Wednesday, November 11, 2009

kisah benar...

* cerita ini bukan rekaan semata-mata. memang ada kaitan antara yg hidup mahupun yg tinggal nyawa2 ikan. Umum.*



"Grr..grroaakkk....." Aduh, berkeroncong lah pulak perut ni. Farah memandang sayu ke arah Ziela sambil menggosok2 perutnya. Tapi, dengan hampehnya, housemate merangkap roomate merangkap classmatenya itu tidak mengendahkan langsung dirinya. Sangat khusyuk dan tawaduk menghadap laptop. Hai, tak lapar ke minah ni? Takkanlah boleh kenyang dengan facebook, tagged dan ym tu. Tak boleh jadik ni. Shiro pulak pergi tengok wayang dengan abang dan kakak iparnya. Kalau tak, boleh ajak teman makan.

"Fazilla anak pakcik Shabereet, bila nak gi makan ni?" Akhirnya terluah juga pertanyaan tu setelah berjam-jam menahan perasaan. Ziela mengangkat muka. Tapi jari-jemari runcingnya tetap tak berganjak dari keyboard laptop.

"Kenapa? Kau dah lapar ke?" Jam di atas TV dikerling. Pukul 10 malam.

"Lapar giler beb. Dah shaking dah tangan aku ni. Ni semua gara2 menjawab paper Audit petang tadi sampai habis hilang tenaga aku. Takkan kau tak lapar kot?" Biar betul Ziela ni? Selalunya dia lah yang paling cepat nak makan. "Eh, jomlah gi cari makan. Kata nak buat marathon movie malam ni. Cepat makan, cepat tengok wayang. Jomlahh...." Nada suara farah dah macam budak2 mintak lollipop je. Di matanya dah terbayang wajah Edward Cullen. Cerita Twilight dah selamat di download. Siap disediakan lagi extra 2 cerita- Step Up dan Step Up-The Streets. Ceh, cerita Twilight siri ke2 dah nak keluar wayang dah, baru nak tengok yang first. Memang ketinggalan zaman betul.

"Ok2. Kau gi lah siap dulu. Ni aku tengok mandi pun tak lagi. Mandi dulu. Pastu make-up lawa2. Mana tau boleh dapat murah kat kedai makan depan ni nanti." Tanpa nada Ziela menuturkan sambil memandang Farah yang tengah menayangkan muka mintak sedekah. Segaris senyuman tercarik di bibir Farah, Gembira betul dapat makan. Tanpa berlengah, tuala diambil lalu melangkah ke bilik air.

Kurang 15 minit, Farah dah ready sepenuhnya. Ah, tak perlu nak berbedak bagai. Kedai makan depan ni je pun. Bukan ada mamat hensem nak mengorat pun. Sementara menanti Ziela bersiap, Farah mengonlinekan dirinya. Tak sampai 5 minit, Ziala dah keluar bilik air.

"Wow, cepatnya kau mandi?" Terserlah kekaguman di wajah Farah. Minah ni bukan mandi berjam-jam ke? Mengalahkan puteri bunian bersiram je selalunya. "Kalau tiap2 hari kau mandi macam ni, boleh jimat bil air rumah kita. Hahaha..."

Ziela cuma tersengih. "Handphone aku mana?" tanyanya.

"Ni ha. Tadi ada misscalled. Dhanya. Ntah apa mamat tu nak ntah." Telefon bimbit berkamera di sebelah Farah dihulurkan kepada Ziela.

"Owh, aku ajak dia dengan Zaid makan sekali. Lepak2 release tension jawab audit."jawab Ziela. Dia mencapai kunci motor nouvonya. "Dah, jom2."





Sesampainya di kedai makan, kaki dah terpaku. Mulut dah ternganga. Mak aih! Ramainya jantan! Bukan ramai dah ni, SEMUAnya lelaki. Memang kedai makan ni kurang perempuan pun selalunya. Nasib baik Dhanya dan Zaid sampai tepat pada masanya. Perfect timing. Taklah malu sangat nak melangkah masuk kedai tu. Meja di tepi sekali dipilih. Private sikit tempat ni. Boleh nak gebang kuat2 pun.

"Macam mane paper tadi?" Topik dibuka. Ziela tersengih. Farah dah menggeleng kepala. Hailaa..macam dah takde topik lain nak bukak. Killing subject tu jugak nak citer. Tiba2 kedengaran bunyi mesej masuk. Farah memandang handphonenya.

Kaka, aku gaduh besar dengan Mirol. Tak pernah jadi macam ni weyh. Sedih aku. Tension ni. Aku balik lambat sikit. Nak merayap sorg2 jap, release tension. Jangan bagitau Ziela tau.- Shiro.

Shiro? Darinya berkerut. Apa kes pulak Shahirah Abd Rahman ni? Bukan dia tengah tengok wayang dengan Abang Deli ke? Yang si Mirol pun satu. Macam mana boleh gaduh pulak diorang ni. Wait a sec! Shiro sorang2?! Merayap?! Kemana??

"Weyh, aku nak gi kedai uncle jap. Cari topup." Laju je langkah Farah menuju ke kedai sebelah. Debar di dada cuba dikawal. Risau hatinya memikirkan keadaan housematenya sorang tu. Janganlah jadi apa2 pada kawannya tu. Nombor Shiro didail.

"Hello, Shiro. Kau..." Terdiam. Hanya suara tangisan kedengaran.

"Weyh..sedihnya." Teresak suara Shiro kedengaran. "Tak pernah jadi sampai macam ni weyh. Teruk betul. Tak pernah2 dia mintak putus, hari ni terkeluar ayat tu weyh. Isk...isk.." Sedih benar bunyinya. Sampai Farah sendiri rasa macam nak menangis.

"Takkan sampai macam tu sekali? Ala, rilek weyh. Jangan camni. Biasalah, orang tengah marah, memang cakap di luar rasional. Dia tak bermaksud macam tu kot. Nanti bila dia dah cool, korang bincang lah baik2." Dah macam doktor love Farah bercakap. Gaya macam berpengalaman luas je dalam bab2 tu. "Kau katne ni? Kau jangan buat macam2 plak. Abang Deli mana? Kau dengan siapa?" Bertubi2 Farah bertanya.

"Aku sorang2 ni. Ntah kat tepi jalan mana ntah aku stop. Takleh nak bawak motor. Shaking. Abang aku dah balik dah. Baru habis tengok wayang ni."

Tepi jalan? Malam2 camni? Huish, berani mati betul minah tu. Mentang2 dia ada tae kwan do, silat gayung, silat baldi semua. Main redah belasah je. Tak tahu takut langsung. Lelaki sekarang bukan boleh percaya sangat. Pantang nampak perempuan. Ya Allah, selamatkan lah kawan aku.

"Weyh, balik lah. Jadi apa2 karang susah. Jangan merayap tak tentu hala lagi. Balik2!" Seumpama dia memegang kuasa veto, Farah mengarahkan. Seolah2 Shiro akan gentar dan takut dengan arahannya itu.

"Nanti lah. Aku tak rasa nak balik dulu. Kau jangan risau lah. Aku ok jer. Kau katne tu ha? Sroobbb....." Cis, tak senonoh betul minah ni. Selamba je main tarik2 hingus. Nasib baik dalam telefon.

"Hurm. Kitorang kat kedai makan. Kau elok2 tau. Hati2. Jangan buat macam2. Balik cepat." Dengan gaya ibu tiri Farah memberi arahan.

"Okay, bye. Jangan risau lah. Thanx kay." Tuut..tuut.. Putus. Hailaa..kawan aku sorang ni.

Farah kembali ke tempat duduknya. Ziela sedang rancak berbual dengan Dhanya dan Zaid. Pesan Shiro diingat. Jangan bagitau Ziela. Nasi goreng kampung di hadapannya dikuis perlahan. Tak lalu pulak nak makan. Risau. Perlahan2 nasi disuap ke mulut. Sambil cuba menayangkan muka tenang di hadapan kawan2nya. Berlagak cool. Matanya menangkap susuk tubuh kurus kering yang dikenali.

"Eh, tu bukan Marul ke?" Lurus jari telunjuk Farah ke arah belakang Ziela. Marul, atau nama sebenarnya, Tengku Ikram mengangkat tangan, ala2 Miss World. Kerusi di meja sebelah diambil dan diletak di sebelah Dhanya sebelum melabuhkan punggungnya.

"Shirah mana?" Soalan wajib dari Marul bila tenampak kami tanpa Shiro. Tak senang hidup kalau tak nampak kelibat kawan baiknya itu. "Ha, Kaka. Nanti cakap ke dia aku tak join dia. Gitau dia aku mintak sorry sesangat."

"Join apa?" Farah bertanya pelik. Tak pulak dia dengar Shiro bercerita apa2 pasal plan dia dengan Marul.

"Huh? Owh, ada lah. Nanti cakap je lah kat dia aku tak boleh join. Aku baru bangun tidur ni."

"Ok2." Malas nak memanjangkan cerita. Karang kena cop busybody plak kalau tanya lebih2. Nasi goreng kampung yang tinggal separuh ditolak ke tengah. Dah tak larat nak habiskan. tadi lapar sangat tapi sekarang takde selera plak nak makan. Pinggan Ziela, Dhanya dan Zaid yang dah habis licin dipandang sekilas. lapar sungguh mereka ni. Rasa macam nak pelawa je mereka tolong menghabiskan nasi gorengnya itu. Bunyi mesej masuk kedengaran lagi.

Kaka, motor aku buat hal. Tayar pancit. Huu...aku dah tak tau nak wat nape ni..

"Astaghfirullahaladzim...!" Separuh menjerit Farah dibuatnya. Dhanya, Zaid dan Marul buat muka pelik. Ziela mengangkat kening bertanya kenapa. "Tayar motor Shiro pancit!"Hampir tergolek kerusi dibuatnya dek tindakan refleks Farah yang bangun serta merta dengan kasarnya.

Ah, sudah. Tayar pancit pulak dah. Kecemasan. Dah lah ntah kat mana2 minah tu duduk. Lantas Farah cuba mendail nombor Shiro sambil mengisyaratkan Ziela supaya membayar harga makanan.

"Weyh, Shiro... Ko katne ni?!" Dah naik satu oktaf suaranya. Dah takde dah nada lembut memujuk penuh sifat keibuan lagi dah. Soalan dibiarkan tidak bersambut. Hanya ngongoian mendayu2 sahaja kedengaran. Makin lama makin kuat pulak tu. Apa dah jadik ni?

"Huuu....aku tension ni weyh. Isk..isk... Aku kat area dataran."

"Dataran!!" Naik lagi satu oktaf. "Ko ok tak ni?!" Dataran? Tu lah tempat paling bahaya kat Shah Alam ni. Lagi2 bagi seorang perempuan yang berseorangan. Dengan motor pancit pulak tu. "Kau duduk situ diam2. Jap gi kitorang sampai. Aku ajak marul sekali tau."

"Kau bagi handphone ni kat Ziela. Biar aku cakap kat dia aku katne. Dia tau kot." Handphone dah beralih tangan.

"Marul, jom ikut sekali." tegas Farah mengarahkan Marul, seolah2 Marul nak sangat mendengar arahannya.

"Aku bukan taknak ikut. Tapi, aku tak makan lagi ni. Nasi aku pun tak sampai lagi." Marul berdalih. Okay, alasan boleh diterima. Takkan taknak bagi Marul ni makan kot. Dah lah dia kurus kering, kejam pulak kalau halang dia makan.

Ziela menyerahkan kembali handphone ke tangan Farah. "Takpelah Farah. Jom kita gerak sekarang. Dhanya, Zaid, jom teman." Ziela memutuskan. Dhanya dan Zaid hanya mengangguk.




Hampir satu bandar Shah Alam dipusing. Semua gara2 Dhanya dan Zaid lah ni. Menunjukkan jalan yang menuju ke arah kesesatan. Farah mengeluh. Ziela membebel takut minyak motor habis. Akhirnya, setelah dua kali salah masuk jalan, tiba juga ke destinasi. Dataran Shah Alam sunyi. Tak ramai orang melepak. Almaklumlah, bukan hari minggu. Leher Farah dipanjangkan mencari bayang motor Honda Shiro.

"Tu dia! Kat hujung simpang tu." huish, bahaya sungguh port minah ni. Landing tempat yang sunyi. Gelap lagi. Kepala digeleng lagi untuk kali ke berapa ntah.

Dilihatnya Shiro dah duduk mencangkung. Kepala ditundukkan setunduk2nya. Kalau boleh macam nak cium jalan tu je. Dengan muka serabut-hidung merah-tudung selekeh, Shiro mengangkat muka. Sebijik macam gaya orang baru mati laki. Dipandang Farah dan Ziela silih berganti. Matanya menangkap kelibat Dhanya dan Zaid. Kepala ditundukkan kembali. Farah menuju ke arah sahabatnya itu. Terus mencangkung di sebelah Shiro.

"Kenapa korang bawak diorang sekali. Siot arr. Muka aku dah lah buruk macam ni. Malu weyh.." Shiro menggumam rendah tanpa memandang Farah. Serba salah Farah dibuatnya. Dipandangnya Ziela. Ziela membuang pandang ke tengah padang. Farah mengeluh perlahan.

"No choice weyh. Marul takleh nak ikut." Kakinya melangkah ke arah motor untuk melihat kondisi motor Honda itu. "Kau ok tak ni?" tanyanya lagi. Tiada balasan. Rasa serba salah menyelubungi diri. Suasana tegang. Senyap.

Tiba2 Shiro bangun dengan gagahnya. Senyum segaris dan...

"HAPPY BIRTHDAY, KAKA!"

Owh, man! Farah baru tersedar dia dah terkena wakenabeb. Dia melihat Mija, housematenya berjalan keluar dari kereta Jamal sambil menatang kek. Dan entah bila Raja, Syafiq, Alif, dan Kimie ada disekelilingnya pun dia tak sedar. Haru punya Shiro. Boleh pulak dia bawak kroni2 dia sekali. Sekali dengan Dhanya dan Zaid pun berkomplot jugak. Tak disangka Mija pun terbabit sama. Pakatan Axis betul mereka ni.

Perasaan terharu terasa tiba2. Sumpah Farah dah tak tau nak cakap apa. Ziela dipeluk. Tiba giliran Shiro.

"Eh, jap2! So, kau dengan Mirol ok tak ni?" Dengan nada lurus bendul dia bertanya Shiro. Hailaa, blur sungguh minah sorang ni. Lampi betul. Shiro tertawa kuat.

"Taklah. Ok je. Happy birthday Kaka." Terasa dirinya beruntung dikelilingi kawan2 yang baik. walaupun tak lah baik sangat sebab sanggup menipu dan membohongi dirinya kaw2 punya. Memang Shiro boleh menang Oscar Best Actress Award. Dan memang Ziela boleh rangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM 2009. Dan memang Dhanya dan Zaid boleh menang kategori artis yang pandai buat muka tak bersalah-tak tau pape-innocent gler. Dan memang geng2 Shiro boleh dapat anugerah Best International Chef kategori berkumpulan sebab sangat pandai buat cekodok perisa air coke. Dan tak dilupakan, memang Marul boleh rangkul award pelakon paling tak reti berlakon dan hampir menspoilkan plan. Oh ya! Farah pun boleh masuk dalam Guinness Book of World Record untuk kategori manusia paling lurus-bendul-blur-lembab-lampi.

Dan malam itu, atau lebih tepat lagi, pagi2 buta, Farah Hazwani Othman yang baru menginjak masuk umur 20 tidur dalam senyum meleret dengan pelbagai rasa bercampur baur menggelodak dalam hati.

that day-10 nov 2009 would be my best day ever. wont forget that.
for those who set me up, for those who wished me, for those whom i called frenz, THANX for everything.
i aint good in expressing my feelings, but all i wanted u all 2 know is that i really2 love all of u. u're part of my life, and i wouldn bear to lose any of u. Truly great frenz are hard to find, difficult to leave, and impossible to forget. and true frenship is seen through the heart, not through the eyes. live well, sahabat.

No comments: