Thursday, December 30, 2010

tercipta satu lembaran sejarah

ini minggu terakhir cuti semester. minggu depan gua dah masuk u balik. tapi satu hape pun gua tak ready lagi. kolej pun gua tak apply lagi. tapi gua tak kisah. gua dah janji dgn cousin gua nak gi apply kolej 31 hb ni. so gua rilek rilek dulu lah hari ni. gua bangun pagi pagi dgn sinar cahaya kegemilangan sebab malam tadi kan malaysia dah menang lawan indonesia. walaupun gua tak tengok bola sebab gua tengah berpesta muzik 3 hari ni, tapi gua tumpang gembira. so, gua hepi hepi jelah hari ni. gua bangun tidur bukak mata senyum senyum main cak cak dengan adik gua pastu baru gi gosok gigi. then gua duduk kat meja makan breakfast sambil baca suratkhabar ala ala orang kaya dalam drama samarinda tu, tapi bezanya gua baca harian metro. bukan nst.

eh, lu orang perasan tak gua guna gua-lu? lu orang mesti dah dapat agak apa emosi gua sekarang ni kan. gua cuma guna gua-lu kalau emosi gua tak stabil je kan? kan? kan? ha, ni yang gua nak cerita ni. kenapa emosi gua tak stabil walaupun malaysia dah catat sejarah julung julung kalinya.

masa gua tengah baca suratkhabar sambil berhumming lagu jiwa lagu cinta, almaklumlah, hati tengah hepi kan... tiba tiba, mata gua tertangkap satu artikel kecil bawah sekali hujung sudut belah kiri.



Esok cuti umum

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
malam tadi mengisytiharkan esok sebagai cuti
umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan
bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF
Suzuki di Jakarta malam tadi. - Bernama


dalam hati gua menjerit. EH, APASAL KORANG MENANG HA SEMALAM?

macam mane gua nak apply kolej kalau esok cuti ha? dan dan gua habis je baca sampai Bernama tu, cousin gua call. so, kitorang terpaksa apply hari ni gak. maka bermulalah hidup gua yang kelam kabut harini. dengan tak buat surat rasmi lagi, slip gaji bapak gua pun gua tak tau nak carik kat mane, penyudahnya gua main belasah je bawak slip gaji disember tahun lepas.

dan sudah semestinya, tidaklah heroin namanya kalau masalah gua tak berhenti takat situ je. tengah kelam kabut nilah tren buat hal. punyalah lembab sampai gua rasa siput khinzir lagi laju. nasib baik gua ada mp3. gua pun saksikanlah pemandangan menarik kat luar dari dalam tren persiaran tu. gua toleh sebelah kot kot ada mamat hensem duduk tapi mustahillah sebab gua masuk koc wanita. yang ada cuma seorang auntie berketurunan cina. gua tengok dia pun macam dah bosan dengan kelajuan tren ni, pastu gua nampak dia seluk beg dia. dalam hati gua pikir mesti auntie ni nak bawak kuar sireh nak kunyah kunyah.

sekali gua silap daa. dia bawak kuar psp siot. gua terus sorok mp3 gua yang tak seberapa tu.

dan gua toleh toleh lagi kat dia. gua ingat dia macam mak gua main game pizza chef je. sekali gua silap lagi daa. dia main mahjung siot. gua pandang dia gua buat tabik spring. wa salute ah kat lu auntie! gua rasa auntie ni mesti kuat main judi ni.

dahlah. gua malas nak sambung cerita gua. gua nak tengok pesta muzik. ah, dan gua dah apply kolej dah. cuma tak tentu dapat ke tak. gua dah bayangkan gua dok merempat mengharap belas ihsan orang minggu pertama nanti.

dan buat team malaysia gua ucap tahniah banyak banyak. time kasih banyak banyak gak sebab bagi cuti kat kitorang walaupun gua tader pape effect pun sebab gua tengah cuti pun sekarang. papehal, gua salute lu orang ah. pasni boleh arr menang piala honda kawasaki toyota pulak eh.

* penutup mp3 gua hilang. gua rasa nak menangis. (eh, penutup mp3 je pun?)

Tuesday, December 28, 2010

aneroxia? atau bulimia?

anda mengalami masalah berat badan? jangan khuatir. minumlah jusmate! terbukti berkesan lagi memuaskan.

ah ha. mulakan entry dengan iklan. dr R (bukan nama sebenar), sila bayar komisen untuk promosi ni. tak banyak pun aku mintak. dalam 0.5% dari keuntungan filem dua alam pun dah memadai. boleh? hahahaha~

hurm. aku ada masalah sekarang ni yang aku rasa patut share kat belog bagitau satu dunia. masalah berat badan. ya, siapa kata orang kurus (kurus ke?) takder masalah berat badan? ada tau. dan masalah aku sangat serius. . .

. . .aku takde hati sangat dah nak pandang nasi. apatah lagi sentuh mahupun menelannya.

okay. pembetulan. ini masalah pemakanan lah. bukan masalah berat badan.

serius. sekarang ni aku makan sehari sekali pun dah cukup (makan as in makan nasi ataupun benda benda berat yang lain. makan jajan snek ringan mahupun kerepek kerepek itu dikategorikan sebagai kudap kudapan, bukan makan makanan faham). walau sehebat mana pun skill memasak mak aku (ya, biasalah, di rumah bonda, bondalah yang perlu memasak walaupun ada anak dara pingitan trang tang tang), tetap juga sehari sekali tidak bertambah tambah lagi. (tapi mulut tetap tak berhenti mengunyah kudap kudapan seharian)

kenapa ye aku jadi sampai camni? ada siapa siapa boleh tolong jawabkan?

oh. tak mengapalah. disebabkan aku suka berkomunikasi secara sehala, sebagaimana aku suka bertepuk sebelah tangan, maka aku akan jawab sendiri. dan aku memang suka sangat create problem sendiri dan solve sendiri sendiri. dan aku dah ada jawapannya, tanpa perlu menggunakan talian hayat mahupun pelampung.

sebetulnya, masalah ini berpunca dari lima huruf. mari kita main roda impian.

_ A _ _ S

siapa dapat teka? tekan buzzer sekarang.

tetttttt..........

ya, farrakaka, apakah jawapannya. . .? (lagi sekali, main roda impian pun sendiri sendiri.)
latar belakang lagu lonely~ i'm mr lonely~~

jap jap. saya putar dulu halim! *putar putar*

dan jawapannya. . . *drum roll* . . .MALAS!

ya betul. hakikatnya aku dah makin malas nak berbuat apa apa. hatta untuk makan sekalipun. nampak tak betapa teruknya hidup aku sekarang? kalau masih boleh dipanggil hidup lagilah. kes berat macam ni, rasanya dah terkeluar dari kategori hidup dah. ada cara tak untuk hilangkan kemalasan melampau petala ke lapan ni?

yang ni aku sendiri tak mampu nak menjawabnya. . .

p/s : natijahnya kini, seluar dah longgar. dan berat turun 5 kilo. terima kasih jusmate!

nampaknya dah tak boleh derma darah lagi lah lepas ni. nak tipu berat pun tak mampu dah.

* apa kes nak gaduh gaduh lagi ni? kalah kalah lah. menang menang lah. kata serumpun? kenapa nak diada-adakan cerita yang tiada? kenapa nak dilaga-lagakan taji yang kurang berbisa? dan kenapa perlu nak dibesar-besarkan apa yang tak sepatutnya?

Friday, December 24, 2010

diba, kau kena baca ni. wajib!

sebab kau yang gatal gatal tag aku.


1. apa benda paling penting dalam hidup anda?
♥ jantung akulah. kalau tak aku mati.

2. benda terakhir yang dibeli menggunakan wang sendiri?
♥ gula gula mentos mint dengan coklat zip.

3. lokasi perkahwinan yang anda inginkan dan tema perkahwinan?
♥ serius, gua nak kawen kat rumah kampung yang ada kaki tu. pastu nak lambai lambai tetamu kat luar dari jendela kayu. wah, classic gitu. tema, merah putih.

4. adakah anda sedang bercinta sekarang?
♥ no comment. (gua kan artis terkenal)

5. berapa lama lagi anda akan mencintai kekasih hati anda?
♥ cinta. cinta. takde soalan lain lagi ke?

6. novel/buku/majalah terakhir yang anda beli?
♥ sebuku roti gardenia jumbo.

7. antara mak dan ayah, dengan siapa yang anda lebih rapat?
♥ untuk berlaku adil, dua dua sama rapat.

8. namakan orang yang anda betul betul ingin jumpa dalam hidup.
♥ cho kyu hyun. eh, dah jumpa dah dia ni masa konsert dulu. hmm, siapa lagi ya? ah, biar misterilah.

9. adakah anda basuh baju sendiri?
♥ mestilah. . .tak. mesin kan ada.

10. tempat yang betul betul anda ingin pergi.
♥ swiss. impian dari dulu hingga kini. next baru korea/jepun.

11. peluk atau cium?
♥ shake hand sudah memadai.

12. tiga benda tentang orang yang tag anda.
♥ banyak nickname (aku pun keliru nak panggil mana satu)
♥ guru bahasa melayu (kalau cakap dgn dia secara automatik ayat aku bertukar baku dan bombastik)
♥ cantik, sopan santun, lemah lembut... eh, jgn perasan. aku tengah tengok syurga cintalah.

13. benda yang paling anda sayang dalam hidup.
♥ my kyu-shiba and my mp3.

14. 5 lagu yang anda suka dan selalu dengar.
all time favourite. tapi tak selalu dengar pun.
♥ kyuhyun - hope is a dream that doesn't sleep
♥ lady antebellum - never alone
♥ ronan keating - when you say nothing at all
♥ slank - ku tak bisa
♥ ebiet-g-ade - berita kepada kawan

15. 5 blogger yang diSUNATkan menjawab tag ini.
sunat je, tak jawab pun taper.
♥ amanina
♥ mizah
♥ farah rasid
♥ nana
♥ maria



nota kaki : terpromised wawa untuk bawak dia gi konsert super junior next year. nampaknya terpaksa cari duit lebih lah mulai sekarang. *sigh

bila farrakaka pertama kali pegang stereng

syukur alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

dok dalam kereta pun tetap kena ngorat jugak. tapi kali ni lain sikit bunyinya. selalunya mamat mamat ni main suit suit serupa cencurut je bila nampak awek cun macam gua, tapi kali ni dapat "WOI" sebijik dari sorang mamat bawak motor. LEK ARR BRO, GUA BARU FIRST TIME BAWAK KETE NI!

gua rasa nak amek lesen bawak kete sorong bayi je lah *sigh*. gua dah bersedia untuk repeat test. mulai esok gua akan kumpul duit sehari limaplohposen sampai cukup seratus lima puluh ringgit.

* tag lu wandidib gua akan jawab next entry. sekarang tak bley. gua nak stabilkan perasaan dulu.

siti nurhaliza di alam fantasi

teater siti di alam fantasi pernah dipentaskan dua belas tahun lalu dan kini, ia kembali mengganas di istana budaya, menampilkan liyana jasmay sebagai teraju utama, menggalas watak siti yang pernah dilakonkan oleh amy mastura dua belas tahun lalu.

di bawah arahan pengarah yang sama, aminah rhaphor, teater ini dipentaskan di istana budaya dari 22 disember hingga 31 disember. secara ringkasnya, siti di alam fantasi berkisar mengenai pengembaraan seorang gadis manja dan sombong dalam pencarian batu geliga hikmat milik keluarganya yang telah dicuri.

dia kemudian disedut masuk ke dalam alam yang sangat asing, dan dengan ditemani seorang pembantu dan sebatang pokok yang boleh bercakap, dia menempuhi pengembaraan menarik dalam alam penuh fantasi di mana semua makhluk bisa berbicara. dalam pengembaraan penuh mencabar ini, pelbagai dugaan ditempuhi yang banyak mengajarnya erti kasih sayang, persahabatan, pengorbanan dan nilai nilai murni.

habis sudah sinopsis secara formal, maka mari mulakan entry tak formal. serius, inilah teater pertama aku tonton dengan tiada langsung ilmu pengetahuan di dada. buta buta je aku tengok. sementalah adik aku tak berlakon dalam teater ni, maka takde babak terbocor yang boleh aku korek. cuma yang aku tahu, teater ni ala ala alice in wonderland, versi melayu.

tapi aku silap. alice in wonderland dan siti dia alam fantasi merupakan dua karya yang berbeza. hanya sama dari segi fantasinya. dan teater ini menghiburkan. kenapa anda perlu tonton teater ini?


satu. mari mengenali para pelakonnya terlebih dahulu. liyana jasmay (siti), fizo omar (putera/ketua lipas), johan RL (pokok), ebby yus (mamat), vanidah imran (ratu lelabah) dan ramai lagi. tapi tadi masa aku tengok, vanidah imran tak dapat melakonkan wataknya untuk malam ini. agak kecewa sebab tak dapat tengok lakonan pelakon wanita terbaik ni. dan pelakon pelakon lain melakonkan watak mereka dengan bagus, cuma biasalah, tak semua pelakon yang cemerlang di kaca tv juga bisa cemerlang di pentas teater. pentas teater sangat berbeza dengan lakon layar. itu kenyataan yang tak boleh dipertikaikan.

dua. teater ini sangat meriah. dengan lampu warna warni, set kostum yang unik dan effect yang berkesan. banyak kesan khas yang digunakan dalam pementasan ini, yang tidak mencacatkan langsung persembahan. lampu sorot yang pelbagai warna juga menjadikan penonton seolah olah berada di i-city shah alam. bezanya cuma kau duduk di atas kerusi yang selesa, tak penat berdiri macam kat i-city.

tiga. backgrond set yang menarik. bukan senang nak buat background set untuk setiap babak. di rumah, kolam, tempat pembuangan sampah, dalam laut, dan sebagainya. sangat kreatif dan teliti produksi belakang tabir dalam penghasilan set latar belakang ini. set latar belakang pilihan aku? tentunya set dalam laut. rasa macam nak tergantung terapung sekali dengan duyung duyung itu sambil menari tergedik di awangan. dan buih buih yang melengkapkan set, sungguh cantik.

oh ya, memang benar ada orang tergantung dalam pementasan ni. dah macam sarkas dah.

jangan lupa, tontonlah teater ini sebagai hiburan seisi keluarga. sekian terima kasih.



wawa dan aiman. apiq camera shy tanak masuk gambar.



saya di alam fantasi


saja je nak tayang sandal baru beli

p/s : tetap tak boleh lari dari keformalan. bila buat review je memang secara automatik ayat jadi sangat formal. hilang unsur unsur humor yang cuba aku terapkan. haish...


* selamat bertolak ke kelantan. kirim salam pada ayah ibu abang angkat tak jadi aku.

Thursday, December 23, 2010

saya suka baca belog saya

siapa suka baca belog sendiri? sila angkat tangan macam saya (tangan terliuk liuk melambai angin).

sejujurnya, aku nak buat confession muka tembok tak tahu malu kat sini. aku ada satu habit. selain dari blogwalking merata rata mencari blog menarik untuk dibaca, aku sebenarnya sangat gemar baca blog sendiri. ya, blog farrakaka ni memang menjadi kegemaran aku. in fact, daripada 2146 (jumlah terkini) orang visitors kat blog aku ni, kurang lebih seribu daripadanya adalah sumbangan aku sendiri. kalau aku ada iklan nuffnang, mungkin aku penyumbang utama pendapatan dengan mengkelik iklan sendiri.

maka, mari menemuramah pembaca setia yang bernama farah ini.

wartawan : ya, saudari farah. boleh berikan tiga sebab kenapa suka sangat baca farrakaka ni?

cik farah :
satu. sebab gaya bahasa yang menarik. sempoi. agak berbunga dan puitis tapi takdelah sampai nak memuntahkan muntah hijau. walaupun kadang kadang si penulis mengalami kecelaruan identiti (kejap guna aku-engkau kejap guna saya-awak kadang kadang gua-lu), tapi masih menarik.

dua. sebab macam macam ada. dari isu semasa, isu politik, hiburan luar dan dalam negara sehinggalah setiap gerak geri tindak tanduk yang dilakukan si penulis, semua nak dibelogkan. memang ini sebuah blog rojak. kadang kadang sampai tak tahu apa motif si penulis buat belog ni. untuk suka sukakah? atau seriuskah? atau masih mengalami kecelaruan identiti?

tiga. sebab ini belog aku lah. suka hati akulah nak baca ke tak. siapa lagi yang nak baca belog aku kalau bukan aku sendiri.

(pada ketika ini, saudari farah sudah hilang sabar sehingga berkerut kerut dahinya memandang wartawan. mujur si wartawan tidak cepat melatah dan berjaya mententeramkan saudari farah)

wartawan : maaflah saudari. calm down. calm down. err, maka, boleh tak cerita apa yang menariknya blog farrakaka ni dari blog blog lain? sebab kalau nak tengok, kosong je blog ni. putih suci takde menda pun. gambar pun tak banyak. meriah lagi pasar borong selayang dari blog farrakaka ni. apa yang uniknya?

cik farah : siapa kata tak meriah? mana ada kosong je blog ni? macam macam ada. kasih sayang. kegembiraan. kebahagiaan. kejujuran. cinta suci. semua dah si penulis letakkan dalam blog ni. apa lagi tak cukup ha? segala galanya dah dicurahkan penulis dengan sepenuh seikhlas hatinya.

wartawan : eh eh emo pulak saudari farah ni. rilek rilek. banyak lagi soalan nak ditanyakan ni. next question. apa yang saudari rasa perlu diimprovekan lagi oleh penulis farrakaka ni supaya blognya dapat menarik lebih ramai pembaca?

cik farah : jadi kau nak kata blog aku tak ramai pembacalah ye? eh. aku pun ada pembaca setialah weh. nama dia didib. kau apa tu? kau geti nak temuramah orang je kerjanya. kau pernah baca blog tak? kau pernah buat blog tak? kau ingat senang buat kerja memblogging ni? susah tahu tak. susah. sampai nak promote blog pun kena tebal muka promote blog sendiri. nak naikkan visitors pun kena tebal muka baca blog sendiri. ingat senang ke ha???

(pada ketika ini, saudari farah sudah betul betul hilang pedoman. kakinya sudah terangkat 180 darjah bersedia nak menendang wartawan. di tangan kanannya pula terdapat sebiji kerusi yang menunggu masa sahaja untuk dibaling. crew crew semua sudah lari meninggalkan wartawan terkontang kanting sendirian)

wartawan : err. nampaknya keadaan sudah tidak terkawal. agak sukar nak menemuramah seorang pembaca yang sangat beremosi ini. sabar cik farah. kita tinggal soalan terakhir sahaja lagi ni. apa harapan saudari kepada pembaca pembaca farrakaka yang lain di luar sana?

cik farah : apa soalan terakhir pulak ni? (kerusi dah melayang melepasi wartawan) tadi kata ada banyak lagi? (dan terhempas ke dinding batu) huh. whatever. aku pun dah tader masa nak menjawab soalan merepek kau ni. aku ada blog nak diupdate. untuk semua pembaca farrakaka, jangan berhenti menyokong farrakaka. kalau aku tau korang stop baca farrakaka, siap korang. (sambil mengepalkan buku 555)

wartawan : ya. akhirnya berakhir sudah sesi temuramah kita dengan pembaca setia farrakaka yang agak liar ni. terima kasih ya saudari farah. dan semoga farrakaka sukses selalu dalam bidang penulisan blog.

end of interview.

ah. aku rasa nak sorok muka aku di bawah bantal. kenapa aku buat entry mengarut ni? kenapa? tak tahu malu betul promote blog sendiri. bajet blog kau bagus sangat ke? pffth!

tapi, siapa lagi nak promote blog aku ni kalau bukan aku sendiri?

Wednesday, December 22, 2010

putih itu suci

change template again. akulah manusia yang suka tukar tukar template. but this one is for good. bagi menghormati musim naik semester yang akan datang, aku dah buang lagu memekak segala kata kata merepek dan semak samun hutan belukar. supaya nanti tiadalah tiba tiba lagu menjerit di dalam bilik hostel mahupun di menara saas ataupun di library. dan supaya senanglah loading page blog aku ni dengan kelajuan wireless fakulti yang tidak boleh dikategorikan laju itu.



cuti sem tahun depan tukar balik. . . kot.



♥ pernah tak ada orang melutut depan kau dan buat kau terkesima?

aku pernah.

"aiyoo, leng chai, akak pandai pakai kasut sendirilah. akak memang nak beli pun kasut kau ni, tak payah nak bagi customer service lebih lebih. jatuh cinta akak nanti. kau tu dah lah cute. alahaii..."



p/s : simple is nice. always nice.

Tuesday, December 21, 2010

saya girl dan saya okay

i was about to sleep after watching tada, kimi wo aishiteru sambil mengesat sisa air mata dan air hidung when i noticed wandiba's tweet on the issue SAYA GAY SAYA OKAY's video.

nevertheless, i don't intend to do a full movie review here (just to say that the movie is a very beautiful piece of art), just that wandiba's tweet makes me curious. what is the issue actually?

seriously, this is not the first time i've heard of this. isu ni dah lama kan. there were bunches of people out there who already 'discussed' this matter. cuma aku sorang je yang tak layan. saja tak mahu amik pusing. sebab ia buat aku nak muntah. and again, before, i was thinking like "what is the issue actually?" apa yang orang dok kecoh kecoh ni? standard lah tu. dunia akhir zaman. benda benda pelik macam ni memang boleh terjadi di malaysia.

tapi disebabkan permintaan pembaca setia yang galak menggalakkan aku memasuki dewan perdebatan sekali lagi bagi membincangkan isu ini. aku pun postpone tidur aku dan tersearch benda yang tak pernah aku bayangkan akan ambik tahu juga. saja nak buat bekalan sebelum tidur.

dan bila aku menonton video tersebut. aku sangat terkejut. percakapannya. intonasinya. nadanya. sungguh luar biasa. oh. lidah dia pendek kot. sebab tu cara cakap lain sikit. (teringat yassin dalam cerita man laksa)

ok. mari serius. aku tahu mereka yang buat dokumentari penuh berilmiah ni cuma mahu rasa diterima dalam masyarakat. mahu masyarakat membuka mata. mereka cuma mahu hidup normal. tak mahu dicondemn dicerca dikutuk dimaki sebagainya. sebab aku tengok banyak lagi video lain dari produksi yang sama, cuma menggunakan pelakon dari pelbagai kaum, menyahut seruan PM satu malaysia. cuma video encik AI (bukan nama sebenar) ini sahaja yang mendapat banyak liputan meluas.

dan setelah aku soroti satu persatu skrip yang telah dibacakannya itu, aku terus terbangun dari perbaringan nyaris nyaris laptop jatuh dari ribaan dan "what the f***!" terkejut dengan skrip itu. apa yang cuba penulis skrip itu sampaikan? (perhatian : sila isi bintangbintang kecil * dengan huruf huruf yang korang suka sampai membentuk satu perkataan yang tidak berunsur carutan)

and i know i'm not supposed to watch that. at least not now. ia membuatkan tangan aku begitu gatal nak menaip di blog. and it's already 4 o'clock in the morning! wandiba, kau kena bertanggungjawab. (tuding jari telunjuk)


gay. tak, homosexual. lebih universal bunyinya begitu. ia merupakan satu bentuk hubungan sejenis. yang bertentangan dengan hukum alam. dan tentunya, hukum islam. pabila encik AI (bukan nama sebenar) ini secara terbuka mendedahkan pengakuannya, ia sangat menjatuhkan maruah agama. kalau kau sendiri dah takde maruah untuk dijatuhkan lagi, kenapa nak menjatuhkan agama sampai macam tu sekali?

ya. kita perlu kenal diri kita. memang perlu sangat sangat. tapi bila sejak lahir kau dah berjantina sebegitu, kenapa nak ragu ragu lagi? jantina dah sangat jelas. bila lahir lelaki, maka lelakilah kau. kalau perempuan, maka perempuanlah kau. dan kalau lelaki, hidup seperti lelaki. perempuan, hidup seperti perempuan. tak perlu diubah apa apa. keraguan itu cuma menunjukkan yang kau tak pernah yakin dengan diri kau. tapi sangat yakin untuk mengubah hukum alam secara terbuka kan. kenapa perlu nak langgar hukum alam? secara terang terangan pulak tu?

aku boleh terima kalau golongan ini lahir sebagai khunsa. bukan pinta mereka lahir macam tu. dalam proses tumbesaran, sedikit sebanyak golongan khunsa ini akan menghadapi kecelaruan jantina. tapi kalau dah lahir lahir kau dapat satu je "bendalah" tu, nak celaru apa lagi? itu menunjukkan kenormalan manusia. tuhan bagi lebih baru tahu macam mana payahnya rasa nak hidup secara normal kat dunia ni.

tak perlulah nak dicari sumber sumber kekuatan di sekeliling kau supaya masyarakat lebih memahami dan merestui cara hidup kau tu. sepatutnya kau perlu mencari sumber sumber kekuatan dari orang ramai untuk tolong pulihkan kau bawak kau ke jalan yang betul balik semula.

this is not about be yourself thing. this is not about people's mindset thing. and neither about being accepted in society thing. it is about the ground rule of life. you people are the one who not accepting who you are. and for those who carry on "bin" and "binti" in their names, this is just so not right. you know that. kita tiada hak untuk mencabul hukum yang Allah dah tetapkan.

perlu sebegini sepatutnya -
saya lelaki. dan saya okay. sepertimana aku yakin mengatakan, saya perempuan dan saya sangat okay.


it's not getting better. and will not be. you've worsened it.



* once again. no offense. this is just a piece of my thoughts. my feeling.



dah nak subuh. dan aku masih belum tidur. tiada istilah bangun pagi lagi lah aku harini. jangan nanti tidur aku mimpi encik AI (bukan nama sebenar) ini sudahlah.


p/s : sebelum tidur kena mintak maaf kat semua. kot kot ada yang terasa hati ke. mana tahu termati dalam tidur. ampun, ya semua.

Monday, December 20, 2010

ini serius

setuju tak kalau hukuman untuk pesalah juvana dipinda?


ya, ini serius. untuk pertama kalinya aku membincangkan isu serius dalam farrakaka. sebagai mukadimah pembuka bicara, mari mendefinisikan tajuk perdebatan dahulu. (inilah guna ilmu ilmu yang diajar en rosli semasa kelab perdebatan semester 2)

pesalah juvana didefinisikan sebagai penjenayah yang berusia kurang dari 18 tahun. penjenayah didefinisikan sebagai orang yang melakukan kesalahan melanggar undang undang. maka pesalah juvana secara harfiahnya didefinisikan sebagai remaja bawah umur 18 tahun yang melakukan kesalahan melanggar undang undang.

sekarang ni, hukuman bagi pesalah juvana cuma DIHANTAR KE PUSAT PEMULIHAN AKHLAK. untuk apa? untuk dibentuk akhlak yang sudah tiada? pffth.

merompak. hantar henry gurney. rogol anak orang. hantar henry gurney. bunuh. pun hantar henry gurney. untuk apa? nak penuhkan sekolah henry gurney? pffth.

semua tu lagi menggalakkan remaja remaja di luar sana bebas melakukan jenayah. hukuman ringan, siapa nak takut. bunuh orang, mangsa mati, mereka tetap bernyawa. rogol orang, hidup mangsa musnah, mereka tetap ada hidup. kenapa perlu nak bela orang orang yang telah melakukan jenayah ni? atas faktor umur? itu nonsense.

remaja sekarang lebih dewasa dari orang dewasa sendiri. hatta kanak kanak sekolah rendah pun lebih arif dalam hal hal orang dewasa. maka, tak perlulah nak membezabezakan hukuman bagi pesalah juvana ni. nak sangat hidup macam orang dewasa kan, hah, ambik kau hukuman pun kenalah sama taraf.

bila difikirkan balik, memang banyak kes jenayah melibatkan remaja bawah umur sekarang. bukan banyak, boleh dikatakan hampir kesemua yang ditayangkan di dada akhbar. yang tak ditayangkan tak tahulah. itu pun belum masuk lagi yang ditayangkan di buku lali kepala lutut akhbar.

entah apa yang merasuk mereka mereka ini sampai tergerak hati dan badan nak buat jahat. nak kata tak cukup akal, ada otak masing masing. takkan tak geti nak beza betul salah. mungkin tak cukup pendidikan. tapi semua pergi sekolah. mungkin diorang tak tahu apa yang diorang buat tu salah. ya, itu cuma masuk akal kalau rumah tiada tv untuk tengok berita atau tak pernah seumur hidup baca suratkhabar. apa? jiwa remaja memberontak? weh, jangan nak tipu lah. aku pun pernah remaja dulu. (dan sekarang masih lagi). kalau nak memberontak pun agak agak lah. memberontak sorang sorang cukup. jangan sampai nak heret orang lain sekali. kau nak hancur, hancur sorang sorang. jangan kacau hidup orang lain.

nak salahkan siapa lagi? semua orang pun dah disalahkan.

maka dah tiba masanya pula mereka memikul kesalahan sendiri. jangan cuma bergantung harap belas ihsan orang lain memikul kesalahan mereka. berani buat berani tanggung. kalau tak sanggup nak tanggung, jangan buat. itu common sense. takkan itu pun nak kena diajar? basic life tu weh.


dah tak sanggup nak tulis panjang panjang lagi. (sebenarnya dah takde idea.)



*no offense. aku tak berniat nak condemn siapa siapa. ini cuma apa yang aku rasa.


p/s : buang bayi pun masuk kategori bunuh dan lari. nak biar lepas juga ke?

Friday, December 17, 2010

susahnya jadi ibu

hurm. bangun pagi. gosok gigi. cuci muka. pakai baju. minum susu. makan roti. pergi sekolah. senang hati.

singkap tudung saji. aisehman, kosong pulak. selalunya dah ada dah barang sebijik dua benda nak dikunyah kunyah. dan selalunya barang sebijik dua yang nak dikunyah kunyah tu aku kunyah waktu tengahari. ni dah dapat hidayah bangun awal pagi takde pulak imbuhan dan ganjaran untuk aku.

oh. lupa pulak. mak awal awal pagi lagi dah keluar sebab apiq si artis popular tu ada latihan. patut pun sunyi je rumah. potong stim betul lah apiq ni. orang waktu cuti cuti ni lah nak bermanja naik lemak dengan bonda, kau suka je curik mak kan.

tiba tiba si aiman bangun. dengan tahi mata bersepuh air liur basi melekat, terus sahaja dia duduk depan peti televisyen mengadap kartun. kurang ajar punya budak. bukan nak tegur sapa "hai, good morning. how's ur sleep last night?" dekat akak dia ni.

tapi kesian pulak tengok budak comot tu. apalah dia nak makan jap lagi. mak dah lah takder. ada akak tak guna pulak tu. kesian betul budak tu. (latar belakang music piano mendayu dayu)

maka, sebagai bakal ibu mithali, aku harus berbuat sesuatu. untuk kebaikan adik aku dan perut aku. laju langkah aku menuju ke dapur. ya, aku memang tak suka pergi ke dapur. tapi kugagahkan jua hari ini.

langkah pertama, sinki. fulamak. banyaknye pinggan. susah betul ada adik adik yang tak cukup ketinggian untuk disuruh membasuh pinggan. maka, kakak yang telah cukup ketinggian ni jugak yang terpaksa melakukannya. (ceh, berlagak. padahal dulu dulu kau pun tak cukup ketinggian jugak. nak bukak paip sinki pun terpaksa menjengket)

sambil bernyanyi nyanyi kecil dengan harapan adalah anak raja kacak bersama segerombolan panglima panglimanya dalam perjalanan untuk memikat burung tekukur lalu belakang rumah aku dan terpikat mendengar suara bak buluh perindu ni, aku meneruskan usaha mencuci pinggan mangkuk. tiba tiba. . .


pranggggggggg..........


siot. masa aku nak susun pinggan kat rak, ada pulak mangkuk tergelongsor jatuh dan berderai menghempas lantai. dan seperti di dalam drama samarinda hari sabtu jam sepuluh malam di tv3, naluri seorang ibu terus terdetik mengatakan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. lantas, aku teringatkan anak anak aku. hati aku risau. apakah yang sedang berlaku pada anak anak aku yang jauh di mata? selamatkah mereka?

but, wait a second! bila masa aku punya anak? and wait another second! memang aku tak punya anak untuk dirisaukan pun. *tarik nafas lega*

dan naluri seorang anak pula mengambil alih. lantas aku teringatkan mak aku pulak. aku terbayangkan mukanya yang bakal meletup bila tau aku dah terpecahkan mangkuk kesayangan dia. bukan satu, tapi dua pulak tuh. dan aku tau ada sesuatu yang buruk bakal berlaku pada aku. matilah aku kena balun dengan mak aku bila dia balik nanti. *long sigh*

aish. potong stim betul. tengah tengah rajin ni pulak ada je benda jadik. leceh lah. nak kena bersihkan menatang ni dulu pulak tu. aku pun tunduk untuk mengutip serpihan serpihan kaca tapi. . .

alamak. ada darah!!!!

siot. aku tak boleh nampak darah. panik. kepala rasa melayang. lutut dah menggeletar. tangan dah menggigil. hujung sinki ku pegang kemas kemas. takut tiba tiba pitam dan terpengsan. sambil sambil tu, aku usha line. aku toleh ke luar tingkap dapur. takde pun kelibat anak raja kacak bersama segerombolan panglima panglimanya lalu di belakang rumah aku.

maka, aku membatalkan niat untuk jatuh pitam dan terpengsan. aku belek belek luka di kaki aku. aish. bukan satu, ada tiga cut di situ. habislah duit hantaran aku kurang lima ribu nanti. menjadikan jumlah bersihnya lapan ratus lapan puluh lapan ribu lapan ratus lapan puluh lapan ringgit lapan puluh lapan sen tunai.

nasib baik luka tak dalam. kalau tak mungkin aku akan maut akibat kehilangan darah. dan duit hantaran kurang lagi sepuluh ribu.

dan terus hilang mood aku nak merajinkan diri di dapur. aku godek godek peti ais (teringat pulak cara zila sebut peti ais. haha), dan menemukan beberapa barang segera. bagus. remaja seperti aku memang suka makanan segera. cepat, pantas dan menjimatkan.

selesai masak nasi panaskan lauk semalam dan menggoreng ayam segera. aku lantas menjauhkan diri aku dari dapur durjana itu.

dapur memang tempat yang membahayakan keselamatan. dan ya, aku memang takkan pernah suka pergi ke dapur kecuali untuk makan minum dan makan. (macam mana nak jadi ibu mithali ni farah oi?)



* lesen L dah hidup. maka, mari sambung belajar dengan sisa sisa waktu yang ada.

Thursday, December 16, 2010

cinta lama berputik kembali

oh. rasa sangat terharu bila pembaca setia sangat menanti nantikan update dari farrakaka. dan ya, aku ada pembaca setia dan aku bangga dengannya, walaupun cuma seorang sahaja.

dan bila pembaca setia yang bernama didib ini sangat merindukan update dari farrakaka sehingga tanpa segan silu tidak malu desperately bertanyakan "kenapa farrakaka dah tak update belog hari hari?" di twitter farrakaka, maka, farrakaka ini tidak mampu untuk berkata kata lebih dan terus, jari jemari laju berlari di atas papan kekunci mengarang ayat untuk pembaca setia yang bernama didib. lihatlah betapa sayangnya farrakaka kepada didib. didib, sila terharu sekarang.

dan, ya. farrakaka sudah mengganas di twitter. http://twitter.com/farrakaka


eh, didib. aku ada berita baik (baik untuk aku la, untuk kau mungkin tak berapa baik) nak kasitahu kau ni. semenjak dua menjak ni boyfriend lama a.k.a benjamin poh boon pin asyik mesej aku tahu. tadi dia mesej lagi semata mata nak tanya "apa maksud poyoh?". sila ampunkan kesalahan ejaan di situ. memang sukar untuk seorang yang berbangsa cina bertutur bahasa melayu pasar.


terasa seperti cinta lama berputik kembalilah. boleh ke? haha.


gila nak mati punya confession. =P



and btw, di kesempatan ini, mari ucap beramai ramai happy birthday farah liyana ismail yang ke, err...19 kan? beliau merupakan jiran depan rumah saya. beliau seorang yang baik. cun. dan happy go lucky. ciri ciri wajib seorang farah, menurut kata dr. fazillah kamsah.

puding caramel untuk birthday girl. dan kami di rumah turut merasa tempiasnya.


p/s : puding bukan untuk dijual.

Tuesday, December 14, 2010

Nice Blog Award

fuh. lama dah tak update belog. (lama ke tiga hari tu??)



di tag award oleh cik fazy. seriously, sebenarnya aku tak berape nak paham menatang apa tag tag ni (maklumlah, i ni rabun it sebenarnya). award pun boleh tag ke? suka suka je nak passing award yang orang lain dah bagi kan.


tapi orang dah bagi, i layankan jelah.


oh ya. ada soalan yang perlu dijawab.

1. pemberi award di mata korang

siapa? cik fazy ni? dia tak hot. tapi kool. haha. one of my precious friend.


2. nama belog korang dan kenapa letak nama tu.

dulu *farrakaka*. sebab 2-2 tu memg nama aku. (gila tak malu ngaku kaka tu nama kau kan.)sekarang dah tukar *private & confidential*. sebab ini personal blog aku. aku cerita kau baca. maka apa yang kau org baca diam diam sudah. itu rahsia kita bersama. haha.

3. lima perkara yang korang suka

~ korea
~ laptop
~ sweets
~ menyendiri
~ tidur


4. lima perkara yang korang benci

~ benda benda yang melecehkan
~ benda benda yang melecehkan
~ benda benda yang melecehkan
~ benda benda yang melecehkan
~ benda benda yang melecehkan *pffth. 15 minit terbuang nak pikir ni je*


5. tag award

~ tak nak tag boleh? nak simpan sorang sorang. haha.




p/s : inche Q-shiba sudah semakin berat dan selow. sabarlah inche Q-shiba. layankan aje tuanmu yang gila ni. i love u, jagiya. so please jangan buat hal.

Friday, December 10, 2010

don't regret, yet don't feel great either

of course lah entry kali ni berkisarkan result semata mata. kisah result ini sedang menjadi trend budak budak uitm pada masa ini. maka, aku pun tidak mahu ketinggalan membicarakannya.



tapi tiada apa yang boleh dibanggakan dengan result yang aku dapat. maka, aku akan berhenti membicarakannya di sini. cukuplah sekadar tajuk entry ini yang menceritakan semuanya.


end of story.














* oh, sebenarnya aku sangat bangga dengan diri aku sendiri. belajar main main pun boleh lepas semua paper. seriously, i dont deserve this. not that i am not being grateful for what i've got, but this is really beyond my expectation. ya Allah, thanx for your love.


p/s : hantu kak limah balik rumah wajib ditonton. kalau bukan di panggung wayang, tontonlah dvd cetak rompak original di rumah bersama keluarga. banyak kritikan moral di situ. sangat sesuai untuk kita kita yang kekurangan ilmu sivik. ya, kita kita. jangan nak berlagak kata kau kaya dengan ilmu sivik. kalau kaya tapi tak praktikkan pun tak guna jugak kan.

Wednesday, December 8, 2010

facebook

my two little brothers - ten years old aiman syakir now has a facebook with 604 friends while thirteen years old anas syafiq's friends already reached no 736.

me, on the other hand, just befriend with 460 people. what a pity. got beaten by two little kids.


comment gua?


apa kes budak budak hingusan tu dah mengatasi gua yang dah lebih 21 tahun hidup ni? pffth! deyy aiman, apasal kawan kawan gua pun lu rembat buat kawan lu? lu tak cukup kawan sekolah ke? kalau si anas tu gua tak heran lah. dia artis, standard arr ramai kawan kat facebook. artis lisa surihani tu punya friend pun dah mencecah sejuta. gua tau lu nak lawan dia kan anas? lu kena cukup cun macam lisa tu dulu baru boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi. cuba lu cermin diri lu. dah lah itam, pendek pulak tu.

gua memang tak puas hati. eh, gua pun artis jugak ape??? bukan artis biasa. artis international lagi tu. gua dah berlakon dua movie jepun tau! jangan main main...




huh. adik adik aku pun dah terjangkit sindrom gila facebook. sepertimana yang pernah aku lalui suatu ketika dahulu. ya, suatu ketika dahulu, sewaktu zaman remaja, pada satu malam yang dingin, kedengaran bunyi papan keyboard laptop diketuk, oleh seorang gadis yang menawan, yang setia mengupdate status setiap sejam, tanpa menghiraukan makan minum tidur dan bil elektrik yang bakal meningkat. gadis yang menawan itu... ya, akulah orangnya!

aku pun tak faham macam mana aku boleh teraddicted dgn facebook dulu. benda ni tak boleh dimulakan. kalau dah mula, susah nak stop. betul kan adik adik? susah, maksudnya difficult. susah bererti kamu memerlukan kekuatan yang luar biasa untuk menjadikan ianya sesuatu yang tidak mustahil akan berlaku. faham? kalau tak faham bukak kamus dewan cari sendiri.


dan untuk mendapatkan jawapan kepada segala persoalan mengenai ketagihan bermuka buku ini, aku telah mengkaji latar belakang facebook. orang kata tak kenal maka tak. . . ?

. . .tahu. aku tau ramai di antara korang jawab cinta. itulah korang, pikirkan cinta saja. hidup ini bukan hanya semata mata kerana cinta saja. tak kenal maka tak tahulah. jadah apa cinta cinta pulak.


di mana aku berhenti tadi. oh ya, pengkajian aku. jadi, untuk lebih mengenali facebook, aku mengkaji asal usulnya. dengan menonton filem ini - The Social Network.


eh, gua belum friend dgn lu lagi pun mark zuckerberg. lu org semua dah?


filem ini berkisarkan tentang facebook dan asal usulnya. aku lebih gemar kalau tajuk filem ini ditukar kepada Facebook The Movie, tapi nanti akan hilanglah kesosialannnya kalau ditukar. mana boleh hilang sosial, nanti kurang penonton dari kalangan remaja. sebab tu filem ini diratekan 18, sebab dia nak tarik penonton dari kalangan remaja dan yang sewaktu dengannya.


sinopsis : cerita mengenai mark zuckerberg, student harvard yang genius sehingga berjaya mencipta facebook yang berkembang dengan pesatnya ke seluruh dunia, dan konflik konflik perundangan yang dihadapi beliau dengan rakan baiknya eduardo saverin yang juga merupakan co-founder facebook, serta dengan kembar winklevoss yang mendakwa zuckerberg mencuri idea facebook dari mereka.


aku pun tak percaya macam mana aku boleh tertengok cerita ni. ini semua salah shuhada yang dah tengok semua cerita lain sehinggakan cerita ini dan dua alam sahaja option yang tinggal. maka kami memilih cerita ini. mana mungkin aku menonton dua alam dr rozmey walaupun ada pelakon kacak aaron aziz di dalamnya. tapi mungkin nanti aku mendownload saja cerita itu. haha.


dan setelah tamat siaran wayang, bermakna telah tamat pengkajian aku, aku telah berjaya membuat satu kesimpulan yang tepat dan jitu. memang lumrah manusia untuk bersosial. dalam erti kata yang lebih sopan, menjalinkan silaturrahim. maka, apa apa benda yang dinamakan social networking ini memang senang untuk mendatangkan ketagihan. dan susah untuk dihentikan. dan seperti yang aku telah kata di atas tadi, cuma kekuatan luar biasa sahaja dapat menghentikannya.


dan aku telah mendapatkan kekuatan luar biasa itu untuk menghentikan ketagihan facebook. tapi kini aku sedang ketagih berblogging. maka, aku terpaksa mencari kekuatan luar biasa yang lain pula untuk menghentikan ketagihan blogging.





* ada orang ajak aku buat tumblr pula. deyy, gua baru stop facebooking, dan tengah ketagih blogging, lu nak gua tambah lagi satu tanggungjawab pula. bertweeting pun gua belum rasa lagi. tapi takpe, nanti gua pertimbangkan cadangan lu tu.


eh, kalau ada sesiapa nak carik movie jepun lakonan gua tuh, silalah carik di arkib uitm. memang tiada dijual di mana mana pun. ingat senang ke nak jumpa movie lakonan artis international rare macam gua nih? ekslusiflah katakan...

Tuesday, December 7, 2010

selamat tahun baru

SALAM MAAL HIJRAH






dari kami sekeluarga yang tengah jakun menghadap coklat bebas cukai.

Sunday, December 5, 2010

tag. perlu ke?

dijemput khas oleh miss fazy. maka, ini misi yang perlu untuk dilaksanakan.

just copy and bold something that tells about urself. kalau orang yang degil ketegaq akan buat sesuatu yang lain dari yang lain, contohnya strike out ataupun colour kan untuk lebih menarik dan menunjukkan keunikan masing masing. dan saya memilih kesemuanya, bold, colour dan strike out and a bit of description in brackets kerana saya sangat unik.


MY PERSONALITY

i'm loud
i'm obnoxious
i'm sarcastic
i'm cocky
i cry easily (when i see someone else cry)
i have a bad temper
for the most part i don't like people
i'm easy to get along with (depends on with whom)
i have more enemies than friends (mana mungkin. i'm a lovable person.)
i've smoked
i've smoked weed
i drink coffee (sometimes)
i clean my room daily (pffth, who will clean it daily? daily is too much)



MY APPEARANCES

i wear makeup (just to not looking so plain)
i wear a piece of jewelry at all times (can watch be considered as jewelry?)
i wear contacts (only when i'm not wearing glasses)
i wear glasses (only when i'm not wearing contacts. haha)
i have braces
i change my hair colour often (i wear tudung ok)
i straighten my hair often (i've told u i wear tudung. pffth)
i have a piercing (at ears)
i have small feet



RELATIONSHIPS

i'm in a relationship now
i'm single (but i'm not alone)
i'm crushin' (always)
i'm in love (define love)
i'm always scared of being hurt (it is others who are always scared of being hurt by me)
an ex has physically abused me at least once
i've told someone i loved them when i didn't
i've told someone i didn't love them when i did
i've been in love more than two times (again, define love)
i believe in love at first sight (maybe)
i believe lust is more important than love



FRIENDSHIPS

i have a best friend (not a. a lot of)
i have at least ten friends
i've gotten a phone call in the last 48 hours from a friend
i've beaten up a friend (always, unintentionally)
i've been in a serious fight with a friend
i can trust at least five people in my life (i do trust people easily)



EXPERIENCES

i've been on a plane
i've been on a train
someone close to me has died
i've taken a taxi
i've taken a city bus
i've taken a school bus
i've done bungee jumping (would love to)
i've made a speech
i've been in some sort of club (recreation club? well, it's a club too..)
i've won an award
i've spent 24 hours on the computer straight (almost. i need sleep too)
i've been in a physical fight (with along, zaman hingusan dulu...)



MUSIC

i listen to rnb
i listen to country
i listen to pop (yeah! korean pop)
i listen to techno (i dont do club)
i listen to rock
i'm one of those people who play songs repeatedly until i hate it
i hate the radio
i download music
i buy cd's



TELEVISION

i spent at least six hours a day watching television (but not nowadays)
i watch soap operas daily (but i do watch theaters often)
i'm in love with days of our lives
i've seen and liked the o.c
i've seen and liked one tree hill
i've seen and like america's next top model
i've seen and like popular
i've seen and like 24
i've seen and liked csi
i've seen and like everwood



FAMILY LIFE

i get along with both of my parents
my biological parents are still together
i have at least one brother
i have at least one sister
i have at least one step brother/sister
i have at least one half brother/sister
i've been kicked out of the house
i've ran away from my home
i've sworn at my parents
i've made my parents cry (i dont know. ask themselves)
i've lied to my parents (i won't call it a lie. i just not-telling-them-at-all)
i've lied to my parents about where i am
i've lied to my parents about what am i doing
i've lied to my parents so i'd be allowed to
i've walked out when i've been grounded (never been grounded)



HAIR

(i wear tudung. so, not answering any of these)

• i've been brown
• i've had streaks
• i've cut my hair in the past year
• i've dyed my hair in the past year
• i've been blonde
• i've had black
• i've been red
• i've been light brown
• i've been medium brown
• i've been blue/green
• i've gotten my hair thin
• i use conditioner
• i've used silk therapy
• i've used hot oil treatment
• i've curled my hair
• i've straightened my hair
• i've iron my hair
• i've braided my hair



SCHOOL

i've yelled at teachers
i've been suspended
i've had an in-school suspension
i've been sent to the principal's office
i've walked out of class
i've skipped an entire day of school (at least once a week)
i've skipped a whole month of one certain class
i've failed a test (it started to happen at uni)
i've cheated on a test
i've helped someone else cheat on a test
i've failed art
i've failed p.e.
i've failed math (how can i failed what i love to do)
i've failed science
i've failed another class
a teacher has called my parents



end of tag.

i've lied a lot. so what i stated above might not be true. haha.

the truth is, i dont really know myself. no, sometimes, i just feel like denying it all. it's better to not really know urself. living a mystery life is more adventurous. and fun. =P



* penat tau aku buat tag ni cik fazy. disebabkan aku tak dapat nak copy and paste, aku terpaksa taip balik semua. dan kenapa aku bodoh sgt taip balik semua huh?

dan tag ini di tag kepada semua readers. SEMUA, yang berminat. tiada paksaan. kalau rasa bosan dan takde kerja nak buat, silalah buat tag ini. it's fun.

to all girls/women/females, read this

BEWARE! Important message for every female who goes to work, college or school alone. If u find a child crying on the road, showing u his/her address & asking u to bring him/her there. Take him/her to the police station. No matter whar u do, DON'T go to that address. This is a new way for gang members to rape females. Please sms this to all the girls $ boys so they can inform all their friends and family members.
ASP Suman Kumar, Bukit Aman


*perlu ke aku letak sekali nama ASP tu? maaf ye ASP.


btw, ini adalah mesej yang aku terima dari ibu saudaraku semalam. dari sumber sumber yang boleh dipercayai. nak pass ke semua orang, masalah kredit membatasi. maka, untuk perkhidmatan lebih luas, blog method sangat praktikal. honestly, this is not the first time i've heard this. macam macam ye org skarang punya taktik nak buat jahat. so, take this as a reminder and do take good care of yourself.


mesej tamat.



* semalam pergi kenduri kahwin kat seremban. dan aku rasa aku telah dijangkiti penyakit mabuk kereta. balik rumah je terus pening sampai pagi. inilah akibatnya dok terperap kat rumah ngadap laptop sahaja. jumpa matahari terus terkejut. matahari pun terkejut tgk aku keluar rumah.

* tengok natrah 2 for the second time today. baru rasa puas tengok coz it's better than the preview. (the seat plus the story) this second time makes me teary, a lil bit.

Friday, December 3, 2010

marie oh marie

pagi tadi (kalau masih boleh diconsider pagi lagi lah), aku bangun dan mendapati mak aku beli sepeket biskut marie. musykil. apakah keadaan kewangan kami sekeluarga sangat kritikal sehinggakan terpaksa makan biskut marie sahaja untuk lunch? (hah, dah terkantoi sendiri bangun tengahari di situ.)

maka, untuk mengelakkan sesat jalan, aku pun tidak malu bertanya...


mak, ni biskut marie ni kenapa? ada yang mengidam makanan hostel ke?

mak :
apa kemaruk nak makan makanan taraf hostel pulak? takde la. saja je beli. nak buat puding marie.


owh. puding marie... (dengan muka berlagak konon konon sangat pernah nampak muka puding marie tu)



haih, pelik mak aku nih. puding roti pernah la aku dengar. puding marie? resipi baru kot...

aku kalau bab bab buat dessert ni suka nyibuk. tapi bab bab masak aku cukup tak gemar. pakai oven aku pro. tapi pakai dapur aku fail. maka, aku pun pura pura sibuk nak tahu camane nak buat puding marie ni.


ni macam mane nak buat puding marie tu mak?


tu ha. milo koko marjerin marie. kau godek godek biar sebati pastu tepek dalam loyang mampat mampat dan pufffth! jadilah koko crunch...


oh, pandai sungguh aku terapkan kesan kesan dramatik dalam penceritaan berbentuk dialog ni.

tapi, tu kan cara cara nak buat. . .


ooo mak. apa pulak puding marie ni mak? tu kek batik namanya tu. mana ada orang pernah eksploitasi marie jadi puding lagi mak. jadi kek batik jawa adalah.


(dengan perasaan tension kena condemn)
dah resepi aku. suka hatilah aku nak pakai nama apa. kau apa tau? kau pernah buat ke?


aku telan liur. mak ni saja je nak malukan aku depan adik aku ni. nasib baik adik aku. kalau adik ipar aku. mau aku lari rumah kawin kat siam nanti.

maka aku pun dengan penuh gaya membalas.


tak pernah buat pun. tapi memang camtulah nak buat kek batik. orang lain semua panggil kek batik. mak sorang je panggil puding marie.


mak :

setahu aku kalau yang namanya kek kek ni kena bakar je. dah menatang ni tak payah bakar dalam oven, jadah apa nak panggil kek. pulak tu, takde pun aku nampak ingredient pakai kain batik. apa motif letak nama batik tu?


taknak dicop anak derhaka, aku terus diam mengunci kata. dan berhenti takat ini sahaja.


* tapi, betul jugak. kenapa panggil kek kalau tak payah bakar dalam oven?

Thursday, December 2, 2010

sudikah berkawan denganku?

wah. disebabkan permintaan tinggi dari para pembaca yang menantikan pengupdatean dari aku, maka khas buat pembaca setia - didib, ini yang kau tunggu tunggu. . .


. . .entry merepek dari aku.


sebenarnya, aku tak tahu nak update apa. semua yang aku tulis dalam belog ni, kalau kau orang perasan, merupakan apa sahaja yang aku tengok dengan mata sendiri, dengar dengan telinga sendiri, dan baca sehari hari. apa sahaja. maka, kau orang akan tahu apa yang aku buat tiap tiap hari.

jadi hari ini, mood aku adalah untuk berhindustan. mata aku kepingin untuk melihat hidung mancung hrithik roshan. telinga aku kepingin untuk mendengar lagu bhangra. dan badan aku sangat kepingin untuk bergelek sakan.


pilihan terbaik :








serius. aku SANGAT suka cerita ni. sangat sangat suka. tahu tak dah berapa kurun aku cari cerita ni? tahu tak berapa ramai orang dah aku tanya kot kot diorang ada simpan cerita ni? tahu tak dah 8 tahun aku mencari dan mencari? tahu tak? tahu tak?



aku tahu korang tak tahu. sebab tu aku bagitahu.



sekalung penghargaan diucapkan kepada cik dija kerana telah merealisasikan impian aku yang telah 8 tahun bermain aci kejar mencari cerita ini. kau mesti perasan kan mata aku yang bersinar sinar bak bintang kejora pabila kau kata kau ada simpan cerita ni. tq my dear bestfren.

for me, this is the most beautiful hindustan movie i've ever seen. simple, yet interesting. tak perlu nak cerita lah kabhi kushi kuch kuch tu sume. yang tu memang legend. tapi kalau ikut rank aku, movie ni bertakhta di tempat paling atas sekali. (bahasa melayu sgt failed. mana boleh letak paling sekali satu ayat?)

nak buat review ke? tak payah lah. korang mesti dah tengok kan. apa? sinopsis? pandai pandai lah google sendiri.

aku dah malas nak pikir apa lagi nak ditulis. maksud aku, ditaip. dan aku nak sambung tengok wayang pacak hindustan. maka, bye.



accha! challo bete. . .


* sumpah lepas ni didib taubat nak mintak aku update belog hari hari lagi.

Tuesday, November 30, 2010

terbang semula ke malaysia

huh, rasa rasanya dah lama aku tak mengikuti perkembangan terkini dunia hiburan malaysia, disebabkan terlalu khayal berada di awan korea. sampaikan aku tak sedar, anugerah berprestij juara lagu ke 25 dah hampir tiba. finalis finalisnya dah pun diumumkan, dan rupanya aku dah terlepas peringkat semi final. tak tahu pun bila siar kat tb. tau tau dah habis dah.


sangat ketinggalan aku ini...


maka, setelah diselidiki dengan penuh bergaya ala wartawan melodi, ini dia finalis finalisnya.

1. hanyut, faizal tahir
2. kebahagiaan dalan perpisahan, shahir
3. noktah cinta, hafiz
4. drama king, meet uncle hussien ft black
5. ku ada kamu, adira
6. cinta sempurna, yuna
7. pelita, a.p.i
8. berlari, tomok
9. sofea jane, black
10. mencari konklusi, hujan
11. selamat malam, faizal tahir
12. ekstravaganza, bunkface
13. jahat, stacy
14. tolong ingatkan aku, ana raffali



tak banyak beza dari tahun lepas. nampak sgt kita sudah kekurangan bakat baru yang betul betul berbakat. dan lagu baru yang betul betul menarik. tapi, yelah, sebenarnya ada je banyak yang baru, cuma yang disenaraipendekkan di atas ni adalah yang terbaik antara yang terbaik.

pilihan aku? tentu sahaja black. dan faizal tahir. dua orang artis yang paling aku respek buat masa ni. apa? senior yuna? ehmmmm, bolehlah... (kecewa sedikit sebab dgr gosip dia bercinta dgn Qi blogger boy. yo, yuna, come on lah... Qi?)


oh, lupa, tomok juga. walaupun membencikan imej baru dia yang ini.


what's with the keriting keriting tu wahai encik tomok?

serupa juga aku membencikan imej baru si top yang ini.

kau pikir kau marilyn monroe?


deyy, korang korang ni takder gaya baru yang senonoh sikit ke huh?






huhu, baiklah, sampai di sini saja. bertemu lagi di kemudian hari dalam rancangan, ME-LO-DI!

Monday, November 29, 2010

lain kali study awal awal

aku seorang student. dan masih lagi bergelar student walaupun sedang cuti semester. dan bila aku kata aku seorang student, aku secara automatis cenderung untuk melakukan perkara perkara biasa bagi seorang student. perkara perkara biasa bagi seorang student tak lain tak bukan adalah sentiasa menangguhkan masa study sehinggalah terwujudnya frasa 'study last minit'. silap hari bulan, study last minit terus bertukar menjadi tak-cukup-study.

dan aku mempraktikkan situasi yang sama untuk test undang undang yang bakal menentukan samada aku layak belajar memandu atau tidak. test undang undang yang memperuntukkan aku untuk mendapat sekurang kurangnya 8 salah dari 50 soalan.

well, tak student lah kalau tak study last minit kan. setelah banyak masa dihabiskan dengan mendownload dan mengadap komputer, tanpa menghiraukan test yang bakal diduduki, akhirnya, 9 jam sebelum masa peperiksaan timbullah kesedaran aku untuk belajar. pukul 9 esok pagi nak amek test, pukul 12 baru aku tersedar diri. dan dengan kesedaran itulah aku mengunci jam pukul 6.30 pagi untuk mula belajar. atau dalam erti kata lain, untuk amek tahu serba sedikit. (ini namanya masih belum sedar sepenuhnya. kalau dah sedar sepenuhnya, terus capai buku dan bukan cuma mengunci jam)

dan seperti biasa. situasi yang sama seperti minggu study week di kolej melati berlaku. jam 6.30 pagi, alarm menjerit jerit, dan aku bingkas bangun, menutupnya, pandang sekeliling, dan dah habis scan satu bilik, terus tersembam semula dan tersambung tidur. ini adalah dejavu. aku dah bosan dengan ini dejavu.

maka, pabila aku tersedar sepenuhnya, aku tahu ia sudah terlewat untuk memutar kembali masa. sangat terlewat. dan dengan langkah longlai, aku menjawab exam tanpa persediaan yang lengkap. dan aku cuma mampu bersedia untuk gagal.

tapi, jangan risau. AKU LULUS! lulus dengan markah yang sangat memberangsangkan. aku cuma salah 7 dari 50 soalan. ya! aku tahu. cuma sipi sipi lagi nak fail. dan sukahati akulah sebab aku tetap nak kata ianya memberangsangkan.


dija kawan baik aku cuma salah dua. maka aku tarik balik perkataan memberangsangkan itu tadi.


whatever, yang penting, i dah lulus. ok.




* yeah, since school, really, i am depending on luck in all my exams. until now, i am still depending on it. i'm lucky that luck is always be by my side. it makes me put less efforts, but still, i am enjoying it, a lot. so next time, do remind me that luck will never forever accompanying me.

as we live, there is no forever. remember this.




interesting quotes for today :

"awak budak sekolah lagi kan?"

what the ****?? i am 21! dan aku mungkin layak jadik kakak kau tahu tak. *sigh...*
but still, love the fact that i will always look young. ♥ ♥ ♥

Sunday, November 28, 2010

another crap




have u ever be a stalker?



menipulah kalau kau kata tak pernah seumur hidup kan.



i have. and still having it. this is the longest crush i've ever had. sometimes, it feels like i had already get over him, but somehow, it won't let go off me easily. i knew he would never realize my existence, for he has already met his true mate. but it still can't change the fact that he will always keep wandering in my mind. i've knew him for quite a long time, long before he met that girl. but i just couldn't tell. it hurts, to hide behind ur own shadow, watching over vur mr nice guy, but what u are axactly looking at is ur mr nice guy, having a sweet moment with his miss nice girl.

hey boy, u are my first crush. since school. and until now, i guess. when i knew u already found ur girl, i was happy, but still, as a normal person, i couldn't help the hatred. even if i try to forget, somewhere deep inside me is still holding u tight. so i became invisible, and hoping for a miracle.

but boy, i think it is time to let u go. good bye, my crush. wishing u all the best with ur mate. and i am truly happy if u were. this is true. coz i'm sick of keeping this trapped for years. adios.
* yaw! sgt berani aku meluahkan perasaan kat sini. but i have no worries btw.
i am invisible tho, so how on earth would he know all this crap?
it feels so good to be invisible. . .

Saturday, November 27, 2010

anything is good if it's made of chocolate. . .

sekarang ni rasa nak update belog tiap tiap hari je. bukan rasa je, memang dah buat dah pun. maka, terimalah satu lagi entry kosong merepek lagi mengarut dari blogger berjaya ini.

jadi hari ini, mari belajar cara cara menambat hati ibu mertua (atau dalam kes aku, bakal ibu mertua) dan cara cara menjadi isteri mithali (atau dalam kes aku, bakal isteri mithali. err... hakk tuih!). mari membakar cookies! sambil berbelog. <--- dah kena potong lima markah dah ni.

dengan bermodalkan sisa sisa wang hasil jualan saham dan berbekalkan resipi tradisi turun temurun, akhirnya chocolate chip berada dalam proses pembinaan. semerbak rumah aku dengan bau chocolate. memang tak boleh sorok dari jiran jiran lah.





gambar selingan bagi membuktikan usaha gigih aku


buat bakal bakal ibu mertua di luar sana, borang permohonan dalam proses pengeluaran. diminta sabar menunggu.




inilah dia penangan cuti semester. selain menjadi netizen berjaya, aku juga menjadi seorang pemikir yang saban hari memikirkan apakah aktiviti yang perlu dibuat bagi mengisi masa lapang. dan diisi dalam belog.


ok, gtg. ada biskut untuk dibakar. kang tak pasal pasal rentung pulak. potong markah lagi...

Thursday, November 25, 2010

will you marry me?

disebabkan aku dah malas nak mengikuti cerita cinta kirana yang tidak berkesudahan itu, maka aku beralih arah ke cerita korea, mary stayed out all night a.k.a marry me, mary.

cerita ini terdiri dari heroin sahaja. ulang suara, HEROIN sahaja. tiada hero kacak hensem lagi bergaya. tak percaya, tengok ini.



cantik kan heroin heroinnya.


teraju utama, jang geunsuk. ala, yang berlakon you're beautiful. dan dia sangat beautiful dalam cerita ini. heroinnya, moon geun young, heroin cerita cinderella's stepsister. dan tentutentulah, cerita korea bukanlah cerita korea kalau tiada cinta empat segi. mesti ada hero dan heroin kedua. tapi aku tak tertarik dengan mereka. aku lebih tertarik dengan geunsuk yang cantik.

cerita berkisar mengenai kang moo kyul (jang geunsuk) seorang rocker indie band dan mary (moon geunyoung) seorang gadis naif yang dipaksa berkahwin oleh ayahnya yang kuat berhutang, dengan seorang lelaki kaya lagi kacak tetapi tiada jiwa, byun jung in. jung in cuma memikirkan business semata mata dan bersetuju dgn aturan perkahwinan ayahnya yang berkawan baik dgn ayah mary.

so, mary asked moo kyul to be a fake husband of her, in order to avoid the marriage. but her father already engaged in a contract with jung in's father, and mary will have to bear juz for 100 days, before coming with a desicion, either to choose moo kyul, or marry jung in.

dia terima, sebab dia cuma perlu berpura pura kahwin dgn moo kyul, dan bertahan selama 100 hari. in the end, she thinks she juz need to choose neither one of them.

but things started to get serious when jung in suddenly wants to fight for mary, after realizing she is his long lost chilldhood friend. and the rest... i'm still looking forward to it.




cepatcepatlah upload episode baru!




aku suka relationship moo kyul dgn mary. ditakdirkan bertemu dan terstuck with each other, sebab they both actually are meant to be together, secara tidak sengaja. bila moo kyul is feeling down, mary sentiasa berada di samping dia, secara tidak sengaja. dan bila mary needs help, moo kyul sentiasa datang membantu, secara tidak sengaja. they juz happen to need each other well. memang kebetulan yang sangat kebetulan, tapi itulah true love. u wil not realize it even when it is in ur hand.

dan aku nak bercerita lebih pasal jang geunsuk dalam cerita ni. dia cold, yet kind. dia cool, and gorgeous. dan dia tak boleh lari dari watak seorang pemuzik. deyy, u r beautiful, jadik penyanyi. dlm beethoven virus main muzik. doremi pun sama. steorotype la beb. tapi aku suka. haha.


dan yang paling penting, dia cantik. sangat. cantik. giler. cantik. betul. cantik.


ya, oppa! what are u trying to make other pretty women (like me) look like huh? kalau kau pun dah cantik macam ni, maka tergugatlah kami semua.



marry me, beautiful.



saja je nak upload gambar beliau banyak banyak. sebab aku sangat jeles dengan kecantikan si dia. aku jeles dgn kulit mulusnya. aku jeles dgn senyum manisnya. aku jeles dgn rambutnya. kau guna shampoo apa huh?



dan aku terasa seperti lesbo pulak kalau terjatuh hati dengan dia yang cantik ini. euwwww....

btw, rating drama ni sekarang is not so good. i wonder why...



* sekarang musim konvo. semua rakan taulan dan sepupu sedang mengalaminya. happy konvo day, guys! (bila lah time aku plak....)

siapa nak tengok remy ishak menari?

semalam, aku berkesempatan menyaksikan pratonton media teater natrah 2 walaupun teater ini belum dipentaskan secara rasmi lagi. terasa seperti wartawan melodi pulak dapat jemputan sebegitu rupa. ramai juga orang rupanya, sehingga penuh ke tingkat tiga walaupun ini cuma preview saja. aku nampak banyak artis. aku nampak tam suhaimi. aku nampak radhi khalid. aku nampak bront palarae. aku nampak ramai orang berpusu pusu menyerbu mereka untuk bergambar bersama. tapi aku rilek je walaupun aku ada bawak kamera. alah, nampak artis, biasalah kan. artis je yang tak biasa nampak aku sampai mereka yang menggelabah berebutt datang kat aku untuk bergambar bersama.

okay, ayat yang last tu aku tipu je.

dan cuba teka aku duduk sederet dengan siapa?

aku duduk sebaris dengan AARON AZIZ.................................punya isteri. his cute lil son memang comel lah. dah besar mesti handsome. boleh lah cop jadik bakal menantu aku. haha.

okay, bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya. dah tengok teater, mestilah kena buat review sikit. jalan cerita tetap sama, cuma lebih ditekankan isu cinta kalau nak dibandingkan dengan natrah 1 dulu. yelah, dah banyak kontroversi timbul berkenaan soal akidah yang diutarakan dalam cerita ni kan, jadi, aku faham kalau dia sangat menekankan isu percintaan natrah dan mansor. cerita bermula dengan sangat strong. seperti biasa, sofea jane tetap memukau. dan kali ini, pengarah sangat make full of use sofea jane, as natrah yang bermonolog. menusuk segala apa yang dimonologkan oleh beliau. maya karin, as natrah sewaktu remaja, no need to tell anything lah. watak natrah ni memang untuk dia. lufya, as natrah sewaktu di belanda, dan sharifah sofea, as natrah berusia 50, walaupun cuma bermonolog sekejapan saja, tetap meninggalkan impak yang mendalam dalam menyusuri kekeliruan yang masih dialami oleh natrah walaupun telah dibawa ke belanda dan bertukar agama.

overall, cerita ini memang berkisar sepenuhnya tentang natrah. sebab itu tajuk ceritanya natrah. kalau tajuk ceritanya mamat, mungkin cuma berkisar tentang mamat sahaja. dan produksi kali ini memecah rekod sebagai produksi paling ramai pelakon popular yang berlakon. watak natrah saja dah ada 5 orang pelakon (sharifah aryana, maya karin, lufya, sharifah sofea dan sofea jane). ditambah lagi dengan remy ishak (mansor), umie aida(che aminah), liyana jasmay nabila huda (kawan natrah), aaron aziz fizz fairuz (peguam di singapura). dan nama sahaja preview kan, kali pertama dipentaskan di hadapan penonton, tentu sahaja banyak kesilapan teknikal yang perlu diperbaiki. especially mic aaron aziz. kesian dia terpaksa menjerit untk memberi pendengaran yang jelas kepada penonton. hilang feel sebab tak dengar dialog dia. tapi, tak kesahlah. tak dengar suara pun tak apa, yang penting dapat tengok dia secara live. *angau*

and i couldnt take my eyes off u...

dan siapa kata remy ishak tak pandai menari? siap menari lagu hindustan tu weh! ladki badi anjaani hai.... tapi kan remy, aku nasihatkan, fokus berlakon jelah. jangan gatal gatal nak masuk rancangan mari menari di astro ria (slang lisa surihani).

bagi sesiapa yang tidak pernah tahu fenomena natrah, mari aku kasi sinopsis sikit. natrah diangkat dari kisah benar, mengenai seorang anak belanda, huberdina maria hertogh, yang diserahkan dalam jagaan seorang melayu, che aminah, semasa zaman pendudukan jepun di indonesia. ibu melayu tersebut membawanya ke kemaman dan dijaga sehingga besar, dengan ajaran islam. namun, suatu hari, seorang pegawai belanda berjaya menjejak anak belanda itu, dan demi mempertahankan agama dan ego mereka, mereka berusaha merampas kembali huberdina, untuk dibawa ke belanda berjumpa ibu bapa kandungnya. namun huberdina telah menjadi natrah. dan che aminah bertegas untuk mempertahankan natrah, sebagai tanda maruah islam.

pernah dengar tragedi rusuhan natrah di singapura yang mengorbankan banyak nyawa? ini benar berlaku, kerana fenomena natrah memberi impak yang besar, terhadap agama islam yang diinjak injak sehingga menyebabkan ramai orang melayu melakukan protes atas keputusan mahkamah yang berjaya 'memesongkan' akidah natrah.

two thumbs up kepada eirma fatima. dan semua pelakon teater natrah.

Wednesday, November 24, 2010

go away! shooh.. shooh..

dah lama tak sakit. duduk rumah boleh pulak tiba tiba demam + asthma. serius, last time kena asthma was 2 years ago. time raya. if it is only fever, i can handle it. but asthma. . .

feel like dying. . .


* hard to breathe. trembling so much bcoz of that ventolin. the cough plus this flu, and the mukus. ufth! and hate this nasal voice. it makes me sound like tomok, 10 years ago.


tiba tiba rasa nak nyanyi lagu sejarah mungkin berulang...

Monday, November 22, 2010

a word to the wise ain't necessary, it's the stupid ones who need the advise

tomorrow, 23rd november 2010 would be the first day of spm. so, good luck to my dearest sis, the one and only sis, fatin najwa othman. yo, try to break my record la sis...

but absolutely, she cant beat my record, bahahaha. unless she got straight A1's. its juz that she took less one subject than me, so, i'm very much confident that i will be holding the record in my family till the end of generation. haha. (so confident this lady, laugh now, dear. u do not know the future..)

and suddenly it reminds me of that damn physic paper... ufth, its all in the past lah farah.

and like the quotes above, the wise man doesnt need all advise, just do what's necessary and i'm sure u can do it. u have my confidence and one day, i would like to see u pulling ur big huge luggage (filled with all garbage unnecessary things u like to keep which messing up our room) at the airport while the rest of us waving goodbye, sending u abroad. that has, once, to be my dream, so i'm kindly requested u to fulfill it, please.

hwaiting, wawa!



* cought a cough suddenly. bangun bangun pagi (as in PAGI tau, bukan tengahari seperti biasa) tadi, terus sakit tekak yang perit sangat. why suddenly? seingat aku dah lama aku tak minum air batu, mahupun pergi melalak 3 jam tanpa henti dalam karaoke box, ataupun pergi konsert super junior. jadi, mana dtgnya sakit tekak ni?

oh, baru teringat, hari tu aku ada cilok sikit air 100 plus yg mak minum time dia tengah demam tu, tanpa pengetahuan dia.

then, i deserve this. uhuk uhuk.

Sunday, November 21, 2010

boleh percaya ke cakap orang tua tua dulu?

pernah dengar tak orang tua tua dulu selalu cakap seperti ini...

jangan nyanyi dekat dapur, nanti dapat laki tua

ataupun...

jangan duduk kat bendul, nanti jadi anak dara tua

dan...

jangan ketip kuku malam malam, nanti harimau datang

itu antara famous quotes orang tua tua dulu dulu. yang membuatkan ramai orang terpengaruh. dan tadi waktu makan tengahari, tiba tiba mak aku menegur habit aku.

"mak tengok akak ni kalau makan mesti sampai dua tempat"

erk.. err.. orang tua tua dulu cakap...

jangan makan beralih tempat, nanti dapat dua laki.



gulp. mampus aku.


tapi kan, aku punya alasan sendiri kenapa asyik bertukar tempat setiap kali makan. selalunya aku makan sekali menyuap adik aku yang pemalas nak makan tu kat ruang tamu sambil mengadap tv. sambil sambil suap dia, aku suap mulut aku sikit. lepas tu, bila dia dah habis makan, selalunya aku akan pergi kat meja makan dan menambah lauk yang aku tak dapat makan tadi, dan kemudiannya, sebab malas nak pergi ruang tamu balik, aku akan stay kat meja makan dan melantak juadah santapan aku seorang sahaja. makanya, jadilah aku makan di dua tempat, ruang tamu dan meja makan.

hah, agak agak pepatah orang tua tua dulu dulu tu berkesan ke tak? sebab rasanya mak aku risau dia dapat dua menantu lelaki dari pihak aku seorang sahaja.

tapi kan mak, patutnya mak bersyukur kalau macam tu. sekarang ni, nak cari laki seorang punyalah susah, ni mak free free je dapat dua. ha, apa macam, seronok kan?


masalahnya, nak cari seorang pun dah susah. inikan pula dua. mampus aku.


oh ya, seorang dah ada lah mak, ini dia bakalnya....




dan lagi seorang mungkinkah ini...
saja je nak bagi cik zila rainbow menjerit. ahaks.

mengucap panjang mak aku kalau terbaca entry ni...

* sebenarnya, betul apa yang orang tua tua dulu cakap tuh. jangan menyanyi kat dapur, nanti masakan rentung. bila masak pun rentung, susah la nak carik laki. jangan duduk dekat bendul, tak sopan anak dara macam tu. memang la takde yang nak masuk meminang anak dara tak sopan. jangan ketip kuku malam malam, nanti tersalah ketip, luka pulak. dan jangan makan beralih tempat, nanti banyak tempat nak kena kemas. itulah rasional pepatah pepatah tu semua. bijak orang tua tua dulu memanipulasi bahasa dalam bentuk kiasan untuk beri pengajaran.

Friday, November 19, 2010

cinta kirana

disebabkan duit poket telah kekeringan, maka aku menghabiskan cuti ini dengan berpoya poya di dalam rumah. mengadap laptop dan kalau dah bosan beralih arah ke kaca televisyen.


dan disebabkan trend televisyen sekarang cuma menyiarkan drama sinetron dari seberang, makanya, terpaksa juga aku mengikut trend tersebut. dan tersangkutlah aku dengan cerita cinta kirana. sebab dalam banyak banyak sinetron yang galak disiarkan, hanya hero cerita ini saja yang berjaya menarik minat aku. galak sungguh aku menonton si galang.


semalam, si galang dah melamar si kirana. wah, seronok! akhirnya cinta mereka bersatu. dalam masa tiga hari selepas pelamaran itu, mereka akan bertunang. dan sebulan kemudian, mereka akan melangsungkan perkahwinan. kepak kepuk kepak kepuk, ada perkahwinan yang akan diraikan! yeay!


sebulan kemudian, habislah cerita ini. yeay! sempat tengok sebelum cuti habis.


tapi, betul ke? bukan sinetron namanya kalau tidak beratus ratus episod. bukan sinetron namanya kalau tidak bertahun tahun lamanya. maka, aku mengira calculation sendiri.


sehari dalam sinetron = 3 episod = 3 hari waktu siaran


masa bertunang = 3 hari = 3 x 3 episod = 9 episod


masa berkahwin = 30 hari = 30 x 3 episod = 90 episod


makanya, 9 episod + 90 episod = 99 episod = 99 hari.


99 hari dari sekarang baru perkahwinan berlangsung?


tak payah kahwin la korang...


alahai galang...






* hari ni aku menonton lagi. tiba tiba watak jahat yang cuba nak rosakkan hubungan kirana-galang mengandungkan anak galang. memang sah tak jadik kahwin la ni.



dan memang lama lagi lah cerita ni nak habis.



ya ampun.....

Thursday, November 18, 2010

saya pulak kata

merujuk kepada entry dia kata by miss wandiba.

cinta itu buta. kerana kadang kala manusia tak pernah nampak cinta yang dicari begitu jauh rupanya hanya terletak di depan mata sendiri.

cinta itu malahan bisu juga. kerana kadang kala manusia sukar nak suarakan apa yang terbuku di hati dan membiarkannya terpendam begitu saja.

cinta juga tuli. kerana kadang kala manusia tegar tidak mempedulikan bisikan bisikan halus dalam hati dan cuma bertindak mengikut perasaan saja.

kenapa perlu salahkan cinta bila manusia yang sebenarnya buta, bisu dan tuli?

kerana tiada manusia yang wujud tanpa perasaan cinta. tanpa manusia tiadalah cinta. tanpa cinta juga, tiadalah manusia.

dan oleh itu, cinta itu cacat. kerana tiada manusia yang sempurna di dunia.









* sejak bila pandai jiwang jiwang ni diba? *angkat kening double-jerk*

Tuesday, November 16, 2010

aku nak raya! raya! raya!

takbir raya dah berkumandang

lembu kambing dah ditambat di surau masjid

anak merantau dah pulang ke rumah (kejam sungguh along tak bawak balik hatta sebutir coklat bebas cukai pun)

mood dah di setting up. excitement tak payah cakap lah. maka, kini tibalah masanya untuk...

selamat hari raya aidiladha. gunakan kesempatan ini untuk renungkan segala pengorbanan yang telah terjadi sepanjang kejadian kita. dan sama sama muhasabah diri supaya pengorbanan pengorbanan itu tidak menjadi sia sia.bersyukurlah, selagi kita masih mampu bernafas.

pesanan dari pihak penaja. pandu cermat, jiwa selamat.

Monday, November 15, 2010

boleh tak. . .

salam buat sekalian pembaca. apa khabar semua? diharap semua berada dalam keadaan yang sihat dan selesa. yang tengah duduk mencangkung tu sila bersila sekarang. tak selesa mencangkung. nanti bentan.

wah wah, mukadimah penuh kesopanan dan kesusilaan. sekali sekala, apa salahnya buat korang kagum dengan budi pekerti tinggi aku ni kan.

ehem. testing..testing. one.. two.. three.. ehem ehem.

wahai orang kampung! aku ada perkhabaran gembira buat kalian. dengar ya semua. *drum-roll*
dengan ini, diisytiharkan, tarikh bermula puasa ramadhan adalah pada 10 september lepas. sekian, thank you for listening.

okay2. aku tak main main lagi. aku cuma nak bagitau gosip terbaru yang aku baru dengar semalam dari mulut mak aku. nak tau tak..., (tak nak). eh, siapa tu yang berani berani menyampuk cakap aku? tak nak dengar tutup telinga, huh. kepada yang masih setia mendengar/membaca, aku nak khabarkan, pelakon paling handsome semalaya dan sesingapura, aaron aziz bakal memeriahkan pentas Natrah 2 di Istana Budaya, pada 25 nov sehingga 7 dec ini.

weh! aaron aziz tu weh! paling handsome tu weh! tough tu weh! lelaki idaman tu weh! boleh berdarah hidung tu weh! (kepada isteri aaron, maaf, peminat ini memang over acting sket). tarik nafas, lepas. huh. maaf, aku sedikit teruja. tak, banyak sebenarnya. dan aku takkan lepaskan aaron dari genggaman aku. oh, maaf, over acting lagi sekali. maksud aku, aku takkan lepaskan peluang untuk menatap wajah kesayangan hamba itu secara live, walaupun yang jelas kelihatan cuma rambutnya dan susuk tubuhnya sahaja dari jarak 22 kaki itu.

dan berita gembira lagi, hari ni aku dapat toshiba baru. owh, tak, sebenarnya abah aku yang dapat toshiba baru. dan aku sebagai anak derhaka-asik-nak-kikis-harta-mak-bapak-je pun telah berjaya mentrade-inkan toshiba lama aku kepada yang baru. sebenarnya kalau boleh tak nak tukar sebab dah sayang dan selesa dengan toshiba lama, tapi kucing mana yang menolak ikan? harimau mana yang menolak kijang? dan farah mana yang menolak tuah? terima kasih kepada karam singh walia.

maka, dengan ini, bermulalah perjalanan hidup aku dengan encik kyu-shiba ini. (nampak sangat bias. toshiba lama dulu takder nama pun.) nama diambil sempena nama bakal menantu mak aku-kyuhyun super junior. haha. jangan risau encik kyu, saya akan jaga anda sebaik mungkin. walaupun pada awal perkenalan kita ni, kau akan selalu dicaci maki oleh ak. (tadi pun baru lepas kena kutuk. screen tak sesharp toshiba lama. gambar tak cantik da la.) biasalah, proses pengadjustan sudah semestinya mengambil masa. tapi, kita akan tetap mengharunginya bersama sama.

dan..., boleh tak aku nak tidur peluk cium kyu-shiba ini seerat mungkin malam ni...?

boleh... pergilah bermain sayang.

Saturday, November 13, 2010

sudah giler

gile mendownload ape ape yang boleh didownload. baru 3 jam sampai rumah. laptop tak lepas dari pandangan. dan pegangan. apela nak jadi sepanjang 30 hari duduk kat rumah ni nanti..

tapi yang penting, suke suke suke. dah ada kat rumah. dah boleh tengok tv. dah boleh online sesuka hati. dah boleh bersenang lenang berlepak lepak berpoya poya. dan boleh update belog berkoyan koyan. walaupun tader banyak aktiviti menarik pun untuk dibelogkan.

cepat betul masa berlalu. dah cuti dah rupanya kan. (cis, hipokrit sungguh. bukan kau ke yg sgt menantikan detik ni?) hurm, sebelum ni hari hari nampak muka yang sama je. bangun tidur muka yang sama. pergi kelas, jalan jalan, time study, time susah, time senang, time waras, time gila, muka yang sama juga. nak tidur pun muka yang sama juga. cuma kadang kadang je muka mereka bertukar sorang jadik angelina jolie dan sorang lagi jadik ninja hatori kun. tapi itu kes rare lah. jarang dapat nampak perubahan macam tu.

lepas ni muka lain pulak mengganti. itupun kalau ada orang nak tayang muka sebab selalunya bila aku bangun keluar bilik adik adik semua dah pergi sekolah. abah dah pergi kerja. mak pulak pergi bermesyuarat tingkap kat rumah jiran. yang ada cuma muka muka hensem yang ditayangkan di kaca televisyen. yang aku pun mengadap sampai petang.

dan lepas ni dah tak boleh nak sembunyi belakang pintu sergah sergah orang dah. mesti tahap kesihatan jantung dua orang roomate aku tu semakin baik sepanjang cuti ni nanti. dan tahap kesakitan jiwa aku makin kronik sepanjang cuti ni nanti, sebab dah takder orang aku nak "bah!" dah lepas tu gelak kuat kuat macam setan bila diorang melatah a.k.a. mencarut. siapa pulak aku nak jadikan mangsa "bah!"an aku ni nanti. takkan nak pergi sergah jiran depan rumah pulak kan? memang gilo lah.

segile sile aku pun takkan sampai nak sorok di balik pintu pagar rumah orang lepas tu sergah kuat kuat bila sasaran membuka pintu lalu ketawa guling guling bak kata orang putih ROFL. itu bukan gile, itu meroyan. walaupun aku pernah melakukan kerja lebih gile dari itu contohnya seperti bermain limbo rock (yeah, how low can you go?!) di dalam bilik menggunakan ampaian baju, aku tetap punya harga diri.

dan tiba tiba nak tanya kat korang satu benda pulak kat sini. . .


" aku dah kunci pintu bilik ke tak tadi? "


itulah tagline aku sepanjang duduk kat melati. melati, yang taknak terima aku balik sem depan. maka aku akan meneruskan niat asal aku untuk mengebom melati jika rayuan aku nanti ditolak.

gottogo. nak start prepare molotov cocktail 12 dozen.