Friday, October 23, 2009

top 5...

ok...agak kelamaan tak mengepost entry baru....sebab hajat di hati taknak me'lagha'kan diri sampailah habis final nti, ta...pi................*sambung sendiri yer....*

hurm...apa yg nak dikongsikan di sini, setelah lama berdiam diri, antaranya....

SATU~ mp3 murah yang tak sampai setahun pakai tapi dah nazak kepunyaan saya dah hilang. sebenarnya tercicir, mungkin masa dalam perjalanan nak ke kelas. walaupun mp3 tu ala2 hidup segan mampus taknak, tetap rasa sayang dan terkilan dgn pemergiannya. masih terbayang2 lagi "kenangan manis" yang terjalin antara saya dan mp3 berwarna hijau tersebut. bilamana 'beliau' menemani tidur malam saya sehari-hari, bilamana 'beliau' setia mendendangkan lagunya setiap kali saya setadi, bilamana 'beliau' bersama dgn saya mengharungi perjalanan balik ke bt. caves, dan bilamana 'beliau' menjadi pasangan duet kala saya berlatih vokal di rumah. mungkin dah takdirnya pergi begitu cepat, dan mungkin dah takdirnya saya "terpaksa" membeli mp3 baru berjenama Sony yang lebih canggih dan bergaya selepas mendapat duit rakyat pada semester hadapan. next sem, okay!

DUA~ AC Milan vs Real Madrid, menyaksikan Milan berjaya menundukkan Real 2 berbalas 3 gol. tekanannya di sini mungkin berpihak pada Kaka, yang orang sangkakan dengan perlawanan menentang bekas kelabnya, beliau akan berjaya membawa Real ke arah kegemilangan, tapi, lu orang ingat senang ker?? memang arr dia dah tau segala skill and strategi member2 lama dia kat Milan tuh, tapi, member2 lama dia tuh pun dah hafal segala step and pergerakan dia. agak2 korang arr kan, mana satu lagi senang? 11 pemain(as in pasukan AC Milan) kawal seorang pemain(as in Kaka) ataupun 11 orang pemain kawal seorang pemain?? lu pikirlah sendiri... jadi, bukan salah Kaka okay! (maaf, agak terlebih keemoan di sini)

TIGA~ top 3 movies yang saya paling teringin nak tengok, lihat dan hayati sekarang:
~papadom (citer ni da lama keluar panggung, tapi saya sorang je yang tak masuk2 panggung lagi. almaklumlah, kemelesetan ekonomi...)
~2012 (belum keluar lagi, 12 november baru ditayangkan. agak2nya, ada tak sesiapa yang nak belanja saya tgk citer ni? anggaplah macam belanja sempena birthday saya...hehehe)
~avatar, the last airbender (apa?? korang kata akuh macam budak2 sebab tgk citer katun?? huh,pedulik hape akuh...)

EMPAT~ my top 3 fevret song currently:
~ aril af7-menatap matamu (lagu ni ost tuk citer kau dan aku, lakonan aril, akim, n mila yang bakal ditayangkan di astro ria nanti. saya tak suka aril pun, tapi lagu ni sgt sweet n cute. tak percaya, coba kau lihat....coba kau coba....eh, silap, coba kau dgr....)
~ mila-jika kau ubah fikiran (tak tau kenapa boleh tersuka kat lagu ni plak. mungkin sebab takder lagu baru lain yang sedap didengar kott...n lagu ni bley tahan arr gak..)
~ taylor swift-forever and always (lagu ni taklah baru sgt pun, tapi saya baru terdengar dan terus tersuka. btw, this girl is really talented, n her touch is amazing. undilah beliau..)

LIMA~ finally, final exam. (kenapa final exam jatuh kat ranking no 5? bukan first thing first ke patutnya?? hurmm..wondering y...) uhu, bermula 29/10, berakhir 15/11. 6 paper keramat. semoga sempat setadi, semoga tak blur, semoga tak lari fokus, dan semoga berjaya akhirnya. (nampak sgt bias, citer pasal final exam 2-3 ayat jer, bendalah lain sampai tak cukup huruf nak menaip...)

papehal pun, stay happy, and calm. love life and life will love you back. love people and they will love you back. love me and i will not hate you.

=D

No comments: