamek kitak sik nambiak(budak) belon(kapal terbang) nyaman(sedap) sigik dua igik tiga igik empat igik dah2, takkan nak tulis sampai seratus igik plak! huhu, rindu plak kat srwk. teringat waterfront, patung kucing besar 4 ekor dok melambai kat tgh jalanraya, A&W, eh2 mcm kat sini takder je a&w tu. tiba teringat plak insiden kena kejar anjing time balik skola. nama je kuching, tapi melambak anjing. pastu time kena lantik jadik ketua darjah. haha lawak sungguh ketua darjah pendek. pastu time kena duduk ramai2 bawah meja cikgu sbb taknak nyanyi kat depan klas sbg denda gelakkan org yg tgh menyanyi. pastu time huhu byk lagilah tapi tak ingat sgt. aku semakin tua.

thanx 2 Shaireen yg berusaha menjejakkasihkan aku balik dgn mereka yg dah terputus hubungan 10 thn lepas. InsyaAllah, kalau ada jodoh kita jmpe lagi. to mereka2 yg add aku kat fb, kalau aku tak tegur tu, maaflah ye. aku tak sure kalau korg ingat aku lagi ke tak, so aku segan nak tegur. lagipun, ramai yg aku tak ingat lagi, kalau ingatan aku dah pulih nti aku tegur korg. hehe..

oh ya, disebabkan aku amek bhsa jepun sem ni, aku akan selitkan sepatah dua perkataan jepun kat sini. ok. dah ada 2 perkataan jepun dah kat ayat tadi. sekarang dah tiga.

ja, mata amashou... oyasuminasai...
(till then, c ya later... selamat malam)